PENGALAMAN JERAWAT MERAH SELEPAS 2 MINGGU PENGGUNAAN PENCUCI MUKA ALOE HANSAEGEE NATURE

Assalamualaikum Hai.

PENGGUNAAN PENCUCI MUKA ALOE HANSAEGEE NATURE

Hansaegee ALOE AC Clean Bubble Cleanser. Teringat pulak dulu waktu sekolah rendah, selalu dok amik aloe vera dekat belakang rumah untuk letak dekat muka. Gigih walaupun tajam daun aloe vera tu, tapi sebab mahukan bahan secara semulajadi kita gagahkan juga. Disebabkan bagus lendir aloe vera ni, dekat rambut pun kita lumur sekali. Dulu rajin dan tak terikat sangat dengan aktiviti lain.
Sekarang kalau nak ambil lendir aloe vera tu sendiri rasa macam dah tak berapa practical. Agak leceh dan banyak kerja nak kena buat. Nasib baik ada produk Hansaegee Nature yang berkualiti tinggi dan merupakan 100% produk penjagaan kulit yang original. Brand ni berasal dari Korea dan kalini Nad nak cerita tentang cleanser dia iaitu ALOE AC Clean Bubble Cleanser.

Aloe AC Clean Bubble Cleanser

PENCUCI MUKA ALOE HANSAEGEE NATURE

ALOE AC Clean Bubble Cleanser
Packaging
Dari segi packaging, size botol memang agak besar sebab satu botol ni mengandungi 150 mlcleanser. So kalau korang nak bawa pergi travel atau berjalan jauh, agak berat dan makan ruangjugak lah. Cuma kalau nak pakai di rumah sesuai sangat, dan tak perlu restock secara kerap sebab penggunaan satu botol ni boleh bertahan untuk jangka masa yang lama. 
satu botol ni mengandungi 150 ml cleanser
satu botol ni mengandungi 150 ml cleanser
Pump dia pulak mudah ditekan. Bila korang dah jumpa bermacam jenis cleanser, ada sesetengah pump yang keras, dan sukar ditekan. Ada pula yang bila tekan pump, cleanser taknak keluar. Tapi nasib baik Hansaegee punya cleanser ni, pump sangat mudah ditekan dah keluar foam yang halus tu!
Texture
pump pencuci muka sangat mudah ditekan
pump pencuci muka sangat mudah ditekan
keluar lah buih-buih halus yang memang saaaaangat halus,
keluar lah buih-buih halus yang memang saaaaangat halus,
Mengenai texture dia pula, ini yang paling wow best! Lepas je kita pump, keluar lah buih-buih halus yang memang saaaaangat halus, lembab, dan sejenis buih yang berair. Time korang nak gosok kedua belah tangan yang penuh dengan foam cleanser tu memang rasa macam fluffybetul. Sampai ralit pula Nad pergi main dengan buih tu . Oh, and the smell bau macam aloe vera tapi bukan macam lendir aloe vera yang fresh dari pokok tu. Bau dia macam aloe vera yang dah upgrade sikit jadi soft wangi, bau dia cam kat hujung-hujung je hahah.
Untuk pengetahuan, Hansaegee ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni menggunakan 10 jenis ekstrak tumbuhan semulajadi. Dalam 10 jenis ekstrak, dua bahan utama yang terkandung dalam cleanser ni adalah Aloe Vera dan Tea Tree Oil, yang mana kita semua sedia maklum dua bahan ni memang sangat baik untuk kulit. Aloe Vera terkenal dengan sifatnya yang mampu merawat sunburn, melembabkan kulit, mengurangkan parut jerawat, dan membersihkan kulit. Manakala, Tea Tree Oil pula mampu menghalang bakteria, mengurangkan jangkitan, dan sekaligus merawat jerawat. Fuh, tengok kebaikan dua bahan ni pun rasa dah cukup bagus dah. Antara ekstrak lain pula adalah seperti lavender ekstrak, rosemary ekstrak, thyme ekstrak, dan sage ekstrak.

Bubble Type

lembab dan sejenis buih yang berair
lembab dan sejenis buih yang berair
foam bubble cleanser ni sangat halus
foam bubble cleanser ni sangat halus
So, apa yang best tentang foam bubble cleanser ni? Disebabkan foam bubble cleanser ni sangat halus, maka particle dia lebih mudah untuk membersih pori sehingga jauh ke dalam kulit. Dia boleh cuci pori-pori yang kotor dan tersumbat dengan menyingkirkan lebihan minyak yang terkandung pada kulit. Dia punya power tu, nak remove make up sekali pun boleh tau. Lepas je habis cuci muka terus korang rasa muka korang macam bersih, ringan, dan macam cerah sikit hahaha. Rasa macam eee bersih sangat lah muka ni.
Kulit berminyak macam Nad pula memang sesuai sangat guna cleanser jenis foam. Sebab memang power menarik lebihan minyak yang melampau-lampau ni. Tapi, dia takkan buat kulit korang terlalu kering. Rasa lembab sedang-sedang gitu, dan lembut! Sampai rasa nak belai selalu. Tapi apa pun, ia sesuai untuk semua jenis kulit okay tidak kira lah normal skin, oily skin, mahupun combination skin. All skin types boleh gunakan cleanser ini.
Kat bawah ni Nad tunjuk cara-cara nak pakai ya.
1) WAJIB basahkan tangan dan muka korang dengan air. kalau tak nanti kesat dan bubble pun tak ada.

PENGGUNAAN PENCUCI MUKA ALOE HANSAEGEE NATURE 2

2) Pump 1.5 atau 2 kali pada tangan. Macam Nad pump 2 kali je senang kira ehehe.

pump sekali je di tangan
pump sekali je di tangan
3) Cuci muka.
4) Basuh muka dengan menggunakan air untuk remove segala bubble.

Before and after use

After & Before 

Dari segi parut belum nampak lagi sebab Nad pun baru pakai dalam 2 minggu. Tapi nampak tak jerawat merah merah tu dah surut and takde parut dekat bahagian tu? Sebab cleanser ni cool down kan balik kulit Nad. Parut in shaa Allah soon sebab aloe vera pun bagus untuk parut kan hehe.

Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser

Korang boleh dapatkan Hansaegee ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni hanya di website rasmi [Hansaegee] yaa. Dekat retail shop atau online shop lain memang takde jual. So jangan risau ya. Dapatkan di website ni memang confirm original.
(By Nadnary)

Author: Hansaegee Nature

HANSAEGEE NATURE BLOG : KOREAN SKIN CARE TIPS, TUTORIALS & BEAUTY REVIEWS

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments