KULIT WAJAH SEOLAH-OLAH BERNAFAS SELEPAS MENGGUNAKAN ALOE AC BUBBLE CLEANSER DARIPADA HANSAEGEE NATURE !

KULIT WAJAH SEOLAH-OLAH BERNAFAS SELEPAS MENGGUNAKAN ALOE AC BUBBLE CLEANSER DARIPADA HANSAEGEE NATURE !
 
(By Syaza on 14th March 2019)
Hai semua. Siapa sejenis kulit muka kering? Allah! Kulit muka jenis kering macam cx ni banyak juga cabarannya. Kalau salah pakai produk, habislah muka. Macam cx, kalau produk tu tak sesuai dengan kulit muka cx, nanti akan naik tompok-tompok putih tau. Dia macam panau. Teruk juga dulu kena. Banyak juga cuba produk untuk cari yang serasi. Daripada mahal sampailah yang murah. Semua dah cuba. Tapi kali ini, cx tertarik untuk cuba produk dari Hansaegee Nature yang merupakan produk asli 100% dari Korea. Korea juga terkenal sebagai negara yang menitikberatkan soal kecantikkan kulit wajah. Sebab tu orang korea cantik tertarik memang da bom!
Aloe Ac Clean Bubble Cleanser : Hansaegee Nature
Okay, serba sedikit cx kongsikan tentang Aloe Ac Clean Bubble Cleanser ini ya. Ianya mengandungi gabungan mantap dua bahan utama iaitu Aloe Vera dan Tea Tree Leaf Oil. Dua bahan ini mempunyai keistimewaan dan kekuatannya tersendiri dalam penjagaan kulit wajah.  Umum tahu Aloe Vera bertindak mengawal minyak di wajah, membersihkan liang pori, melembabkan kulit wajah, melembutkan dan melegakan kulit sensitif. Sementara itu, bahan utama kedua adalah Tree Leaf Oil yang mana mampu membantu masalah kulit berjerawat, mengurangkan infeksi kepada kulit, memberi kelembutan, anti fungus dan melicinkan kulit wajah. 
Aloe Ac Clean Bubble Cleanser ini didatangkan dalam bentuk botol agar tahap kebersihan dan keselamatan kandungannya terpelihara dan selamat untuk digunakan. Fungsi utama Aloe Ac Clean Bubble Cleanser ini adalah;
* Mengatasi masalah kulit wajah berjerawat
* Membersihkan liang pori dengan lebih dalam.
* Merawat kulit wajah bermasalah
* Mengawal minyak pada permukaan kulit wajah
* Memberi kelembapan dan tidak mengeringkan kulit
Tekstur Foam Aloe Ac Clean Bubble Cleanser
Buih² kecil Aloe Ac Clean Bubble Cleanser
Tekstur sejenis buih membuatkan Aloe Ac Clean Bubble Cleanser ini menjadi pilihan cx kerana teksturnya sangat lembut dan bila mencuci muka, cx rasa puas. Selalu kalau cuci muka, akan rasa macam kulit sedikit kering dan meregang tetapi tidak dengan Aloe Ac Clean Bubble Cleanser. Ianya membuatkan kulit muka cx rasa bersih sangat. Terasa sangat segar dan kulit pon lembab sahaja tidak kering. Rasa selesa sahaja muka ini seolah-olah dapat bernafas. Rasa macam kulit baby pula. Hehe Agaknya sebelum² ni, liang dekat muka ni tersumbat kot, sebab tu rasa lebih bersih dan puas hati selepas pakai Aloe Ac Clean Bubble ini. Alhamdulillah serasi.
Cara Guna:
1. Tekan pemicit Aloe Ac Clean Cleanser ke tapak tangan mengikut berapa banyak yang diperlukan.
2. Pastikan tangan basah terlebih dahulu. Kemudian urut lembut ke wajah foam tadi mengikut urutan membulat.
3. Basuh muka sehingga bersih
Best sangat pakai Aloe Ac Clean Cleanser ni tau! Serius! 
Dahlah bau dia pon wangi, lembut sahaja. Suka sangat bau dia. Kalau boleh nak bau selalu. Hihi. Harga dia pom InshaaAllah berbaloi. Kita nak yang terbaik untuk kulit wajah kan? Cantik itu pelaburan. Betul tak? Sebotol ni RM65.00 sahaja. InShaaAllah bertahan mengikut kekerapan guna. Dah kalau asyik tekan main buih, memang cepatlah habis. Hihi.

Author: Hansaegee Nature

Hansaegee Nature Beauty Blog is owned by Hansaegee Nature Online Shop. This blog is mainly to gather all the Hansaegee Nature related product review and blog information for our beloved customers. Also we will provide useful beauty and skin care tips for our reader who visit our blog.

Leave a Reply