Image

Makeup Tips : Simple Natural Makeup Dengan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream

Makeup Simple Natural Dengan Hansaegee Nature Gold Nano Cc Cream Spf 50+| Whats up guys!!! Hari ni Nora nak kongsikan pada korang produk makeup rutin yang best Nora gunakan baru-baru ini. Kecantikan sinonim dengan kaum perempuankan. Jadi seharusnya kita perlu memilih produk kecantikan yang sesuai dengan kulit muka dan ia lebih natural.

Nowdays, ramai di antara kita sibuk dengan rutin dan memerlukan masa yang pantas untuk bersiap sebelum keluar bekerja atau mengikuti sebarang aktiviti. Bagi mereka yang sukakan solekan tipis, simple dan nampak natural, Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature adalah terbaik untuk korang cuba.

APA ITU CC CREAM

Okay, CC Cream ni dikenali sebagai Krim Kawalan Warna “Color Control Cream” yang telah di upgrade dari BB Cream. Ia lebih completely cover semua liang pori kita sama macam foundation. Tapi CC Cream ni mempunyai ciri-ciri manfaat pada kulit seperti adanya SPF, agen pencerah dan mempunyai bahan antioksidan yang umumnya ia merupakan krim yang membetulkan tona kulit muka. CC Cream ni lebih nipis dan ringkas digunakan sebab ia mempunyai fungsi all in one dalam satu produk yang mana warna krimnya lebih light and natural. Ianya sesuai digunakan semasa kita nak keluar pergi shopping atau aktiviti outdoor kerana ia kelihatan lebih semulajadi.

Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature ni pada asalnya dibuat di Korea yang mampu membetulkan dan menyeimbangkan tona kulit muka secara semulajadi. Boleh lihat bila apply CC Cream pada kulit ia akan berubah warna mengikut warna kulit  dengan semulajadi. Selain itu, cc cream ni ada SPF 50+ dan sesuai untuk semua jenis kulit. Ia merupakan CC Cream yang mengandungi all in one dalam satu tiub di mana fungsinya sebagai alat makeup.

BAHAN UTAMA PRODUK

  • Mineral Water  – Mengimbangi pH kulit kita dan meningkatkan keanjalan kulit.
  • Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract – Mengurangkan masalah radang kulit dan Anti-Bacterial Effect
  • Colloidal Gold – Melambatkan kesan penuaan, melindungi kulit dari sinaran ultra dan mempunyai bahan antioksidan yang tinggi.

BAHAN LAIN PRODUK

Cyclopentasiloxane, Propylene Glycol, Ethylhexyl Methoxycinnamate, Cetyl Ethylhexanoate, Caprylic/Capric, Triglyceride, Titanium Dioxide, 4-Methylbenzylidene Camphor, Cetyl PEG/PPG-10/1 Dimethicone, Dimethicone, Niacinamide, PEG-10 Dimethicone, Quaternium-18 Bentonite, Sodium Chloride, Dimethicone/Vinyly Dimethicone Crosspolymer, CI 77492, Xanthan Gum,Silicon Dioxide, Fragrance, Butylene Glycol, Oryza Sativa (Rice) Callus Culture Extract, CI 77491, Disodium Edta, Allantion, Adenosine, CI 77499, Pulsatilla Koreana Extract, Zanthoxylum Piperitum Fruit Extract, Usnea Barbata (Lichen) Extract, Mica, Silica Dimethyl Silylate, Polyester-1

FUNGSI UTAMA

Digunakan di kawasan muka dan leher kerana mempunyai fungsi seperti berikut :

  • Mencerahkan kulit
  • Melambatkan proses penuaan
  • Kulit kelihatan natural, glowing dan flawless
  • Meningkatkan keanjalan kulit
  • Melembapkan kulit
  • Melegakan keradangan kulit

Baca juga : Moisturizing Terbaik Menggunakan Aqua Whitening Cream


CARA PENGGUNAAN

Okay, cara nak gunakan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ni mudah sahaja. Nora suka pakai CC Cream ni sebab ia mampu menjimatkan masa Nora. Just calitkan pada dahi, pipi, dagu dan hidung menggunakan jari korang kemudian dap dap dap kan pada wajah dan sapukan secara rata dikeseluruhan wajah dan leher.

Cream ini akan berubah warna dari putih kepada warna cream yang sepadan dengan warna kulit kita secara semulajadi. Ia akan membuatkan tona kulit kita nampak lebih natural, glowing dan flawless gittew.

STRUKTUR CREAM

Krim ini pada asalnya berwarna putih, tetapi ia mempunya bintik-bintik halus berwarna coklat dan bila kita blend menggunakan jari ia akan berubah warna mengikut tona kulit muka secara semulajadi. Gold Nano CC Cream ini berbentuk krim muka dan sejenis krim mild light sahaja.

DETAIL PRODUCT

Harga :

RM128.00

Packaging

Tiub dan mempunyai penutup jenis Twist Lock

Size :

50gm

Type :

Semua jenis kulit

MY THOUGHT

So, Nora berpuas hati menggunakan Gold Nano Cc Cream dari Hansaegee Nature untuk beberapa minggu ni. Ia memudahkan Nora untuk bersiap sebelum pergi kerja hanya calit sahaja dan sapu sekata sudah cukup nampak natural dan glowing. Nora just tambah sedikit maskara, blusher, lipstik dan tidak lupa lukis sedikit kening. Tadaaaa dah boleh keluar pergi kerja. Hehehehhe lagi best sebab ada SPF 50+ yang mampu menahan sinaran UV.

Nora suka dengan CC Cream ni se

bab packaging yang mudah di bawa ke mana sahaja. Mempunyai penutup jenis twist lock dapat melindungi dan mengelakkan krim terkeluar dari bekas. So, tak adalah beg korang kotor atau comot kesan dari krim.

Apa yang bestnya produk ini adalah kalis air, tidak melekit dan mampu menjadi asas solekan. Bagi mereka yang sukakan makeup yang simple natural dan ringan, Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature ni sesuai untuk korang jadikan skincare routine korang.

 🍁Company name: Hansaegee Nature
Image

Pelembab Muka untuk Kulit Kering – Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream

Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream Untuk Kulit SunBurn & Redness

Wednesday, July 24, 2019

Assalamualaikum readers…

Ummizarra kini kembali bersiaran. Rindu sangat tau. Sepanjang mengandung sehingga habis pantang punya lama tak update.

Hari ni, nora nak share pengalaman nora menggunakan produk kecantikan dari jenama Hansaegee Nature iaitu Aqua Whitening Cream dari Korea. Yelah kan sebelum ni mengandung tak terjaga kulit muka sendiri. Naik jeragat, kering dan sometime mengelupas.

Bagi mengembalikan kulit seperti sebelum ini dan agar menjadi lebih baik, nora nak share dekat korang pelembap yang kaya dengan air.

Jenama Hansaegee Nature merupkan produk kecantikan dari Korea. Nora telah menggunakan salah satu produk kecantikan dari jenama Hansaegee Nature ini ialah Aqua Whitening Cream.

Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream

Aqua Whitening Cream merupakan krim pelembap yang kaya dengan air. Ianya juga boleh membantu merawat kesan sunburn, atau muka merah-merah disebabkan kesan panas matahari. Krim pelembap yang kaya dengan air ini tidak melekit selepas apply di muka. Lakukan beberapa urutan secara putaran dan akan kelihatan titisan air terbentuk pada kulit dalam beberapa saat dan akan diserap ke dalam kulit sepenuhnya.

“Aqua Whitening Cream”.

It is a Moisturizer. It repair Sunburn & Redness Damage Skin well

and Super Deep Moisture Skin with Water Drop”

Kesan daripada sapuan Aqua Whitening Cream akan membuatkan kulit berasa segar dan tidak melekit. Sesuai digunakan ketika cuaca panas dan membantu merawat semua jenis kulit seperti kulit kering, kemerahan atau sun burn, kulit yang sensitif dan berjerawat, kulit berminyak, tona kulit tidak sekata serta membantu menghilangkan garisan kedutan di wajah.

Fungsi Aqua Whitening Cream

Fungsi utama Aqua Whitening Cream adalah :

  • Kesan penghidratan yang unik
  • Menyegarkan semula kulit
  • Water drop” memberikan kelembapan pada kulit dan tidak melekit
  • Mempunyai agen pemutihan pada kulit
  • Merawat kesan sunburn atau kulit kemerah-merahan.
Kesan Utama Bahan
Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream dirumuskan dengan ekstrak herba yang kaya dengan air mampu menembusi lapisan kulit dan membaiki kulit. Ia mengandungi kandungan seperti berikut :
Niacinamide, Ekstrak Root Angelica Acutiloba, Minyak Benih Camellia Japonica,

Ekstrak Cnidium Officinale Root, Ekstrak Buah-buahan Florida Gardenia,

Ekstrak Root Paeonia Albiflora, Ekstrak Daun Ekstrak Pinus Densiflora,

Prunus Armeniaca (Apricot) Minyak Kernel, Ekstrak Rehmannia Chinensis

dan sebagainya.

 

Aqua Whitening Cream mempunyai tekstur yang lembut dan smooth jerk serta mudah sangat ia meresap ke dalam kulit. Krim pelembap ini berwarna putih dan ia ringan sehingga boleh membentuk water drop. Selepas sapuan, ia mudah meresap ke dalam kulit sebab water drop based dan tidak melekit.

Bagi Nora ia sangat berbeza dengan moisturizer lain yang pernah Nora guna sebab terasa melekit. Tetapi Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature nyata berbeza dengan pelembap yang lain kerana krim ini sangat ringan dan kelihatan jernih ala-ala milky. Apply pada kulit dan rub slowly sehingga ia akan kelihatan titisan air pada permukaan kulit seperti gambar di atas. Lepastu korang dap dap je sampai betul-betul meresap terus ke dalam kulit.

Packaging

50ml

Price

RM148.30

Cara Penggunaan

Selepas cuci muka, keringkan kulit dan apply Aqua Whitening Cream. Sapu rata keseluruh muka dan leher dengan cara urutan putaran dan buat dap dap sampai meresap dalam kulit. Lihat gambar dan video di bawah nanti ye.

My Thoughts
 
So far Nora suka sangat dengan moisturizer ni sebab tak melekit lepas apply dekat muka. Paling best ada fungsi whitening dan bila apply ada rasa macam cooling sikit rasa smooth dan soothing je.
Sangat sesuai untuk kulit muka yang sensitif dan mudah kena sunburn. Lagi sekarang musim cuaca panas, membantulah sikit kulit muka ni kan. Boleh pakai untuk rutin pagi dan malam. Apply sebelum makeup pun ok boleh jadi macam primer gittew.
Repurchase
 
Ofcoz YES

Sekarang ni macam-macam jenis skincare ada di pasaran tak kira datangnya dari western, korean, taiwan, japan dan masing-masing ada kelebihan tersendiri. Apa yang menjadi keutamaan sebagai pengguna perlu pastikan keadaan kulit masing-masing dan korang akan tahu apa yang diperlukan oleh kulit korang.

Nora recommended korean product dari Hansaegee Nature dan korang boleh lihat banyak lagi produk yang dikeluarkan jenama ini.

 🍁Company name: Hansaegee Nature

Pencuci Muka yang Bagus Untuk Kulit Kering| Hansaegee Nature ALOE AC Clean Bubble Cleanser

Assalamualaikum & Hello.

Hai korang! Hah tengok tajuk tu pun korang dah boleh agak kan, entry hari ni pasal apa. Heheh. Dah lama tak membebel pasal beauty ni, so hari ni Nani nak share dengan korang salah satu cleanser made in Korea yang best sangat sangat! Memang Nani excited sangat nak kongsikan dengan korang semua. Siapa yang follow Instagram & Facebook Nani, mesti korang dah pernah nampak Nani pernah ceritakan serba sedikit pasal cleanser ni. Tapi tu tak details sangat lah. Nak tahu best ke tidak produk ni, apa kelebihan dia, korang kena lah baca entry ni sampai habis okay! Pada Nani, cleanser ni sangat penting untuk kita guna. Iye lah, kalau dah seharian terdedah dengan persekitaran luar, memang macam macam jenis kotoran lah yang akan melekat dekat muka kita kan. Selalunya memang Nani akan buat double cleanser supaya muka jadi lagi bersih. Kalau korang yang pakai make up pun, wajib cuci muka dulu sebelum buat benda lain. Tak kira lah penat macam mana sekali pun hari tu, mesti cuci muka. Ingat tau, cuci muka ni sangat penting so kita kena lah cari cleanser yang betul betul sesuai dengan kulit kita.
Nani macam menyesal sikitlah sebab tahu lambat sikit tentang produk Hansaegee Nature ni sebab Bubble Cleanser ni best sangat! Sebelum ni Nani memang tak pernah guna cleanser jenis foam macam ni, bila first time guna hari tu memang dapatlah rasa kelainan dia tu. Nani rasa muka jadi lagi lembut lepas guna cleanser ni sampai rasa nak pegang pegang aje muka selalu. Hahaha! Untuk pengetahuan korang, cleanser ni berfungsi untuk menghilangkan kotoran & minyak dekat muka kita. Paling penting sekali, Tea Tree Oil yang terkandung dalam ni akan melindungi kulit kita dan menjadikan kulit lagi licin dan lembap. Kulit Nani jenis yang kering tau, so memang kena cari produk yang boleh memberikan kelembapan. Kalau silap pilih, hah memang naik lah dry patches. Sakit woo!
Lepas dah menggunakan sendiri cleanser ni, memang nampaklah perubahan dekat muka Nani. Pores pun dah tak nampak obvious sangat & make up senang nak tanggal dengan menggunakan cleansing foam ni. Tak payah pun nak gosok muka kita beria sangat. Yayyy memang loveeee sangatlah cleanser ni! Kalau korang ada masalah jerawat pun, boleh lah try guna produk ni pulak sebab ia sangat membantu untuk menghilangkan jerawat. Haih, memang suka sangat lah guna ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni sebab ia diekstrak daripada 10 jenis tumbuhan semula jadi & dua ingredients utama dalam produk ni ialah Aloe Vera & Tea Tree Oil. Macam yang kita tahu lah, Aloe Vera & Tea Tree Oil ni memang sangat bagus untuk kulit wajah. 
Memang best sangat rasa guna cleanser yang menghasilkan buih buih macam ni. Satu lagi yang Nani suka tentang produk ni sebab dia punya packaging yang memudahkan kita untuk bawa ke mana mana. Tak ada lah risau masalah leaking ke apa kan. Oh ye, ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni sesuai untuk digunakan oleh semua jenis kulit dan kalau korang teringin nak try, korang boleh dapatkan di website Hansaegee Nature. Nani ada letak link dekat bawah, nanti korang boleh terus click link dekat situ. Dekat website tu aje tau ada jual, dekat tempat lain memang tak ada. Heheh.
Tekstur cleanser ni sangat ringan dan lembut tau, so bila kena kulit tu rasa best aje. Nani suka pulak guna cleanser jenis bubble macam ni sebab tak payah nak gosok beria untuk keluarkan buih. Heheh. Recommended!
Actually bila kita goncang botol ni, kita boleh dengar ada cecair dekat dalam. Tapi bila kita pump, automatik cecair tu bertukar jadi bubble yang sangat lembut macam korang tengok dekat atas ni. Heheh. Bau cleanser ni pun wangi & harum okay! Rasanya sebab ada ekstrak tea tree oil tu, sebab tu bau pun best aje.
Cara penggunaan ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni pun mudah aje tau, kita cuma perlu basahkan sedikit muka dengan air biasa & pump kan bubble cleanser ni dekat tangan. Nani selalunya guna dalam dua pump macam tu, depends pada korang okay!  Lepas tu sapu sehingga rata ke seluruh wajah. Nani selalunya menggunakan teknik 60 saat supaya muka kita betul betul bersih & last sekali, bilas muka korang dengan air biasa. Senang kan?
Fuhh fresh betul rasa muka lepas dah siap cuci ni. Untuk pengetahuan korang, sebotol Aloe AC Bubble Cleanser ni berharga RM 65.00 (150ml). Ada banyak lagi tau produk lain yang korang boleh dapatkan di website Hansaegee Nature ni. Nanti korang boleh lah cuci mata dekat website & social media dia orang okay! Link semua ada dekat bawah ni, tinggal klik aje. Heheh. Tapi serious memang best, tak rugi lah kalau beli pun. Jangan lupa tau cuba, nanti korang share lah pulak dengan Nani feedback lepas guna cleanser ni. Hiks. Okay itu aje Nani nak share hari ni, lepas ni cecepat purchase okay ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni & have a nice day everyone!
🍁Brand: Hansaegee Nature
🍁Website: www.hansaegee.com/shop