RAWAT MASALAH JERAWAT DENGAN ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER DARI HANSAEGEE NATURE | Hai semua ! Sekarang ni Mimi memang menggunakan skincare dari produk Korea. Sebab apa Mimi lebih suka guna produk Korea ni sebab banyak produk dari Korea ni menggunakan bahan semulajadi. Bila umur semakin meningkat memang perlu menitikberatkan kandungan skincare yang kita nak guna sebab akan beri kesan pada muka juga kalau guna skincare yang mengandungi bahan kimia berbahaya, betul tak?
Sekarang ni kulit muka Mimi mudah sangat tumbuh jerawat tau. Kadang jerawat halus kadang yang besar. Jadi, Mimi pun survey skincare yang sesuai dan bagus untuk atasi masalah jerawat ni. Survey punya survey, Mimi pun pilih
ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER ni sebab kawan kawan ramai yang guna cleanser cakap bagus. Nampak tak kat situ tergoda dengan review kawan kawan. So nak tahu serasi ke tak dengan kulit Mimi, sila baca sampai habis cerita Mimi .

RAWAT MASALAH JERAWAT DENGAN ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER DARI HANSAEGEE NATURE
Actually kulit muka Mimi ni jenis berminyak. Jerawat memang suka sangat “berkampung” di bahagian dagu dan pipi . Favourite place gitu! Jadi, kenalah guna pencuci yang sesuai dan boleh rawat masalah yang Mimi hadapi sekarang ni.

Mimi pilih untuk cuba Aloe AC Clean Bubble Cleanser kerana produk dari Hansaegee Nature ini diperbuat daripada 10 jenis ekstra tumbuhan semulajadi dan merupakan 100% original made in Korea. Sejenis dak Mimi kalau nak beli sesuatu produk memang akan tengok kandungan produk tu. Yelah sebelum ni tak pernah ambil kisah pun kandungan sesuatu produk sebab nak cantik cepat Hah, bila stop mulalah timbul macam macam masalah. So, pengajarannya sekarang ni memang Mimi akan ambil tahu tentang kandungan sesuatu produk sebab tak nak pisang berbuah dua kali. Bila tengok kandungan Aloe AC Bubble Cleanser ni diperbuat daripada bahan semulajadi sudah tentulah ia selamat dan beri kesan yang bagus untuk kulit muka kan .
Untuk pengetahuan korang Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni diperbuat daripada bahan utama Aloe Vera dan Tea Tree Leaf Oil. Kita semua tahu kebaikan Aloe Vera memang sangat bagus pada kulit terutamanya melembapkan kulit, menghilangkan jerawat, mengecilkan liang pori, memudarkan parut jerawat dan sebagainya.
Manakala Tea Tree Leaf Oil pula sangat bagus untuk mencegah jerawat dan mengurangkan parut jerawat. Sebab tu lah Mimi nak sangat sangat guna cleanser ni kerana ia boleh mencegah jerawat di samping melembapkan dan melembutkan kulit muka .
Mesti korang nak tahu apa kebaikan Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni kan. Antara kebaikannya ialah:
*Mengawal sebum/minyak
*Menghilangkan kekotoran dan sel kulit mati pada kulit
*Merawat masalah jerawat
*Mengecilkan dan menghaluskan pori-pori
*Memberi kelembapan kepada kulit
TEKSTUR DAN PACKAGING ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER

Untuk pengetahuan korang, cleanser ni didatangkan dalam botol di mana ia berbentuk liquid bila di dalam botol. Bila pam ia akan akan keluar dengan bentuk foam ‘soft bubble’ yang wangi. Packaging cleanser ni sangat praktikal bagi Mimi sebab hanya pam sahaja. Bila packaging macam ni kualiti cleanser lebih terpelihara dan ‘hygiene’ .
Mimi memang suka bau cleanser ni yang wangi dan menyenangkan. Bila sapu pada muka pun rasa soft saja tau.

CARA MENGGUNAKAN ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER


Cara nak gunakan pun tak susah tau korang. Semudah ABC. Sebelum guna cleanser ni basahkan muka dan tangan korang dengan air. Kemudian pam cleanser pada tapak tangan dan sapu secara urutan membulat pada seluruh muka korang .

Masa sapu pada muka korang boleh nampak buih buih halus ni bertindak pada muka sebab ia mesra air.
PENDAPAT MIMI MENGENAI ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER

Masa pertama kali guna Mimi dah jatuh suka dah. Yelah, Mimi ni jenis yang bermekap. Bila apply cleanser ni pada muka yang ada mekap memang bersih lah segala mekap pada muka.
Bila muka ada jerawat, Mimi guna macam biasa cleanser ni dan Mimi perasan jerawat akan cepat kecut selepas dua atau tiga hari penggunaan. Tu buat Mimi bertambah suka dan jatuh cinta dengan produk dari Hansaegee Nature ni tau. Tu maknanya ia memang serasi dengan kulit muka Mimi.

Nak tahu sebab apa Mimi suka sangat dengan Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni. Sebab ia berbeza dengan bubble cleanser yang Mimi pernah guna sebelum ni. Teskturnya yang lembut seperti kapas selain daripada baunya yang wangi. Bila pam keluar nampak tau kehalusan bubble yang keluar dari botol.
Selepas cuci muka dengan cleanser dari Hansaegee Nature ni, kulit muka memang akan rasa bersih, tidak mengeringkan kulit muka dan yang paling best kulit muka sentiasa rasa lembap dan lembut tau korang. Tak macam kebanyakan bubble cleanser di luar yang memang berfungsi membersihkan kulit muka tapi kulit terasa kering, tegang dan tidak selesa selepas menggunakannya. Sebelum ni Mimi memang ada guna juga bubble cleanser dari satu jenama. Lembut dan wangi tapi lepas guna kulit muka Mimi jadi tegang dan pedih. Lepas tu, mulalah kulit mengelupas di sekitar hidung dan pipi. Bila jadi macam tu terus Mimi stop guna. Tak sanggup nak tengok kulit muka mengelupas dan kering.


Tapi Aloe AC Bubble Cleanser ni lain dari yang lain tau, korang boleh tengok sendiri tekstur cleanser ni sangat ‘watery’ dan berbuih lembut di mana ia membersihkan jauh ke dalam kulit. Sebab teksturnya yang sangat lembut dan buih yang halus ia melembapkan kulit bukannya mengeringkan kulit. Jadi, tak perlu risau kalau nak gunakan Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni sebab memang best tau korang.

Kulit muka pun rasa lembap dan lembut selepas menggunakan. Nak nak sekarang ni cuaca panas yang boleh menyebabkan kulit kering tapi dengan adanya cleanser ni tak perlu risau kulit kering . Memang sentiasa rasa lembap. Yang paling best nak apply mekap pada muka pun jadi mudah.
Korang yang ada masalah kulit kering, berminyak dan berjerawat, Mimi highly recommend untuk korang cuba
ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER ni. Memang best sangat sangat. So far, cleanser ni memang serasi dengan kulit Mimi mungkin juga serasi dengan kulit muka korang. Apa kata korang cuba dulu dan tengok sesuai atau tidak dengan kulit muka korang. Yelah, kulit muka kita tak sama kan . Tapi apa yang Mimi nak tekankan cleanser ni memang sangat selamat digunakan dan tidak mengandungi bahan berbahaya. Jadi, bila nak guna tu memang tak ada rasa was was lah.
Aloe AC Clean Bubble Cleanser sangat sesuai untuk korang yang mempunyai kulit jenis kering, berminyak, sensitif/berjerawat, mempunyai blackhead dan whitehead serta mempunyai kulit mati. Harga sebotol cleanser ini ialah RM65 untuk 150ml.
(By Mimie on 03rd April 2019)
🍁Company name: Hansaegee Nature
Related