PELEMBAP MUKA TERBAIK UNTUK KULIT WAJAH SAYA | AQUA WHITENING CREAM DARI HANSAEGEE NATURE

Dengan keadaan cuaca hari tidak menentu, terutama keadaan panas berpanjangan menyebabkan kulit wajah semakin hari semakim kusam. Ini belum diambil kira dengan faktor persekitaran seperti pencemaran udara dan banyak lagi. Dan saya sendiri terasa kesannya apabila melihat wajah semakin hari semakin kering, masalah pigmentasi dan kulit semakin gelap.

Jadi saya perlu bertindak segera bagi menghalang kulit wajah saya semakin teruk dan mencari solusi terbaik serta selamat. Akhirnya atas rekomen rakan-rakan rapat saya telah mencuba produk Aqua Whitening Cream keluaran Hansaegee Nature.

Melihat pada pembungkusan sahaja sudah mengujakan saya. “Simple” dan nampak esklusif. Dan saya sebenarnya sebelum menggunakan produk penjagaan muka memang saya akan mengkaji kelebihan krim yang bakal digunakan. Dan saya dapati Aqua Whitening Cream ini mempunyai banyak kebaikan dan kelebihan kepada kulit wajah. Antaranya seperti:-

*Mampu membaikpulih masalah kekeringan kulit dan juga sunburn

*Memastikan lembapan boleh terserap jauh ke dalam lapisan kulit yang paling dalam

*Mempunyai kandungan “Camellia Japonica Seed Oil” yang boleh memberikan kelembapan kulit di tahap maksimun

*Tidak menyekat liang pori pada wajah jadi tidak akan menyebabkan masalah jerawat. Membaiki kulit yang rosak dengan baik pada waktu malam serta dapat memulihkan dari kemerahan kulit .

*Kandungan “Niacinamide” pula dapat memperbaiki tona kulit yang tidak sekata dan mampu mencerahkan kulit wajah

*Boleh digunakan pada waktu pagi sebelum make-up dan juga pada waktu malam sebelum tidur.

Apabila melihat kepada kebaikan dari 2 ramuan utama krim ini memang menyakinkan saya dengan keberkesanan kri ini setelah menggunakannya.

Camellia Japonica Seed Oil
Non-comedogenic, tak menghalang liang pada kulit, tidak menyumbang kepada jerawat. Sesuai sangat untuk membaikpulih kekeringan dan kerosakkan kulit akibat sunburn. Selain itu dapat memberi kelembabpan yang sangat baik sehingga kelapisan kulit paling bawah.

Niacinamide (juga dikenali sebagai Vitamin B3)
Membantu memperbaiki tona kulit. Berfungsi mencerah, membersih dan menegangkan kulit.

Boleh baca ramuan dan cara penggunaan krim ini di wajah.

Sebenarnya penggunaan krim sangat mudah. Apa yang penting ianya perlu digunakan secara konsisten setiap hari. Pastikan wajah kita perlulah bersih (bersihkan terlebih dahulu) sebelum menggunakan krim ini ya!

Tekstur krim ni sangat lembut. Kita akan rasa sendiri apabila meletakkan sedikit krim ini di hujung jari. Dan melihat sahaja kepada tekstur krim ini memang jelas ianya mudah menyerap.

Kita akan dapat lihat sendiri dengan mata kasar, titisan air (water drop) akan muncul di permukaan muka Ini bermakna krim ini mampu menyerap dengan cepat.

Amoun krim yang diletakkan memang kena sama rata. Sapukan di bahagian kedua belah pipi, dahi, hidung (t-zone) dan dagu. Sapu secara perlahan-lahan seperti membuat urutan dalam pusingan “O”. Ini bagi memastikan keseluruhan kawasan muka mendapat sapuan krim yang sama rata. Seterusnya tepuk secara perlahan dan lembut (‘tap’, ‘tap’, ‘tap’) di kawasan yang telah disapukan krim. Memang akan kelihatan air (water drop) di permukaan wajah.

Saya sendiri setelah menggunakan krim ini memang terasa kelainannya (serta-merta). Kulit muka lebih lembut dan anjal. Paling best kita akan rasa sejuk dan segar. The best feeling ever!

Ini adalah wajah saya sebelum menggunakan produk Aqua Whitening Krim dari Hansaegee Nature. Memang agak gelap dan kusam. Wana kulit pun tidak dalam tona yang sama (tidak sekata). Dan kalau dilihat dengan lebih dekat, kulit wajah saya pada ketika ini adalah sangat kering.

Namun setelah menggunakan produk ini selama 2 minggu, saya dapati kulit wajah saya memang berubah lebih baik dan sihat. Kulit muka lebih rasa anjal (tegang) dan lembut. Paling penting wajah saya tidak lagi kusam dan warna tona kulit menjadi lebih sekata serta cerah sedikit berbanding sebelum ini.

Serius, memang rekomen kat korang untuk cuba sebab saya sebagai pengguna krim ini memang puas hati 100%  🙂

(By AyuArjuna)

Author: Hansaegee Nature

HANSAEGEE NATURE BLOG : KOREAN SKIN CARE TIPS, TUTORIALS & BEAUTY REVIEWS

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments