Pelembap Muka Terbaik Memulihkan Kesan SunBurn Dan Kulit Sensitif

Assalamualaikum.. hi korang!
Pasti korang mempunyai pilihan pelembap kesukaan dari jenama yang popular di pasaran kan? Biasanya korang cari pelembap yang macam mana? Sebelum tu, tahukah korang kepentingan pelembap ini sebenarnya? Krim pelembap amat penting dalam rutin penjagaan kulit harian agar kulit kekal lembap dan segar, terlindung dari sinaran UV serta kekal berkhasiat dengan nutrisi.Ia juga dapat mencegah tanda-tanda penuaan dan rekahan kulit.

Pelembap Muka Terbaik Memulihkan Kesan SunBurn

Ok, tanpa membuang masa…. Produk pelembap atau moisturizer yang Fara nak share adalah dari HANSAEGEE NATURE iaitu AQUA WHITENING CREAM. Aqua Whitening Cream sememangnya jenama yang dikenali ramai dengan kepantasan krim pelembap yang berkesan untuk melembapkan sekaligus memutihkan kulit. Untuk maklumat, produk ini adalah 100% dari Korea.

Aqua Whitening Cream Bersifat Water Drop
Tekstur Aqua Whitening Cream bersifat WATER DROP , tidak melekit dan sesuai untuk
penggunaan harian. Cara guna pun sangat mudah. ambil sedikit cream kemudian sapukan dimuka dengan gerakan membulat. Lakukan gerakan membulat sehingga keluar titisan air kemudian dap dap muka hingga cream meresap kedalam kulit. Teknik betul meratakan

Aqua Whitening Cream :

Aqua Whitening Cream Pelembap Muka

Selain itu, Aqua Whitening Cream ni boleh dipakai pada waktu siang dan malam, malah boleh juga dipakai sebelum memakai makeup. Makeup jadi lebih tahan lama dan nampak lebih glowing. Memang multifunction produk ni! Berbaloi Fara beli.

Texture Aqua Whitening Cream Pelembap muka

Setelah di ‘apply’ beberapa saat ke muka, akan nampak seperti titisan-titisan air keluar.
Titisan-titisan air inilah berfungsi mengekalkan kelembapan muka kita sepanjang hari.
Memang cepat meresap ke wajah semasa apply. Rasa tidak melekit membuatkan Fara rasa lebih selesa sepanjang pemakaian. Selalunya produk jenis pelembap ada rasa sedikit melekit tapi Aqua Whitening Cream tidak melekit langsung.

Titisan-titisan air Aqua Whitening Cream

Aqua Whitening Cream Terbaik memulihkan kesan Sun Burn dan kulit sensitif Disebabkan Fara kerap berjemur di pantai, Kulit Fara mudah kena sun burn dan akan
menyebabkan berlakunya kemerahan dengan cepat. Bila terjadi sun burn mulalah timbul masalah lain seperti kering dan mengelupas. Nak baik memang ambil masa yang lama. Terasa gatal dan mengelupas di bahagian pipi membuatkan rasa tidak selesa apatah lagi bila nak pakai makeup jadi kurang glowing.

apply Aqua Whitening Cream keseluruh muka
Bahan yang ada pada Aqua Whitening Cream seperti Camellia Japonica Seed Oil dan
Niacinamide yang terkandung dalam produk sangat bagus untuk meningkatkan ketahanan kulit daripada sebarang kerosakan alam sekitar, sekaligus menjadikan kulit kita kelihatan bercahaya, sihat dan muda.

done muka nampak segar dan lembap

Untuk kulit yang terdedah pada sinar matahari, Aqua Whitening Cream ini sesuai untuk Fara kerana ianya mengembalikan keseimbangan kulit agar kekal terhidrat. Aqua Whitening Cream ringan dan bebas daripada paraben, minyak mineral dan warna tiruan. Aqua Whitening Cream dapat membantu untuk memberi kelegaan pada kulit beriritasi dan gatal. Ianya juga dapat melindungi kulit wajah kita dari radikal bebas dan tona kulit akan menjadi lebih sekata.

Alhamdulillah agak serasi dengan Fara.

Bahan Utama Aqua Whitening Cream
1. Camellia Japonica Seed Oil
Pada ketika dahulu Camellia Japonica Seed Oil digunakan sebagai pelembap, hal itu
disebabkan kerana camellia oil mengandung kandungan omega 3, 6, dan 9 yang tinggi
sehingga baik untuk menjaga keanjalan dan kelembapan kulit. Di sisi lain camellia oil juga lebih

mudah menyerap di kulit seperti air. Selain itu camellia oil juga bagus untuk mengatasi
keradangan muka seperti jerawat, kulit kering, mengatasi garis-garis halus, kesan sunburn dan masalah kulit yang lain. Jadi, tak mustahillah mengapa Aqua Whitening Cream ni cepat meresap ke wajah sebab menggunakan Camellia Japonica Seed Oil.

Pelembap Muka Terbaik Memulihkan Kesan SunBurn Dan Kulit Sensitif

2. Niacinamide
Niacinamide merupakan salah satu bentuk dari vitamin B3 yang mana ianya sangat bagus untuk mengekalkan kelembapan wajah. Niacinamide sering dimanfaatkan sebagai bahan aktif untuk produk perawatan wajah. Fungsinya sangat banyak, yakni:

*Meningkatkan kelembaban

*Mencerahkan wajah

*Menghilangkan bintik hitam di wajah

*Mengawal lebihan minyak di wajah

*Mengatasi masalah jerawat

*Mencegah tanda-tanda penuaan

Pelembap Muka Terbaik untuk Kulit Sensitif

Untuk Matlumat Lanjut :
Alhamdulillah, Aqua Whitening Cream serasi dengan kulit muka Fara. Suka bila ianya dapat mengekalkan kelembapan wajah disamping sekaligus merawat masalah sunburn, tona tak sekata, dan jerawat yang Fara hadapi. Oh ya, produk ini merupakan 100% dari Korea so hanya boleh didapati di website HANSAEGEE NATURE sahaja ya.

(By Mrs Fara on 28th Feb 2019)

Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature

 🍁Company name: Hansaegee Nature
Related Product : (Please click for more information)
                 Aloe AC Bubble Cleanser & Aqua Whitening Cream

Author: Hansaegee Nature

HANSAEGEE NATURE BLOG : KOREAN SKIN CARE TIPS, TUTORIALS & BEAUTY REVIEWS

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments