Image

Kesan Dua Minggu Pencuci Muka Aloe Vera – Hansaegee Nature

Kesan Dua Minggu Pencuci Muka Aloe Vera – Hansaegee Nature

(By Sunah Sakura on 01st April 2019)

Uish, jarang-jarang seketul Sunah nak share pasal skincare. Apatah lagi blog ni bukan niche beauty. Tapi disebabkan baru-baru ni ada try satu pencuci muka yang baru, dan kesan dia macam best dan serasi pada kulit, seketul Sunah tak teragak-agak nak share produk ni.

 

Sejak kebelakangan ni, kerap nampak kawan-kawan blogger share produk Hansaegee Nature. Tak kira lah dari AQUA Whitening Cream ke, ALOE AC Clean Bubble Cleanser ke, mahupun Gold Nano CC Cream dia. Semua share kesan positif lepas mencuba produk dari Korea ni. Kebetulan pulak saya punya pencuci muka dah nak habis. Kalau tak cuba semua, cuba salah satu dulu pun, dah ok.

Disebabkan kulit muka saya jenis kombinasi, dan agak berminyak pada T-Zone, saya pun cuba guna ALOE AC Clean Bubble Cleanser dari Hansaegee Nature ni. Cleanser ni mengandungi dua bahan utama:

1. Aloe Barbadensis Leaf Juice yang berfungsi untuk melembapkan dan membersihkan kulit, melegakan sunburn, merawat jerawat, sebagai anti-inflammation, serta mengurangkan bintik hitam.

2. Tea Tree Leaf Oil yang berfungsi untuk melembutkan dan membersihkan kulit, anti fungus, merawat jerawat dan mengurangkan jangkitan bakteria.

Pencuci muka ni adalah dalam bentuk liquid dalam botolnya. Kalau uols goncang-goncang, boleh rasa macam air bergoncang kat dalam tu. Tapi bila pump aje keluar, liquid dalam tu bertukar jadi foam yang ringan dan halus. Foam ni la yang membantu membersihkan lebihan minyak atau sebum pada kulit serta menanggalkan kotoran jauh ke dalam pori-pori supaya kulit nampak lebih segar dan bersih.

Saya dah guna pencuci muka ni hampir dua minggu, alhamdulillah memang nampak perubahannya. Pori-pori nampak lebih halus, kawan blogger yang gi review buffet Ramadhan sama-sama pun tegur, “kulit muka Kak Sun nampak flawless”. Kalau dia baca ni, mesti dia tersengih-sengih dan tahu dirinya yang saya maksudkan.

 

Paling saya senangi, rasa kulit tegang lepas pemakaian pertama bila kita bertukar pencuci muka tu, tak ada langsung. Saya pernah rasa kulit muka terlalu tegang dan kering lepas pakai certain pencuci muka yang tak sesuai dengan kulit. Tapi ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni langsung tak mengeringkan kulit! Wajah rasa lembap aje lepas cuci pakai pencuci muka ni. Betul la kandungan Tea Tree Oil dia tu membantu melindungi kulit supaya kekal lembut, lembap dan segar.

Saya gunakan pencuci muka ni dua kali sehari, pagi dan malam sebelum tidur. Ye lah, pagi sebab bila bangun tidur, muka kita sedikit berminyak lepas lebih enam jam kita tak basuh muka. Malam pulak, sebab seharian kita dah terdedah kepada udara luar yang ada banyak kotoran tanpa kita sedari. Kadang-kadang ada kesan mekap yang tak hilang sepenuhnya. Dengan ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni lah kita nak bersihkan muka tu sebersih-bersihnyaaaaa~

 

Meh nak tunjuk cara guna.

Muka baru bangun tido seketul Sunah sebelum dicuci

Untuk bersihkan muka guna ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni, make sure basahkan dulu seluruh muka dan tapak tangan untuk kesan yang lebih optima. Kemudian, picit dalam dua kali botol cleanser tu untuk keluarkan foam ke atas tapak tangan yang basah tadi.

Muka baru bangun tido seketul Sunah sebelum dicuci

 

Untuk bersihkan muka guna ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni, make sure basahkan dulu seluruh muka dan tapak tangan untuk kesan yang lebih optima. Kemudian, picit dalam dua kali botol cleanser tu untuk keluarkan foam ke atas tapak tangan yang basah tadi.

Tekstur bubble foam ALOE AC Clean Bubble Cleanser

Then, urut bebuih tu pada muka perlahan dalam circular motion. Masa urut muka tu, uols akan dapat hidu bau wangiiii Tea Tree Oil dalam kandungannya, selain dari bau Lavender, Jasmine dan Rosemary. Rasa mudah aje penggunaannya sebab buih-buih yang ringan dan halus tu. Tak banyak keje. Haha!

Kulit yang basah membantu proses cucian bubble cleanser

 

Dah puas mengurut muka, boleh lah basuh muka tu dan lap dengan tuala bersih. Uols akan nampak kesan lepas guna tu terussss, wajah jadi lebih segar dan bersih. Clear and brighter gituhhhh! Saya sukaaa! Wehuuuu~

Hasil lepas cucian dengan ALOE AC Clean Bubble Cleanser

 

Haa, ini lah diaaa ALOE AC Clean Bubble Cleanser dari Hansaegee Nature yang menggembirakan hati seorang Sunah tuuu! 1 botol ni RM65 aje, tapi ada promotion, beli dua botol RM110. Beli dengan produk Hansaegee Nature yang lain pun ada harga promonya. Kalau uols pun nak cuba skincare ni, boleh la ke laman web Hansaegee Nature ya!

 🍁Company name: Hansaegee Nature

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s