Image

ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER BY HANSAEGEE NATURE

ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER BY HANSAEGEE NATURE

(By Scha Nazri on 11th April 2019)

Assalamualaikum. Hai guys!

Pernah tak korang rasa muka berminyak, tak selesa, kusam dan rimas terutamanya selepas balik dari kerja ataupun keluar berjalan dengan family or friends? Yes! Itu lah apa yang Scha alami everyday selepas balik kerja. Rasa nak bertapa dalam shower tapi hakikatnya tak boleh sebab Sofia mengamuk. Haha #momslife
Tapi, thankfully ada Aloe Ac Clean Bubble Cleanser dari Hansaegee Nature sebab boleh rasa kesegaran selepas cuci muka seperti rawatan spa! Yeapp. Tak tipu okkk.
Bubble dia banyakkk and muka tak rasa tegang selepas cuci. Tahu tak kalau korang cuci muka dan kulit muka rasa tegang je itu bermakna produk tu tak sesuai untuk korang? Itu tanda kena beli produk baru and Scha suggest Aloe AC Clean Bubble Cleanser!
Nampak tak buih-buih kecil bubble cleanser ni? It’s is so watery and soft on skin!
Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni ada aloevera dan juga minyak tea tree sekaligus melembapkan kulit dan memberi kesegaran yang maksima! Bubble Cleanser ni sangat sesuai untuk semua jenis kulit iaitu berminyak, kering mahupun combination skin. So jangan risau okay. Semua orang boleh try bubble cleanser ni.
Jom lah Scha tunjuk step by step guna Aloe AC Bubble Cleanser ni
Tara! Bersih kan? Lama-lama guna insya-Allah jerawat pun segan nak muncul sebab bersih sangat. Haha. Untuk yang oily skin, jangan risau ok, sebab Aloe AC Bubble Cleanser ni akan membersihkan lebihan minyak di muka, rasa moist jee. Segar gitu! Make sure selepas guna makeup, bersihkan muka dengan Bubble Cleanser ni. Muka akan rasa fresh and selesa!
Istimewanya tentang Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni ialah asalnya dalam botol berbentuk cecair tetapi apabila dipam, ia akan jadi berbuih. Buih ini lah yang akan membersihkan segala kotoran dalam pori muka kita. Banyak taw buih-buih dia. Cepat meresap ke dalam kulit kita.
Close up the magic pump!
See how the pump pumps out the foam? Amayyzingg!
Bila guna makeup, make sure bersihkan dengan betul ye kalau taknak miss jerawat datang menjengah. Bila Scha gunakan produk ni untuk bersihkan makeup, memang tak perlukan banyak kerja untuk buang sisa-sisa makeup. Cara yang betul sepatutnya kena guna oil cleanser dan kemudian barulah cleanser untuk bersihkan makeup. Tapi bila guna Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni, tak perlu 2 step dah. Sebabnya, bubble cleanser ni kan ada minyak tea tree, makanya boleh buang secara maksimum sisa-sisa makeup.
Kesan seminggu selepas penggunaan Aloe AC Bubble Cleanser
Selepas seminggu guna secara konsisten iaitu pagi dan malam, Scha rasa kulit lagi bersih terutamanya blackhead and whitehead di sekitar hidung. Memang terasa perbezaan dari sebelum ni. Kulit pun rasa lembap dan lembut je. Tak rasa kulit tegang selepas cuci muka. Tekstur buih yang sangat banyak membuatkan Scha tak sabar nak cuci muka setiap hari. Best kot cuci muka ada buih banyak!
Rutin harian penjagaan muka:
1. Scrub (seminggu sekali)
2. Aloe AC Clean Bubble Cleanser
3. Serum
4. Sunscreen
5. Tinted Moisturiser
More details:-
Aloe AC Bubble Cleanser
RM 65
150ml
Made in Korea
Ingredients: Aloe Barbadensis Leaf Juice, Melaleuca Alternifolia (Tea Tree Leaf Oil), Salvia Officinalis (Sage) Leaf Extract, Rosmarinus Officinalis (Rosemary) Extract, Jasminum Officinale (Jasmine) Extract, Lavandula Angustifolia (Lavender) Extract
This product is truly amazing. Sangat tak memberi ketegangan di muka dan juga kulit terasa bersih dan segar selepas rutin cucian. Isipadu produk pun agak banyak dan menjimatkan wang poket korang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s