AQUA WHITENING CREAM HANSAEGEE NATURE BOLEH RAWAT SUNBURN

AQUA WHITENING CREAM HANSAEGEE NATURE BOLEH RAWAT SUNBURN

(By Ina Ainaa on 29th April 2019)

AQUA WHITENING CREAM HANSAEGEE NATURE BOLEH RAWAT SUNBURN|  Assalammualaikum dan Salam Sejahtera para pembaca blog ena. Cuaca sekarang ni boleh dikatakan tengah panas. Tempat ena menetap sekarang waktu siang memang panas terik. Kalau keluar rumah, terasa pedih kulit muka ni. Sunburn tu usah cakap la, kulit muka jadi kering dan berjerawat. Tambahan pula, ena sekarang tengah hormone tak menentu. Muka ena breakout teruk. Kalau ena tak pakai foundation, nampak jerawat nanah serta parut jerawat kat muka ni. Fuhhh Sabar jela.

Namun ena tak risau sangat dengan sunburn serta jerawat ni. Sekarang ena guna satu cream dari jenama Hansaegee Nature yang mampu rawat suburn pada kulit muka ena. Cream tersebut adalah Aqua Whitening Cream. Anda jangan takut pula, walaupun namanya ‘whitening cream’ tetapi cream ini tidak menghakis kulit. Krim ini sedikit sebanyak dapat membantu mengembalikan kulit yang kusam kepada kulit yang lebih sihat dan nampak berseri. Mari ena kongsikan serba sedikit yang ena tahu mengenai Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature ini.

AQUA WHITENING CREAM HANSAEGEE NATURE

Pergi kemana sahaja ena mesti bawa Aqua Whitening Cream ini di dalam beg ena

Aqua Whitening Cream adalah pelembap muka dari keluaran Hansaegee Nature. Hansaegee Nature merupakan brand penjagaan kulit muka dari Malaysia tetapi semua produk skincarenya diperbuat 100% dari Korea. Jenama ini telah ditubuhkan sejak 8 tahun yang lepas iaitu pada tahun 2011 lagi. Salah satu produknya yang tengah hot sekarang adalah Aqua Whitening Cream ni la.

Fungsi Aqua Whitening Cream ini adalah melembapkan kulit wajah dan sekali gus merawat semula sel-sel kulit yang sudah rosak akibat terkena sinaran UV yang kurang baik pada kesihatan kulit wajah. Krim ini diformulasikan bahan-bahan dan herba-herba yang dapat membantu krim ini dapat meresep ke dalam kulit serta mengekalkan kulit tidak kering sepanjang hari.

Struktur Aqua Whitening Cream adalah water drop based cream yang lebih ringan dan tidak menyumbat liang roma pada kulit muka

Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature ini mengandungi Camellia Japonica Seed Oil yang memberikan kelebihan yang bagus pada kulit wajah. Antaranya seperti tidak menyumbatkan liang roma, tidak menggalakkan jerawat untuk tumbuh beranak-pinak, merawat kulit kering serta kulit yang mengalami radang kemerahan dan mengekal kelembapan kulit ketika cuaca tengah panas.

Kuantiti Aqua Whitening Cream dalam satu bekas ni banyak juga. Berbaloi beli sebab tahan lama even pakai setiap hari

Selain itu,Niacinamide yang terkandung di dalam Aqua Whitening Cream dapat memberikan warna kulit wajah lebih sekata dan lebih cerah. Nak jadi putih melepak tu tak dapat la tetapi boleh menaikkan seri muka. Oleh sebab itu, keyakinan diri ena tak turun bila kulit muka ena tengah breakout ketika berhadapan dengan orang. Walaupun tengah berparut jerawat, bila letak krim ini kulit wajah ena nampak lebih berseri dan yang paling penting tak nampak kusam.

FEEDBACK DARIPADA ENA

Pada keseluruhan ena suka Aqua Whitening Cream  Hansaegee Nature ni sebab lepas je ena pakai, wajah ena nampak lebih segar, lembap dan tidak nampak kusam. Tak percaya? Haa tengok gambar ena kat bawah ni. Not bad kan?? Masa ni ena nak keluar pergi kedai berdekatan sahaja, so malas nak pakai foundation bedak apa semua tu. Hanya pakai krim ini dengan calit sedikit gincu bibir. Segala parut dan jerawat tu tak dapat nak cover dah la. Lagipun tengah nak sembuh tu.

Rasa kulit muka kekeringan, dalam kereta je pun dah boleh pakai Aqua Whitening Cream. Mudah dan cepat

Ena tidak perlu risau lagi dengan kulit muka sendiri bila adanya Aqua Whitening Cream di dalam handbag ena
Selain itu, ena suka dengan struktur Aqua Whitening Cream ni sebab ringan, muka tak bertompok sebab krimnya transparent, tidak kering like watery gittew dan senang la nak ratakan kat satu muka. Sejujurnya, muka ena tak rasa berat selepas pakai pakai cream ini dan muka lebih menyegarkan. Tambahan pula, apa yang menyebabkan kelembapan kulit kekal normal adalah bila urut krim ini pada muka, lama-lama akan nampak titisan air pada kulit wajah. Titisan air itu la yang memastikan kulit wajah tidak menjadi terlampau akibat cuaca yang sangat panas seperti yang sedang berlaku di Malaysia sekarang. Kalau tak percaya, mari tengok gambar kat bawah ni ena buat sedikit demo kat atas tangan ena sendiri. Anda boleh lihat sendiri.

Letak sedikit Aqua Whitening Cream di atas tangan atau muka sendiri

Sapu sehingga rata. Urut secara putaran tau

Tadaaaa! Nampak tak water droplet tu. Nice kan

DETAILS AQUA WHITENING CREAM HANSAEGEE NATURE

Kepada yang sedang mengalami masalah kulit muka seperti sunburn, kering, berjerawat dan kusam, anda boleh cuba try test Aqua Whitening Cream ini sendiri. Ena dah cuba dah, memang sesuai dengan kulit ena sekarang. Nampak perubahan semenjak ena konsisten pakai krim pelembap ini. Haaaa! Konsisten tu la yang paling penting kalau nak dapatkan kulit yang diingini. Apapun jangan lupa minum air kosong yang banyak setiap hari, cuaca tengah panas sekarang ni. Jaga diri anda masing-masing.

Itu sahaja perkongsian ena kali ini mengenai produk kecantikkan. Siapa tak nak cantikkan? So siapa nak cantik tu sila-silalah ke website atau laman social Hansaegee Nature. Di sana lagi banyak produk kecantikkan yang ada dijual.

 🍁Company name: Hansaegee Nature
Image

PENGALAMAN JERAWAT MERAH SELEPAS 2 MINGGU PENGGUNAAN PENCUCI MUKA ALOE HANSAEGEE NATURE

ENGALAMAN JERAWAT MERAH SELEPAS 2 MINGGU PENGGUNAAN PENCUCI MUKA ALOE HANSAEGEE NATURE

(By Nadnary on 23rd April 2019)

Assalamualaikum Hai.

Hansaegee ALOE AC Clean Bubble Cleanser. Teringat pulak dulu waktu sekolah rendah, selalu dok amik aloe vera dekat belakang rumah untuk letak dekat muka. Gigih walaupun tajam daun aloe vera tu, tapi sebab mahukan bahan secara semulajadi kita gagahkan juga. Disebabkan bagus lendir aloe vera ni, dekat rambut pun kita lumur sekali. Dulu rajin dan tak terikat sangat dengan aktiviti lain.
Sekarang kalau nak ambil lendir aloe vera tu sendiri rasa macam dah tak berapa practical. Agak leceh dan banyak kerja nak kena buat. Nasib baik ada produk Hansaegee Nature yang berkualiti tinggi dan merupakan 100% produk penjagaan kulit yang original. Brand ni berasal dari Korea dan kalini Nad nak cerita tentang cleanser dia iaitu ALOE AC Clean Bubble Cleanser.

ALOE AC Clean Bubble Cleanser
Packaging
Dari segi packaging, size botol memang agak besar sebab satu botol ni mengandungi 150 mlcleanser. So kalau korang nak bawa pergi travel atau berjalan jauh, agak berat dan makan ruangjugak lah. Cuma kalau nak pakai di rumah sesuai sangat, dan tak perlu restock secara kerap sebab penggunaan satu botol ni boleh bertahan untuk jangka masa yang lama. 

Pump dia pulak mudah ditekan. Bila korang dah jumpa bermacam jenis cleanser, ada sesetengah pump yang keras, dan sukar ditekan. Ada pula yang bila tekan pump, cleanser taknak keluar. Tapi nasib baik Hansaegee punya cleanser ni, pump sangat mudah ditekan dah keluar foam yang halus tu!
Texture

Mengenai texture dia pula, ini yang paling wow best! Lepas je kita pump, keluar lah buih-buih halus yang memang saaaaangat halus, lembab, dan sejenis buih yang berair. Time korang nak gosok kedua belah tangan yang penuh dengan foam cleanser tu memang rasa macam fluffybetul. Sampai ralit pula Nad pergi main dengan buih tu . Oh, and the smell bau macam aloe vera tapi bukan macam lendir aloe vera yang fresh dari pokok tu. Bau dia macam aloe vera yang dah upgrade sikit jadi soft wangi, bau dia cam kat hujung-hujung je hahah.
Untuk pengetahuan, Hansaegee ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni menggunakan 10 jenis ekstrak tumbuhan semulajadi. Dalam 10 jenis ekstrak, dua bahan utama yang terkandung dalam cleanser ni adalah Aloe Vera dan Tea Tree Oil, yang mana kita semua sedia maklum dua bahan ni memang sangat baik untuk kulit. Aloe Vera terkenal dengan sifatnya yang mampu merawat sunburn, melembabkan kulit, mengurangkan parut jerawat, dan membersihkan kulit. Manakala, Tea Tree Oil pula mampu menghalang bakteria, mengurangkan jangkitan, dan sekaligus merawat jerawat. Fuh, tengok kebaikan dua bahan ni pun rasa dah cukup bagus dah. Antara ekstrak lain pula adalah seperti lavender ekstrak, rosemary ekstrak, thyme ekstrak, dan sage ekstrak.

Bubble Type

So, apa yang best tentang foam bubble cleanser ni? Disebabkan foam bubble cleanser ni sangat halus, maka particle dia lebih mudah untuk membersih pori sehingga jauh ke dalam kulit. Dia boleh cuci pori-pori yang kotor dan tersumbat dengan menyingkirkan lebihan minyak yang terkandung pada kulit. Dia punya power tu, nak remove make up sekali pun boleh tau. Lepas je habis cuci muka terus korang rasa muka korang macam bersih, ringan, dan macam cerah sikit hahaha. Rasa macam eee bersih sangat lah muka ni.
Kulit berminyak macam Nad pula memang sesuai sangat guna cleanser jenis foam. Sebab memang power menarik lebihan minyak yang melampau-lampau ni. Tapi, dia takkan buat kulit korang terlalu kering. Rasa lembab sedang-sedang gitu, dan lembut! Sampai rasa nak belai selalu. Tapi apa pun, ia sesuai untuk semua jenis kulit okay tidak kira lah normal skin, oily skin, mahupun combination skin. All skin types boleh gunakan cleanser ini.
Kat bawah ni Nad tunjuk cara-cara nak pakai ya.
1) WAJIB basahkan tangan dan muka korang dengan air. kalau tak nanti kesat dan bubble pun tak ada.

2) Pump 1.5 atau 2 kali pada tangan. Macam Nad pump 2 kali je senang kira ehehe.

3) Cuci muka.
4) Basuh muka dengan menggunakan air untuk remove segala bubble.

After & Before 

Dari segi parut belum nampak lagi sebab Nad pun baru pakai dalam 2 minggu. Tapi nampak tak jerawat merah merah tu dah surut and takde parut dekat bahagian tu? Sebab cleanser ni cool down kan balik kulit Nad. Parut in shaa Allah soon sebab aloe vera pun bagus untuk parut kan hehe.

RM65 / 150 ml
Korang boleh dapatkan Hansaegee ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni hanya di website rasmi [Hansaegee] yaa. Dekat retail shop atau online shop lain memang takde jual. So jangan risau ya. Dapatkan di website ni memang confirm original.
Image

WAJAH LEBIH CANTIK BERSERI DENGAN HANSAEGEE NATURE GOLD NANO CC CREAM

WAJAH LEBIH CANTIK BERSERI DENGAN HANSAEGEE NATURE GOLD NANO CC CREAM

(By Cik Rose on 18th April 2019)

WAJAH LEBIH CANTIK BERSERI DENGAN HANSAEGEE NATURE GOLD NANO CC CREAM
Assalamualaikum. Hai.. Wajah yang bersih dan berseri memang menjadi idaman setiap wanita. Tipulah kalau kata tak nak kan. Sebagai seorang wanita yang berkerja, selain memiliki wajah yang bersih, Cik Rose pun nak juga tampil berseri ke tempat kerja. Wahh gitu,. Naluri biasa seorang wanita lah kan.
Sebelum ke tempat kerja, mestilah nak  make up sikit kan. Tapi, bukan mudah nak make up pagi-pagi. Banyak cabarannya. Masa. Ya, masa selalu mencemburi Cik Rose. Hihi. Nak bersiap, step by step tu makan masa. Sekali, tengok jam. Eh tak sempat!
Mana taknya, lepas cuci muka, mesti pakai toner. Pakai serum, pakai moisturizer, sunscreen. Pakai primer, krim wajah, foundation, dan step seterusnya. Eh berapa banyak ni. Memang kalut sikit, kalau terbangun lewat. Alamatnya memang tak make up.
Cik Rose ada Nampak beberapa orang rakan pakai CC Cream dari Hansaegee, iaitu Gold Nano CC Cream. Emm macam menarik jer. Betul ke best ni? Betul ke wajah Nampak glowing ni?
HANSAEGEE NATURE
 
Hansaegee Nature adalah jenama kecantikan penjagaan kulit yang ditubuhkan sejak tahun 2011 di Malaysia dan semua produk Hansaegee Nature adalah 100% buatan asli dari Korea yang menggunakan bahan-bahan berkualiti dan selamat.
Bila dapat tahu ianya dari Korea. Terus tersenyum lebar Cik Rose. Nak tahu kenapa? Sebab kebanyakan barangan penjagaan wajah Cik Rose sekarang ni memang buatan Korea. Kulit Cik Rose dah sesuai dengan barangan Korea, mungkin kerana terlalu mencintai drama-drama Korea. Eh tiber.. hihi.
Apa yang menarik, CC Cream ni bebas dari sumber haiwan , paraben – free , sulfate – free , dan alcohol-free . Kandungan utama CC Cream ni adalah Mineral Wateryang akan mengekalkan keseimbangan PH untuk kulit wajah kita dan juga menganjalkan kulit wajah. Eh menarik ni. Siapa tak nak kulit lebih anjal kan.
Juga mengandungi Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract  berfungsi mengelakkan iritasi kulit dan juga anti-bakteria. Selain itu, ada juga Nano Gold yang berfungsi melambatkan kesan penuaan,  melindungi kulit dari sinaran ultra ungu dan mengandungi kandungan antioxida yang tinggi.
Teruja tak dengar kandungan CC Cream ni? Part yang paling best bagi Cik Rose, ia mengandungi perlindungan UV matahari SPF50+ PA+++. Jadi, Cik Rose tak perlu risau sangat jika perlu melakukan aktiviti luar.
Kelebihan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream
*Mengimbangi tona kulit secara semulajadi
*Meminimumkan penampilan pori
 *Mencerahkan kulit
*Sebagai Makeup Base atau Makeup Primer
*Mencegah anti penuaan serta meningkatkan keanjalan kulit
*Menjadikan wajah kita glowing dan melicinkan kulit.
Tekstur Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature
Kalau korang tengok betul-betul, akan nampak krim ni berwarna putih. Namun, di dalamnya ada molekul-molekul berwarna coklat/kelabu.
Cc cream ini juga mempunyai tekstur yang lebih ringan berbanding bb cream. Korang akan dapat rasakan perbezaan antara cc cream dan bb cream tau. Pakai cc cream ni, rasa macam tak pakai apa pun. Lagi satu,  ia bertindak menyamaratakan tona wajah.
Tengok krim warna putih, mesti korang takut nak pakai. Sebab bimbang muka jadi putih atau kelihatan kelabu kan. Eh jangan begitu. Magiknya cc cream ni, ia berubah warna tau. Mula-mula memang putih, tapi bila korang blend, ia berubah ke warna coklat/ seakan merah jambu.
Bila di ratakan di wajah, ia akan mengikut tona wajah korang. So, tak adalah jadi kelabu asap kan. Korang boleh tengok gambar di bawah ni :
Siapa yang ada masalah liang pori terbuka? Kalau tak pakai based yang betul, pakai make up pun akan nampak tau pori-pori tu. Tak rata jadinya. Cik Rose sendiri ada masalah tersebut.
Korang boleh tengok perbezaan bila pakai cc cream ni. menutup liang pori dan cela dan akan nampak lebih licin dan flawless .
Cara Menggunakan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream
Senang sangat. Cuma perlu apply krim di wajah. Guna jari je uols. Kemudian ratakan dengan lembut di wajah. Korang kenalah belai wajah sendiri. Jangan tenyeh kuat-kuat. Rosak muka nanti. Hihi. Masa awal korang sapu, korang nampak kulit akan sedikit cerah. Jangan risau, terus ratakan di wajah. Ia akan menyamaratakan tona wajah korang dan mengikut warna kulit korang. So, tak ada masalah muka cerah, tangan gelap kan.
Korang boleh Nampak kan perbezaan di wajah Cik Rose kalau pakai cc cream dengan yang tak pakai cc cream ni? Nampak lebih flawless gitu kalau pakai. Nampaknya memang akan Cik Rose bawa ke mana-mana sahaja lepas ni.
Apa yang buat Cik Rose suka sangat pakai cc cream ni, ia buatkan wajah tampak berseri dan tidak bercapuk. Itu penting tau. Sesetengah krim akan membuatkan wajah kita terlalu cerah atau menjadi kelabu tau. Tapi, jangan risau, ia tak berlaku jika korang pakai cc cream ni. Wajah akan nampak natural, seolah-olah itulah tona wajah Cik Rose yang sebenar.
Kalau korang tak cukup masa, cukup pakai cc cream ni dan loose powder je. Pun dah nampak cantik. Tapi, untuk yang suka bermake up, boleh jadikan ia sebagai primer juga. Cik Rose ni sebelum pakai foundation, akan pakai cc cream ni dulu. Lagi tahan lama make up kita tu tau. Dan kalau pakai pula eyeshadow, lagi nampak menyerlah. Boleh tengok perbezaannya di bawah :
Kan Cik Rose cakap yang kalau kita pakai cc cream ni, wajah nampak lebih fresh, flawless dan glow. Korang jangan pula risau. Ia tak berminyak tau. Sesuai untuk semua jenis kulit. Kadang-kadang seram dengan sesetengah produk yang cakap boleh glowing kan muka. Tapi, akhirnya bukan glow. Berminyak jadinya. Sedih kan.
Sepanjang tempoh penggunaan Cik Rose, wajah ok jer. Tak ada alahan atau timbul jerawat kecil. Wajah ik Rose ni kadang-kadang sensitive juga. Kalau tak sesuai, akan naik jerawat kecil-kecil tu. Ish tu yang risau nak mencuba produk baru.
Tapi, dengan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream , wajah Cik Rose ok jer. Tak nampak sebarang masalah. Memang akan jadi bff lah ni. Hari-hari mesti nak pakai. Hihi.
Korang memang kena cuba. Baru tahu kebaikannya bila dah cuba sendiri kan. Dan Cik Rose yakin korang pun akan jatuh cinta dengan cc cream ni. Sekarang ni, hari-hari mesti nak pakai. Sebelum ke tempat kerja, pakai Cc Cream ni dulu. Tahan lama di wajah. Tak nampak berminyak di wajah. Don’t worry ya.
Selit je dalam beg make up. Saiznya memang praktikal. Muat je letak dalam handbag korang.
Harga?

RM128 untuk 50ml. Memang berbaloi. Ianya tahan lama. Sebab cukup jika kita oleskan sedikit sahaja setiap kali pemakaian. Tak perlu sapu  tebal-tebal. Tahan lama tau, dalam 4 hingga 6  bulan Cik Rose rasa. Dengan harganya yang sedimikian dan kebaikan pada cc cream ni, Cik Rose puas hatilah
Image

ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER BY HANSAEGEE NATURE

ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER BY HANSAEGEE NATURE

(By Scha Nazri on 11th April 2019)

Assalamualaikum. Hai guys!

Pernah tak korang rasa muka berminyak, tak selesa, kusam dan rimas terutamanya selepas balik dari kerja ataupun keluar berjalan dengan family or friends? Yes! Itu lah apa yang Scha alami everyday selepas balik kerja. Rasa nak bertapa dalam shower tapi hakikatnya tak boleh sebab Sofia mengamuk. Haha #momslife
Tapi, thankfully ada Aloe Ac Clean Bubble Cleanser dari Hansaegee Nature sebab boleh rasa kesegaran selepas cuci muka seperti rawatan spa! Yeapp. Tak tipu okkk.
Bubble dia banyakkk and muka tak rasa tegang selepas cuci. Tahu tak kalau korang cuci muka dan kulit muka rasa tegang je itu bermakna produk tu tak sesuai untuk korang? Itu tanda kena beli produk baru and Scha suggest Aloe AC Clean Bubble Cleanser!
Nampak tak buih-buih kecil bubble cleanser ni? It’s is so watery and soft on skin!
Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni ada aloevera dan juga minyak tea tree sekaligus melembapkan kulit dan memberi kesegaran yang maksima! Bubble Cleanser ni sangat sesuai untuk semua jenis kulit iaitu berminyak, kering mahupun combination skin. So jangan risau okay. Semua orang boleh try bubble cleanser ni.
Jom lah Scha tunjuk step by step guna Aloe AC Bubble Cleanser ni
Tara! Bersih kan? Lama-lama guna insya-Allah jerawat pun segan nak muncul sebab bersih sangat. Haha. Untuk yang oily skin, jangan risau ok, sebab Aloe AC Bubble Cleanser ni akan membersihkan lebihan minyak di muka, rasa moist jee. Segar gitu! Make sure selepas guna makeup, bersihkan muka dengan Bubble Cleanser ni. Muka akan rasa fresh and selesa!
Istimewanya tentang Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni ialah asalnya dalam botol berbentuk cecair tetapi apabila dipam, ia akan jadi berbuih. Buih ini lah yang akan membersihkan segala kotoran dalam pori muka kita. Banyak taw buih-buih dia. Cepat meresap ke dalam kulit kita.
Close up the magic pump!
See how the pump pumps out the foam? Amayyzingg!
Bila guna makeup, make sure bersihkan dengan betul ye kalau taknak miss jerawat datang menjengah. Bila Scha gunakan produk ni untuk bersihkan makeup, memang tak perlukan banyak kerja untuk buang sisa-sisa makeup. Cara yang betul sepatutnya kena guna oil cleanser dan kemudian barulah cleanser untuk bersihkan makeup. Tapi bila guna Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni, tak perlu 2 step dah. Sebabnya, bubble cleanser ni kan ada minyak tea tree, makanya boleh buang secara maksimum sisa-sisa makeup.
Kesan seminggu selepas penggunaan Aloe AC Bubble Cleanser
Selepas seminggu guna secara konsisten iaitu pagi dan malam, Scha rasa kulit lagi bersih terutamanya blackhead and whitehead di sekitar hidung. Memang terasa perbezaan dari sebelum ni. Kulit pun rasa lembap dan lembut je. Tak rasa kulit tegang selepas cuci muka. Tekstur buih yang sangat banyak membuatkan Scha tak sabar nak cuci muka setiap hari. Best kot cuci muka ada buih banyak!
Rutin harian penjagaan muka:
1. Scrub (seminggu sekali)
2. Aloe AC Clean Bubble Cleanser
3. Serum
4. Sunscreen
5. Tinted Moisturiser
More details:-
Aloe AC Bubble Cleanser
RM 65
150ml
Made in Korea
Ingredients: Aloe Barbadensis Leaf Juice, Melaleuca Alternifolia (Tea Tree Leaf Oil), Salvia Officinalis (Sage) Leaf Extract, Rosmarinus Officinalis (Rosemary) Extract, Jasminum Officinale (Jasmine) Extract, Lavandula Angustifolia (Lavender) Extract
This product is truly amazing. Sangat tak memberi ketegangan di muka dan juga kulit terasa bersih dan segar selepas rutin cucian. Isipadu produk pun agak banyak dan menjimatkan wang poket korang.