Image

Pengalaman Selepas Sebulan Menggunakan CC Cream Hansaegee Nature

Pengalaman Selepas Sebulan Menggunakan CC Cream Hansaegee Nature

(By Wawa Ashihara on 02nd April 2019)

My Favourite CC Cream By Hansaegee Nature | Setiap kali hendak keluar, mesti WA akan bermakeup sambil mengenakan foundation. Tapi sejak kebelakangan ini, WA lebih gemar untuk kelihatan seperti no makeup look. Bagi WA ianya lebih tampak natural berbanding makeup heavy. Sedar tak sedar rupanya sudah sebulan WA telah menggunakan produk Hansaegee Nature skincare iaitu Gold Nano CC Cream.

Sebelum ini WA pernah up entry review tentang CC Cream by Hansaegee Nature ini. Kalau korang nak tahu full details mengenai CC Cream ini korang boleh KLIK SINI. Kali ini WA nak menceritakan pengalaman WA selepas sebulan menggunakan CC Cream Hansaegee Nature yang diperbuat dari Korea ini. Pada permulaan penggunaan, memang WA terfikir boleh ke cc cream ini membuat kulit WA kelihatan lebih natural tanpa kelihatan kelabu dan bercapuk. Tapi tidak dengan CC Cream Hansaegee Nature! Kulit lebih natural dan nampak lebih muda berseri gitu. Hehehe~

WA tak nak bebel panjang-panjang kali ini sebab korang boleh baca review cc cream ini dekat sini – CC Cream Hansaegee Nature. Kalau sebelum ini WA lambat bersiap nak pergi mana-mana, ditambah lagi nak bermakeup guna foundation bagai, tapi sekarang tidak lagi. Sebab dengan cc cream ini WA boleh sahaja bersiap dalam kereta atau dirumah dengan memakainya sepantas yang boleh. Hanya picit sedikit dan apply ke kulit muka dengan menggunakan jari sahaja sudah buat kulit nampak berseri. Pernah haritu WA memang dah terlambat sangat nak jumpa klien, WA pakai dalam kereta dan apabila keluar klien tegur, ingatkan muka bercapuk ke apa. Rupanya klien kata, “cantik kulit awak ye”. Ehh Ehhh.. kembang kita kena puji! Ini semua kerana cc cream ini berjaya menyelamatkan kulitku. Hohoho….

Saiznya yang sederhana kecil ini, sesuai sangat dibawa ke mana-mana dan boleh dipakai dimana jua korang berada. Macam WA selalu letak dalam handbag je. Senang kalau nak pakai apply ini sahaja dah mencukupi. Untuk pengetahuan korang, cc cream ini sudah mempunyai SPF50 untuk melindungi kulit kita dari sunburn dan mengelakkan kulit mudah cepat berkedut dek kerana sinaran UV yang merbahaya pada kulit. Sunblock tak perlu pakai dah so jimatlah bawak cc cream je. Hehe..

Apa yang bestnya cc cream mempunyai tekstur yang lebih ringan berbanding bb cream. Cc cream berfungsi untuk menyamakan tona warna kulit dimana dari awal tekstur berwarna putih, bertukar kepada warna kulit kita sendiri. Oleh itu, apabila pakai kita akan rasa lebih natural tanpa mudah bercapuk dan kulit tidak kelihatan kelabu.

Percaya tidak WA hanya menggunakan cc cream ini sahaja dan membuat kulit WA nampak lebih glowing? Cc cream ini juga dapat memberi effect moisture iaitu melembapkan kulit. Ianya tidak  memberi kesan yang berminyak tetapi lebih kepada melembapkan kulit supaya muka nampak naik berseri. Nak kata beri kesan memutihkan tu tidaklah bagi WA sebab fungsi cc cream adalah menyamakan tona kulit. Tapi apa yang WA perasan, sepanjang WA pakai cc cream selama sebulan ini, ia membuat kulit WA rasa lebih moist dan tona kulit yang kusam kelihatan berubah sedikit.

Kini WA lebih rasa yakin nak keluar tanpa perlu bermakeup tebal dan menggunakan foundation. Kerana CC Cream Hansaegee Nature mampu membuat kulit WA tampak lebih natural dan menaikkan seri wajah. Bukan itu sahaja, ianya mudah untuk digunakan dengan jari sahaja, malah packagingnya yang comel ini boleh dibawa kemana-mana. WA dah pernah kecewa guna cc cream lain. Tapi kali ini, memang WA recommended sangat cc cream ini untuk korang yang jenis nak cepat atau jenis bermakeup simple.

PELEMBAP MUKA TERBAIK UNTUK KULIT WAJAH SAYA | AQUA WHITENING CREAM DARI HANSAEGEE NATURE

PELEMBAP MUKA TERBAIK UNTUK KULIT WAJAH SAYA | AQUA WHITENING CREAM DARI HANSAEGEE NATURE

(By AyuArjuna on 01st April 2019)

Dengan keadaan cuaca hari tidak menentu, terutama keadaan panas berpanjangan menyebabkan kulit wajah semakin hari semakim kusam. Ini belum diambil kira dengan faktor persekitaran seperti pencemaran udara dan banyak lagi. Dan saya sendiri terasa kesannya apabila melihat wajah semakin hari semakin kering, masalah pigmentasi dan kulit semakin gelap.

Jadi saya perlu bertindak segera bagi menghalang kulit wajah saya semakin teruk dan mencari solusi terbaik serta selamat. Akhirnya atas rekomen rakan-rakan rapat saya telah mencuba produk Aqua Whitening Cream keluaran Hansaegee Nature.

Melihat pada pembungkusan sahaja sudah mengujakan saya. “Simple” dan nampak esklusif. Dan saya sebenarnya sebelum menggunakan produk penjagaan muka memang saya akan mengkaji kelebihan krim yang bakal digunakan. Dan saya dapati Aqua Whitening Cream ini mempunyai banyak kebaikan dan kelebihan kepada kulit wajah. Antaranya seperti:-

*Mampu membaikpulih masalah kekeringan kulit dan juga sunburn

*Memastikan lembapan boleh terserap jauh ke dalam lapisan kulit yang paling dalam

*Mempunyai kandungan “Camellia Japonica Seed Oil” yang boleh memberikan kelembapan kulit di tahap maksimun

*Tidak menyekat liang pori pada wajah jadi tidak akan menyebabkan masalah jerawat. Membaiki kulit yang rosak dengan baik pada waktu malam serta dapat memulihkan dari kemerahan kulit .

*Kandungan “Niacinamide” pula dapat memperbaiki tona kulit yang tidak sekata dan mampu mencerahkan kulit wajah

*Boleh digunakan pada waktu pagi sebelum make-up dan juga pada waktu malam sebelum tidur.

Apabila melihat kepada kebaikan dari 2 ramuan utama krim ini memang menyakinkan saya dengan keberkesanan kri ini setelah menggunakannya.

Camellia Japonica Seed Oil
Non-comedogenic, tak menghalang liang pada kulit, tidak menyumbang kepada jerawat. Sesuai sangat untuk membaikpulih kekeringan dan kerosakkan kulit akibat sunburn. Selain itu dapat memberi kelembabpan yang sangat baik sehingga kelapisan kulit paling bawah.

Niacinamide (juga dikenali sebagai Vitamin B3)
Membantu memperbaiki tona kulit. Berfungsi mencerah, membersih dan menegangkan kulit.

Boleh baca ramuan dan cara penggunaan krim ini di wajah.

Sebenarnya penggunaan krim sangat mudah. Apa yang penting ianya perlu digunakan secara konsisten setiap hari. Pastikan wajah kita perlulah bersih (bersihkan terlebih dahulu) sebelum menggunakan krim ini ya!

Tekstur krim ni sangat lembut. Kita akan rasa sendiri apabila meletakkan sedikit krim ini di hujung jari. Dan melihat sahaja kepada tekstur krim ini memang jelas ianya mudah menyerap.

Kita akan dapat lihat sendiri dengan mata kasar, titisan air (water drop) akan muncul di permukaan muka Ini bermakna krim ini mampu menyerap dengan cepat.

Amoun krim yang diletakkan memang kena sama rata. Sapukan di bahagian kedua belah pipi, dahi, hidung (t-zone) dan dagu. Sapu secara perlahan-lahan seperti membuat urutan dalam pusingan “O”. Ini bagi memastikan keseluruhan kawasan muka mendapat sapuan krim yang sama rata. Seterusnya tepuk secara perlahan dan lembut (‘tap’, ‘tap’, ‘tap’) di kawasan yang telah disapukan krim. Memang akan kelihatan air (water drop) di permukaan wajah.

Saya sendiri setelah menggunakan krim ini memang terasa kelainannya (serta-merta). Kulit muka lebih lembut dan anjal. Paling best kita akan rasa sejuk dan segar. The best feeling ever!

Ini adalah wajah saya sebelum menggunakan produk Aqua Whitening Krim dari Hansaegee Nature. Memang agak gelap dan kusam. Wana kulit pun tidak dalam tona yang sama (tidak sekata). Dan kalau dilihat dengan lebih dekat, kulit wajah saya pada ketika ini adalah sangat kering.

Namun setelah menggunakan produk ini selama 2 minggu, saya dapati kulit wajah saya memang berubah lebih baik dan sihat. Kulit muka lebih rasa anjal (tegang) dan lembut. Paling penting wajah saya tidak lagi kusam dan warna tona kulit menjadi lebih sekata serta cerah sedikit berbanding sebelum ini.

Serius, memang rekomen kat korang untuk cuba sebab saya sebagai pengguna krim ini memang puas hati 100%  🙂

 🍁Company name: Hansaegee Nature
Image

KULIT SIHAT DAN BERMAYA, RUTIN MAKEUP HARIAN MENJADI MUDAH DENGAN PRODUK HANSAEGEE NATURE

KULIT SIHAT DAN BERMAYA, RUTIN MAKEUP HARIAN MENJADI MUDAH DENGAN PRODUK HANSAEGEE NATURE

(By Nadia Johari on 15th May 2019)

hai assalammualaikum

Kulit Sihat Dan Bermaya, Rutin Makeup Harian Menjadi Mudah Dengan Produk Hansaegee Nature

Kulit Sihat Dan Bermaya, Rutin Makeup Harian Menjadi Mudah Dengan Produk Hansaegee Nature – Wah, tak sangka dah empat bulan nad pakai dua produk dari Hansaegee Nature ni iaitu Aqua Whitening Cream dan CC Cream. Banyak dah nad kongsi berkenaan dua produk ni sebelum ni dekat blog. Korang taip je Hansaegee Nature dekat bahagian search, nanti jumpa la semua yang nad cerita berkenaan produk dan perubahan yang nad alami. Sampai kawan dengan adik cakap, ” muka nampak elok je, apa kau pakai “..hehehe..(malu kitew tau)..Dua produk ni, memang nad pakai setiap hari dan tak pernah miss untuk pakai.Sejak nad pakai Aqua Whitening Cream dan CC Cream ni, kulit makin sihat dan bermaya, malah rutin makeup harian menjadi mudah.

 

Jarang nad kekal lama dengan sesuatu produk, tapi produk Hansaegee Nature ni nad suka sangat, sebab ia sesuai dengan kulit nad dan nad takda masalah kulit breakout, takde rasa pedih ke apa bila pakai dua produk ni. Malah ia buat muka jadi smooth, nak bersiap pun cepat. Lagi nad suka, ia tidak melekit dan tidak berminyak. Jatuh cinta sangat sebab dua produk ni memang kombinasi yang sempurna untuk kulit muka.

Nampak tak, Aqua Whitening Cream nad satu botol dah habis..hahaa. sebab nad pakai setiap hari pada waktu siang dan malam.

 

Suka dengan sifatnya yang “waterdrops”..Bila sapu je dekat muka, nampak titisan air keluar, rasa seronok je. Terus dap,dap, rasa segar muka. Liang pori pun dah kurang.

CC Cream tu pula dah penyek botol dia..hahaha..Tu sebab setiap kali nak keluar nad mesti guna. Kadang-kadang, nad guna juga CC Cream tu waktu siang walau tak keluar rumah sebab suka tengok muka dalam keadaan glowing dan berseri gitu. Bestnya CC Cream ni mempunyai satu kod sahaja, yang memang sesuai untuksemua jenis kulit tak kira cerah atau gelap. Sebab ia akan berubah kepada skin tone kita, jadi tak peningla kan nak pilih code apa..haahha..

 

Dua produk ni memang memudahkan rutin harian skincare dengan makeup ya bagi mak-mak seperti nad ni. Nampak je duduk rumah, tapi penuh dengan jadual yang sibuk. Masa tu sangat penting, lambat sikit je rasa rugi giler..Walaupun surirumah sepenuh masa, tetap nak nampak cantik juga kan.

Hanya sapu sahaja Aqua Whitening Cream dengan CC Cream dah cantik. Memang selesa pakai dua produk ni, muka takdela nampak kusam, malah nampak natural.

 

( akan letak video haritu)

Bila keluar, lagila wajib pakai Aqua Whitening Cream dan CC Cream. Anak nak kacau maknya bersiap, takde masalah, mommy tetap nak nampak cantik. Pakai dua produk ni, takdela kelam kabut, atau lama bersiap. Bersiap pun dengan tenang je..hahaha..So, rutin harian makeup nad, nad hanya guna Aqua Whitening Cream, CC Cream, gincu, eyeliner dan blusher sikit. .Ni kalau nad malas pakai foundation atau

taknak makeup heavy. Memang simple je, tapi hasilnya kebabomm…hahaha. Muka pun nampak natural dan segar je. Ia meratakan tona wajah yang tak sekata. Rasa ringan je muka, macam tak pakai apa-apa..

Kalau nad nak pakai heavy makeup, macam bubuh foundation, bubuh eyeshadow, nad tetap pakai dua produk ni. Ia boleh jadi sebagai makeup base yang membuatkan makeup jadi lebih cantik, lebih pigmented dan tahan lama. Muka pun tak bercapuk walaupun dari siang sampai ke malam. Muka jadi glowing bersinar-sinar gitu.

Bila cuaca panas pun tak risau sebab nad pakai dua produk ni yang membantu kulit muka nad daripada sinaran UV. Cuaca panas boleh buatkan kulit kering dan rosak, sebab tu nad pakai pelembap  untuk kekal moist dan elakkan sunburn di muka, tak lupa pakai CC Cream Hansaegee Nature ni kerana ia mempunyai SPF 50 bila nak keluar. Kalau boleh muka nak sentiasa nampak awet muda je sebab ia anti wrinkles..hehehe..

Memang sekarang ni, dua produk ni la peneman setia nad, penyelamat nad untuk nampak cantik, jadikan kulit sihat dan bermaya. Pergi mana-mana je, mesti usung sekali dua produk ni, yela kadang dah keluar seharian, nak cuci muka, nak solat semua tu, lepas tu nak makeup semula. Nak bawak barnag lain dah banyak, jadi dua produk ni je banyak membantu life nad betul. Saiz takdela besar mana, ringan je pun, memang takkan memberatkan beg. Lagipun kalau nak pakai hanya guna jari sahaja.

Hah macam mana, teruja tak tengok nad pakai dua produk ni sahaja. Ingat surirumah ni tak nak nampak cantik ke, mestilah nak..hahaa. Yang bekerja dekat luar, dalam pejabat tu lagilah wajib ada dua produk ni, tak kira perempuan atau lelaki ok. Mana nak dapakan dua produk ni, hah bawah ni nad dah bagi details. Beli online ok..takda dijual di mana-mana kedai..Beli oii, beliii….Nad pun nak beli CC Cream…

 🍁Company name: Hansaegee Nature
Image

Beauty: Water Drop Based Korea Moisturizer – Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream

Beauty: Water Drop Based Korea Moisturizer – Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream

(By Dayve Rampas on 26th Mar 2019)

Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream is not an ordinary whitening cream because this water drop moisturizer has a magical hydrating effect as it gives my skin with ample of moisture without the sticky feeling. It comes like a wax but soon dissolved into water drop upon massaging it onto the skin. It has this cooling effect which I feel really refreshing. I have been using this for a few weeks now and I actually love how it leaves my skin with hydration and control the production of sebum. It does not leave my skin with that shiny look but rather a glass skin (a crystal clear, dewy, and baby-soft skin) especially when used with CC cream.

What is so special about this product? I know most of us would like to know the main ingredients in this product which differentiate this product from the others. Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream contains Camellia Japonica Seed Oil which is also know as Tsubaki (Japan) and Dongbaek (Korea).

Here are some facts about Camellia Japonica Seed Oil which after searching over the Internet:

*Camellia Japonica seed oil has been used as traditional medicine to relieve stomach disorders, and as a tonic and inflammatory agent.

*It is used to nourish and soothe the skin and keep it resilient.

*It is anti-oxidant, anti-microbial, and anti-inflammatory properties which is perfect for dry skin as it quickly absorbed and leaves the skin with no greasy feeling.

*Camellia Japonica seed oil can be an interesting anti-wrinkle agent because it helps to strengthen the skin barrier and retain the skin elasticity.

*It helps smoothen out rough patches of the skin, and lock in the moisture.

*It promotes youthful and healthy skin.

*It is rich in Vitamin E which can stimulate blood flow to the skin and induce healing and the growth of new cells.

*Topical application on wounded skin can protect against infections and minimize the appearance of scars.

What I Say

I love using Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream because it really helps to repair and nourish my skin from within. This product has a gel-like cream which turns into a silky and powdery matte finish upon application. This non-oily and lightweight cream can replace primer which makes make-up lasts longer. What’s more? It does not lead to breakouts. It just makes my pores appear smaller, and reduce the appearance of fine lines.

         

Oh, I also noticed that my skin has become brighten up a bit and I do believe it’s because of this product contains Niacinamide (Vitamin B3) which functions as whitening agent. I noticed that it helps to improve uneven skin tone, and lighten up dark spots. Due to Herbal extract, this cream really soothes my skin and allow moisturizer to penetrate deep inside the skin.

Unlike other creams which I tried before, this one has a special technique of using it. Apply it onto cleansed face. Massage the cream until water drops formed. Once these water drops formed, gently pat the face so all the nutrients can be absorbed into the skin. Patting technique is fun especially when it involves patting the skin because this helps to stimulate blood flow, as opposed to rubbing it all over.

really love this product as its super water drop base moisturiser provide whole day moisture to my skin. I don’t have to do touch-up every hour. I just love my skin as this cream helps with my skin healing process. The price is also considered worth to invest as it really gives miracles to my skin. Frankly speaking, this is a non-comedogenic skincare product which does not clogged the pores, and contribute to breakouts. This is so perfect under hot weather and when in the air-conditioned workplace.

Image

TIPS PENJAGAAN MUKA UNTUK KULIT KUSAM DAN NAMPAK NATURAL SEPANJANG HARI DENGAN GOLD NANO CC CREAM

TIPS PENJAGAAN MUKA UNTUK KULIT KUSAM DAN NAMPAK NATURAL SEPANJANG HARI DENGAN GOLD NANO CC CREAM

(By Sisgee on 20th Mar 2019)

Tips Penjagaan Muka Untuk Kulit Kusam dan Nampak Natural Sepanjang Hari Dengan Gold Nano CC Cream | Siapa suka make up natural? Yeay kita geng! Gee antara mereka yang kategori malas bersiap. Al maklumlah anak ada 4, bawah umur pulak tu. Nak bersiap lama, nanti nak siapkan diaorang pulak! Kalau outing, Gee suka pakai make up se minima yang boleh! Tu pun sebab tak nak bagi nampak kulit terlalu kusam, parut – parut jerawat dan juga bintik – bintik hitam kelihatan. At least, takde lah orang kata walaupun dah kahwin dan dah ada anak, penampilan terus jadi huru hara.

Kalau korang nak tahu, dah hampir sebulan Gee dipertemukan dengan CC Cream yang super duper best ni. Yang paling membuatkan Gee jatuh cinta adalah kesan selepas pakai CC Cream ni, kulit nampak natural walaupun tanpa solekan bewarna – warna. Maksud natural ni, kulit tidak kelihatan putih yang pelik, berminyak atau kelabu asap! Opps! Nak tahu CC Cream apa, jom Gee kongsikan di entry post kali ni.

Kulit Nampak Natural Dengan Gold Nano CC Cream

Gold Nano CC Cream merupakan salah satu daripada rangkaian produk Hansaegee Nature. Hansaegee Nature telah mengeluarkan pelbagai produk untuk kesihatan dan kecantikan kulit antaranya adalah Aloe AC Clean Bubble Cleanser, Aqua Whitening Cream dan banyak lagi. Kalau korang nak tahu, semua produk diperbuat daripada Korea dan Gold Nano CC Cream ini merupakan ‘BEST PRODUCT’ mereka setelah bertahun lamanya.

Gold Nano CC Cream merupakan krim siang yang meliputi pelbagai fungsi. Maka kalau korang memakai Gold Nano CC Cream, ia bukan sahaja boleh dijadikan alas solekan malah ia berfungsi untuk merawat kulit korang juga. Kalau korang perasan, di Gold Nano CC Cream ada tertulis ‘Colour Control Cream‘ di mana ia bermaksud Gold Nano CC Cream ini fizikalnya adalah krim berwarna putih, namun setelah korang pakai dan blend pada kulit, warna Gold Nano CC Cream akan disesuaikan dengan warna kulit korang. Menarikkan?

Satu Gold Nano CC Cream boleh dipakai untuk semua jenis warna kulit!! Sangat mudah sebab bagi Gee sendiri, kalau krim di pasaran yang mempunyai pelbagai tona warna krim, sekiranya tersilap memilih warna, kulit kita akan menjadi terlebih putih atau terlebih gelap.
Menariknya Gold Nano CC Cream ini, warna krim akan sesuaikan dengan warna kulit korang! Tak kisah kulit berwarna putih pucat, sawo matang, hitam manis atau sebagainya.
Ketahui Ramuan Utama Terkandung di Dalam Gold Nano CC Cream

#1 Mineral Water

Mineral water akan memastikan keseimbangan PH kulit korang supaya kekal lembab sepanjang hari. Selain itu, ia juga membantu kulit menjadi lebih anjal dan sihat.

#2 Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract

Kulit yang bermasalah seperti jerawat dapat dirawat dengan penggunaan Gold Nano CC Cream ini. Ini kerana Gold Nano CC Cream akan bertindak sebagai penghalang kuman dan bakteria pada kulit yang boleh menyebabkan pertumbuhan jerawat.

#3 Nano Gold

Nano Gold pula berfungsi sebagai agen anti penuaan pada kulit korang. Kulit akan menjadi lebih lembut dan awet muda.

Tekstur Gold Nano CC Cream Sangat Ringan Pada Kulit

Kalau krim siang semestinya Gee sukakan tekstur krim yang ringan pada kulit. Al maklumlah cuaca di Malaysia agak panas. Nanti muka nampak berminyak dan krim muka bertukar menjadi tompok – tompok di wajah. Namun tidak terjadi kejadian sebegitu apabila Gee memakai Gold Nano CC Cream. Tekstur Cream tidak melekit, tidak berminyak dan sangat ringan pada kulit. Kalau korang pakai dari awal pagi sehingga tengahari, kulit nampak sekata dan natural je tau!

Tekstur cream adalah berwarna putih seperti sapuan yang Gee buat pada kulit tangan Gee. Tapi korang tak perlu risau, takdenya cream ni akan menjadikan kulit putih yang pelik. Malah, bila korang blend dengan sekata, lama – kelamaan cream akan bertukar mengikut warna kulit korang. Lagi memudahkan adalah korang hanya perlu blend dengan jari sahaja!! Senang kan? Korang boleh tengok gambar kat bawah ni pulak.

Gambar kat atas Gee buat magik kat sehelai kertas putih. Bila kita blend dengan jari, warna akan bertukar menjadi warna kulit. Sebab itu satu Gold Nano CC Cream ni boleh digunakan pada kulit yang pelbagai tona warna.

Gold Nano CC Cream Mempunyai SPF 50 + PA +++

Gold Nano CC Cream mempunyai pelbagai fungsi. Kalau krim siang, semestinya nak ada perlindungan sinaran matahari untuk mengelakkan kulit rosak dan terbakar. Pemakaian Gold Nano CC Cream dapat melindungi kulit korang daripada sinaran matahari terik. So, kalau nak pergi bercuti ke pantai atau pulau, semestinya wajib bawa Gold Nano CC Cream ini.

Kulit Lebih Glowing dan Sihat Dengan Gold Nano CC Cream

Sememangnya Gold Nano CC Cream mempunyai pelbagai fungsi. Korang dah tak perlu nak apply make up primer, foundation atau make up based yang lain. Penggunaan Gold Nano CC Cream sudah memadai dapat menutup segala cela pada wajah termasuk parut jerawat dan juga bintik – bintik hitam. Tambahan pula, pemakaian Gold Nano CC Cream pada kulit wajah dapat merawat kulit yang bermasalah juga seperti masalah jerawat, jeragat, kulit kusam, tona kulit tak sekata dan sebagainya.
Image

BASE MAKE UP WITH SUN PROTECTION | GOLD NANO CC CREAM

BASE MAKE UP WITH SUN PROTECTION | GOLD NANO CC CREAM

(By fiezasani on 14th Mar 2019)

K.fiezz ni walaupun suka mekap tapi kadang datang hari malas, alaaa malasnya nak mekap..nak tepek foundation la..buh loose powder,untuk tak nak bagi muka berminyak & mekap tahan lama..aduiii, malas tau kadang bila part ni..tapi sebab dah terbesa kalau keluar je mesti mekap..somekap jugak la sesimple yang boleh…simple dari cara k.fiezz is no eyeshadow, no blusher, no eyeliner, no mascara..cuma foundation + loose powder je..buh lipstick..dah siap…
tapi tapi ni nak kongsi dengan korang..k.fiezz baru berkenalan dengan satu krim yang best sangat..sebab apa best, dia boleh jadi makeup base / primer make up kita which istak payah nak guna foundation bagai, apply je krim ni & tadaaa siap..dah boleh keluar dengan senang hati..Dah la ada Sun protection pas tu  berfungsi melembapkan + natural glowing effect + seimbangkan skin tone kita…semua dalam satu krim..tue la k.fiezz cakap best…
krim apa la yeak agaknya ni?hehe..mesti tertanya-tanya kan..

GOLD NANO CC CREAM

tadaaaa…Gold Nano CC Cream..keluaran dari Hansaegee Nature..sebelum ni k.fiezz pernahshare dengan korang pencuci dia iaitu Aloe AC Clean Bubble Cleanser..yang ni krim dia plak k.fiezz nak kongsi dengan korang..krim siang yang boleh dijadikan base makeup..sesuai sangat untuk korang yang tak suka mekap berat..malas nak tonyoh banyak menda kat muka..Guna je GOLD NANO CC CREAM ni pun, dah cukup…
Gold Nano CC Cream ni camna sebenarnya?
Meh k.fiezz explain..
Gold Nano CC Cream ni, berfungsi seperti yang k.fiezz dah mention kat atas tadi & semuanya dalam satu krim sahaja..Dia berwarna putih tetapi bila kita sapu pada kulit, dia akan ikut ton kulit kita & bagi kesan kulit kita glowing secara natural..sesambil dia akan kekalkan kelembapan pada kulit sepanjang hari dan bagi mekap tahan lama..plus Gold Nano CC Cream ni juga anti-kedutan..dan macam k.fiezz cakap tadi dia ada perlindungan sinaran UV iaitu SPF50+ PA+++…dengan cuaca negara kita yang panas sekarang ni, memang kita perlu sangat pakai sunblock bagi mengelakkan masalah kulit..so dengan Gold Nano CC Cream ni, tak perlu nak guna krim sunblock pastu baru boleh mekap..Guna satu krim je, dah cukup..boleh jadi base make up + sunblock…nak keluar tanpa mekap pun boleh bila dah guna krim ni..

Jom tengok 3 bahan utama dalam GOLD NANO CC CREAM ni :

* “Air Mineral” – Untuk memastikan pH kulit seimbang, memperkuat kedalaman menembusi kulit,  meningkatkan keanjalan kulit.
* “Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract” – Melegakan kerengsaan kulit, Anti-bakteria, Melegakan masalah kulit.
* “Nano Gold” – Mencegah kulit penuaan, menyekat radiasi infrared , anti-mikrob,  anti-oksidan yang tinggi.

Jom berkenalan dengan Gold CC Cream Nano Dengan Lebih Dekat

Bawah ni merupakan packaging baru untuk tahun 2019 & didatangkan dalam saiz 50ml…
Dalam bentuk tiub so tak ada masalah kebocoran atau krim boleh terkeluar dari botol dia…dan senang untuk dibawa ke mana-mana..
Tulisan dia menggunakan warna gold which is nampak mewah…setanding dengan fungsi dia yang pelbagai dalam satu bekas…
Mengandungi SPF 50+ PA +++
Nano Gold
Skin Tone Up
Anti-Wrinkle
Tekstur dia warna putih seperti dalam gambar ni…Setiap kali guna, pump 1-2 ikut kuantiti yang korang nak
Sapu secara perlahan pada kulit..
dan tadaaa..nampak tak, ikut skin ton kita…
Mekap dengan CC Cream & tanpa CC Cream..
tahan lama & warna lebih nampak sharp..Sesuai sangat jadikan base make up
k.fiezz sendiri dah cuba, memang terbaikkk…
Macamana CC Cream Berfungsi
Okey, korang nampak tak partikel halus warna coklat dalam  krim CC yang k.fiezz letak atas kertas ni..Partikel coklat ni la yang akan tukarkan krim CC ni dari warna putih kepada skin tone kita bilaapply krim ni kat muka…
Jadi bila dah blend out krim CC ni, tadaaa..dia berubah kepada warna coklat atau pinky2 ikut skin tone masing-masing…

Review K.fiezz Gold Nano CC Cream ni?

of course la suka weiii..kalau time malas nak mekap, guna ni je..senang…calit lipstik sikit..SIAP..nak keluar waktu t/hari lit lit pun tak ada hal..dah ada sun protection…eh..lupa plak nak bitau, krim ni selesa sangat bila dah apply kat muka..dia TAK MELEKIT &  TAK BERMINYAK..so rasa ringan je kat muka..macam tak pakai apa..padahal dah ada tepek si Gold Nano CC Cream ni…so fall in love tau dengan Nano Gold CC Cream ni… Love it..Uolls tak mau fall in love jugak ke dengan Gold Nano CC Cream ni…
Untuk k.fiezz sesuai sangat krim ni untuk korang pencinta mekap macam k.fiezz ni yang kadang datang mood malas nak mekap..boleh guna Gold Nano CC Cream ni je…
Meh k.fiezz tunjuk cara ringkas gunakan Gold Nano CC Cream
Hasilnya sebelum & selepas..ada beza tak?lepas ni malas-malas nak mekap heavy, guna ni je..

KULIT MUKA DAH TAK MENGELUPAS SELEPAS SEMINGGU MENGGUNAKAN AQUA WHITENING CREAM HANSEAGEE NATURE

KULIT MUKA DAH TAK MENGELUPAS SELEPAS SEMINGGU MENGGUNAKAN AQUA WHITENING CREAM HANSEAGEE NATURE

(By Diana Rashid on 07th Mar 2019)

Hye Semua..

Sejak sebulan lepas cuaca di negara kita ni bukan main panas sampai bagi kesan juga pada kulit muka ni. Muka cepat kusam dan kering.  Bila pakai makeup atau bedak jelas nampak kulit muka mengelupas terutamanya dibahagian dahi dan hidung.

Solekan jadi tak cantik dan tak sekata.

Saya jadi malas nak keluar rumah bila kulit dalam keadaan macam ni. Tapi nasib saya baik sebab saya jumpa satu produk yang diperkenalkan rakan-rakan blogger iaitu Hansaegee Nature : Aqua Whitening Cream. 

Mula-mula baca review dari blogger lain rasa risau nak guna takut tak sesuai dengan kulit Tapi bila dah cuba beberapa hari terus jatuh cinta.

Aqua Whitening Cream 

Cream ni bukan cream yang berminyak macam cream biasa.  Cream ni ringan je. sekali tengok macam gam tepung ubi pun ada. Hahahah..

Part  yang best nya : Korang ambik sikit dan sapu pada belakang tapak tangan. Gosok sikit je dan lepas tu  keluar titisan air pada kulit kita. Itu lah yang buat kulit kita sentiasa lembab. saya jadi macam jakun sekejap sebab tak pernah guna cream yang macam ni weh!!!

Cream ni tak berminyak .Sebab tu bila kita pakai tak de jerawat atau kulit mengelupas. Tak de gatal-gatal atau rasa panas pada kulit. Semua jenis kulit boleh pakai cream ni

Musim panas macam ni bila sapu je Aqua  Whitening Cream pada kulit , rasa sejuk nyaman je. Selesa sangat..

Kelebihan Aqua Whitening Cream

Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature ni sebenarnya bukan sahaja sebagai pemutih tapi yang best nya ianya juga melembab kan kulit.  Kiranya macam Moisturizer la jugak..

Ianya  memperbaiki lapisan kulit kering pada wajah saya. Sekarang ni kulit wajah jadi lembab dan cantik. Hari-hari nak tengok muka sendiri kat cermin. Heheheh..

Selain cream yang tidak melekit dan tidak berminyak ianya juga cepat meresap ke dalam kulit. Cream ni meningkat kan kelembapan pada kulit saya.

Bila kulit kita lembab kulit juga akan terhindar dari masalah penuaan dan garis halus pada bahagian tepi mata dahi dan mulut terutamanya

Kandungan Aqua Whitening Cream

Apa yang membuatkan cream ni sangat bagus untuk melembab dan mencerah kan kulit sudah tentu lah kerana kandungan bahan yang terdapat dalam Aqua Whitening Cream ni.

Tengok kandungan nya di bahagian kotak cream ni banyak betul bahan-bahan nya.Setiap bahan tu ada fungsinya sendiri.

Ada satu bahan dalam Aqua Whitening Cream ni yang dikenali sebagai Minyak Benih Camellia Japonica . Minyak ini boleh menyerap jauh ke dalam kulit. Fungsinya ialah :-

• tidak membuatkan pori kulit tersumbat, dan tidak menyebabkan jerawat
• memulihkan kulit kering & Sun Burn
• Mengekalkan kelembapan  jauh ke dalam kulit

Cara menggunakan Aqua Whitening Cream

Saya gunakan Aqua Whitening Cream setiap hari dan setiap masa. Setiap kali lepas solat muka pun masih bersih, keringkan dulu wajah dan kemudian saya apply cream ni. Oleh sebab ianya tak melekit dan buat wajah selesa saya tak de masalah nak gunakan cream ni sepanjang hari.

Calit sikit cream dan letak dekat dahi pipi dagu dan hidung. Kemudian saya ratakan keseluruh wajah. Bila dah rata tepuk-tepuk sikit muka tu.

Masa kita tepuk-tepuk tu la titisan air akan muncul pada kulit kita. Jangan lap pulak air tu.Biarkan saja pada wajah kita.

Pertama kali guna cream ni langsung tak de rasa gatal-gatal atau panas. Tak de bintik-bintik pada muka. Sangat selesa walaupun kita apply makeup selepas guna cream ni.

Makeup jadi cantik dan tak ganggu solekan kita. Saya memang recommend kan korang try produk ni sebab korang tak kan menyesal. Berbaloi dengan harga, Produk Korea ni weh!! Dah ramai yang review cakap best.