Image

Sekarang bila bangun, takda dah muka berminyak dan melekit

TIPS UNTUK MERAWAT KULIT BERMINYAK DAN BERJERAWAT

(By Nadia Johari on 27th May 2019)

hai assalammualaikum

Tips Untuk Merawat Kulit Berjerawat Dan Berminyak – Setiap orang berbeza masalah kulit dia, ada yang jenis normal, ada yang berminyak dan berkombinasi. Macam nad, jenis kulit yang berminyak.  Kalau bangun tidur je, memang rasa berminyak dan melekit dekat bahagian muka terutama hidung ni. Kalau waktu siang, memang akan lebih berminyak bila sampai waktu petang. Nak bermakeup pun kadang takut ye sebab nanti boleh nampak muka kita macam glowing tapi sebenarnya berminyak. Kulit berminyak kalau tak dikawal boleh menyebabkan timbulnya jerawat. Setiap hari kulit kita terdedah kepada kotoran, kotoran tu melekat dan menyumbat kulit kita. Memang stress tau..Lagi cuaca dekat Malaysia ni tak menentu.

Tips Untuk Merawat Kulit Berjerawat Dan Berminyak

Ada banyak sebab terjadinya kulit berminyak, dari segi pemakaian makeup, pemakanan dan kebanyakannya kerana kulit tidak cukup air. Sebenarnya kulit muka menghasilkan minyak semula jadi untuk melindungi kulit daripada terlalu kering. Namun jika berlebihan minyak ia akan buat liang pori kita membesar dan berminyak sehingga munculnya jerawat yang dapat merosakkan penampilan wajah. Sebab tu nad cepat-cepat kawal muka berminyak ni sebab takut muka akan naik jerawat. Jadi, ni nad nak kongsi tips untuk merawat kulit berminyak dan berjerawat.

Apa yang nad selalu buat, pertama mestilah bersihkan muka dengan pembersih muka yang bersesuaian dengan masalah kulit. Kalau sebelum tu pakai makeup atau basic skincare sahaja, nad akan bersihkan dulu denagn makeup remover kemudian baru cuci muka denagn pembersih muka. Pastikan pembersih muka tu mencuci dan membersihkan kulit kita secara mendalam, dan menanggalkan segala kekotoran yang hinggap dekat muka ni. Nad akan pastikan kulit muka nad memang bersih-sebersihnya. Bila muka kita bersih, kulit pun sihat dan tak ada masalah seperti pori tersumbat, kulit berminyak dan tidak menghalang liang pori dari tersumbat.

Cara terbaik untuk redakan sikit kulit muka yang tengah meragam/irritate dan banyak active acne ialah dengan pastikan cleanser yang kita guna tu sangat lembut dan tak kasar. Cuci muka pun tak boleh kerap sangat sebab nanti akan tarik natural oil pada kulit, nanti kulit kering pulak. Lagi satu pastikan pembersih muka yang kita guna tu dapat melembapkan muka kita. Mesti tertanya-tanya, ada ke produk pembersih muka yang membantu melembapkan kulit ni? Yes, ada ya kawan-kawan. Nad pakai Aloe AC Clean Bubble Cleanser dari Hansaegee Nature. Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni efektif untuk membersihkan pori secara mendalam sambil exfoliate sel kulit mati dan ia dapat melembapkan kulit.

Nad suka sangat dengan Aloe AC Bubble Cleanser ni sebab ia di perbuat dari Aloe Barbadensis Leaf ( daun lidah buaya ) dan tea tree leaf oil di mana kita tau daun lidah buaya dan tea tree leaf oil sangat bagus untuk kulit dan membantu dalam memelihara kulit wajah. Aloe Vera bahan yang baik untuk memberi kelembapan pada kulit, dapat membantu mengatasi masalah jerawat dan sebagai anti-radang pada kulit.

Aloe AC Clean Bubble Cleanser sangat lembut dan tekstur berair. Tengokla, sabun berbentuk foam..memang seronok je bila dapat bersihkan muka. Gelembung lembut ini dapat membersihkan liang-liang kulit secara mendalam dan dalam masa yang sama memberi kelembapan pada kulit dan tidak mengeringkan kulit. Bila nad pakai, memang macam muka di belai lembut je..hehee..takda kasar tau..

Kalau sebelum ni, nad cuci muka, muka akan jadi tegang, lepas tu muka lebih kepada kering. Jadi, pencuci tu memang tak sesuai nad pakai sebab ia menarik kelembapan kulit kita dan menjadi kering. Tapi Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni, nad pakai, muka nad tak tegang, lembut je, malah melembapkan kulit muka. Bau dia pun sangat sedap..hehee. Sekarang bila bangun, takda dah muka berminyak dan melekit, malah lembut dan dan sihat je..jerawat pun malu nak singgah je..hehee..

Kalau muka korang jenis kering, berminyak, sensitif dan ada acne, sel kulit mati dan ada blackhead dan whitehead memang,nad sarankan guna pencuci muka ni.

Langkah kedua, selepas pakai pencuci muka Aloe Ac Clean Bubble Cleanser, untuk kekalkan kelembapan kulit nad akan pakai pelembap. Biasanya orang tidak tahu bagaimana untuk memilih pelembap, kebanyakan pelembap dalam pasaran adalah tekstur berminyak dan berkrim yang sebenarnya ia untuk memberi kelembapan pada kulit tapi sebenarnya tidak sesuai untuk jenis kulit berminyak dan berjerawat, kerana ia akan menjadikan kulit ini lebih berminyak dan tidak selesa.
Sebelum-sebelum ni, memang nad pakai terjah je pelembap yang ada dekat pasaran. Dah semuanya tulis moisturizer, jadi kita pun main ambil jela. Tapi, bila pakai, jadi teruk , lagi berminyak muka. Sejak tu takut nak guna pelembap. Skip terus..

Tapi sebenarnya, kita wajib pakai pelembap. Takut jadi macam sebelum, nad cuba pakai pelembap jenis “waterdrop”. Rasa gembira bila nad dapat jumpa pelembap yang sesuai dengan kulit muka nad. Pelembap ni nad dah pakai beberapa bulan dan nak masuk botol kedua. Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature, nampak je macam krim tapi sebenarnya ia jenis waterbase.

Bila pakai tu, sapu dekat muka, akan mucul air..Tu adalah waterdrop, yang akan memberi kelembapan dekat muka. Bila muncul waterdrop tu, hanya dap-dap sahaja. Lagipun ia cepat meresap ke dalam kulit. Air tu la dapat melembapkan kulit dan tidak buat kulit melekit. Pakaila dari siang sampai ke petang, memang muka rasa segar dan lembap sahaja.

Selain itu, kandungan Krim Aqua Whitening ini Camellia Japonica Seed Oil di mana ia membantu melembapkan kulit, tidak menyekat liang kulit dan menghalang daripada jerawat. Ia juga dapat mencerah, dan merawat kulit daripada kering dan sunburn. Pelembap ni sangat ringan dan cepat menyerap ek dalam kulit. Bila pakai ada rasa sejuk je.

Lagi nad suka sebab ia contains “Niacinamide” yang mempunyai fungsi untuk mengawal minyak, sehingga dapat mengurangi minyak berlebih dari kulit. Sangat recommend untuk korang yang ada masalah kulit berminyak dan berjerawat. Malah boleh redakan kemerahan dan sunburn.

Dua cara ni nad buat setiap hari untuk merawat kulit berminyak dan berjerawat yang nad alami. Dua produk ni sahaja dapat membersihkan kulit, melembapkan kulit, tidak menghalang liang pori, mengawal minyak dan mengurangakn jerawat di muka. Nad happy dengan kulit muka nad sekarang. Walaupun bila datang period, jerawat takda muncul banyak macam sebelum ni. Muka nad pun dah tak kusam, takde lagi berminyak yang melampau malah makin nampak sihat dan segar je. Nak keluar panas pun tak kisah sebab dah ada produk yang melindungi kulit nad..hehee..

Sekarang ni memnag banyak skincare yang ada. Dari local brand sampai ke western, Japan ,Korean.. masing masing semua ada kelebihan masing masing. Kita sebagai pengguna, kita kena tau dan faham kondisi kulit kita, jenis kulit apa, masalah yang dihadapi, kemudian baru dapat buat pilihan skincare yang mana.

Untuk nad, memang nad akan terus pakai dua produk Hansaegee Nature ni..Sebab ia sesuai untuk semua jenis kulit. Jadi tak perlu pening dah..ehhee..Nad dah beberapa kali review produk ni, korang boleh baca di
– Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature, Melembapkan dan Merawat Kulit
– Tips Muka Sentiasa Lembap dan Cerah, Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature Jawapannya
– Tips Rutin Penjagaan Kulit Harian Dengan Pelembap Muka Dan CC Cream
– Kulit Sihat Dan Bermaya, Rutin Makeup Harian Menjadi Mudah Dengan Produk Hansaegee Nature

 🍁Company name: Hansaegee Nature

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s