Image

Kesan Dua Minggu Pencuci Muka Aloe Vera – Hansaegee Nature

Kesan Dua Minggu Pencuci Muka Aloe Vera – Hansaegee Nature

(By Sunah Sakura on 01st April 2019)

Uish, jarang-jarang seketul Sunah nak share pasal skincare. Apatah lagi blog ni bukan niche beauty. Tapi disebabkan baru-baru ni ada try satu pencuci muka yang baru, dan kesan dia macam best dan serasi pada kulit, seketul Sunah tak teragak-agak nak share produk ni.

 

Sejak kebelakangan ni, kerap nampak kawan-kawan blogger share produk Hansaegee Nature. Tak kira lah dari AQUA Whitening Cream ke, ALOE AC Clean Bubble Cleanser ke, mahupun Gold Nano CC Cream dia. Semua share kesan positif lepas mencuba produk dari Korea ni. Kebetulan pulak saya punya pencuci muka dah nak habis. Kalau tak cuba semua, cuba salah satu dulu pun, dah ok.

Disebabkan kulit muka saya jenis kombinasi, dan agak berminyak pada T-Zone, saya pun cuba guna ALOE AC Clean Bubble Cleanser dari Hansaegee Nature ni. Cleanser ni mengandungi dua bahan utama:

1. Aloe Barbadensis Leaf Juice yang berfungsi untuk melembapkan dan membersihkan kulit, melegakan sunburn, merawat jerawat, sebagai anti-inflammation, serta mengurangkan bintik hitam.

2. Tea Tree Leaf Oil yang berfungsi untuk melembutkan dan membersihkan kulit, anti fungus, merawat jerawat dan mengurangkan jangkitan bakteria.

Pencuci muka ni adalah dalam bentuk liquid dalam botolnya. Kalau uols goncang-goncang, boleh rasa macam air bergoncang kat dalam tu. Tapi bila pump aje keluar, liquid dalam tu bertukar jadi foam yang ringan dan halus. Foam ni la yang membantu membersihkan lebihan minyak atau sebum pada kulit serta menanggalkan kotoran jauh ke dalam pori-pori supaya kulit nampak lebih segar dan bersih.

Saya dah guna pencuci muka ni hampir dua minggu, alhamdulillah memang nampak perubahannya. Pori-pori nampak lebih halus, kawan blogger yang gi review buffet Ramadhan sama-sama pun tegur, “kulit muka Kak Sun nampak flawless”. Kalau dia baca ni, mesti dia tersengih-sengih dan tahu dirinya yang saya maksudkan.

 

Paling saya senangi, rasa kulit tegang lepas pemakaian pertama bila kita bertukar pencuci muka tu, tak ada langsung. Saya pernah rasa kulit muka terlalu tegang dan kering lepas pakai certain pencuci muka yang tak sesuai dengan kulit. Tapi ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni langsung tak mengeringkan kulit! Wajah rasa lembap aje lepas cuci pakai pencuci muka ni. Betul la kandungan Tea Tree Oil dia tu membantu melindungi kulit supaya kekal lembut, lembap dan segar.

Saya gunakan pencuci muka ni dua kali sehari, pagi dan malam sebelum tidur. Ye lah, pagi sebab bila bangun tidur, muka kita sedikit berminyak lepas lebih enam jam kita tak basuh muka. Malam pulak, sebab seharian kita dah terdedah kepada udara luar yang ada banyak kotoran tanpa kita sedari. Kadang-kadang ada kesan mekap yang tak hilang sepenuhnya. Dengan ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni lah kita nak bersihkan muka tu sebersih-bersihnyaaaaa~

 

Meh nak tunjuk cara guna.

Muka baru bangun tido seketul Sunah sebelum dicuci

Untuk bersihkan muka guna ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni, make sure basahkan dulu seluruh muka dan tapak tangan untuk kesan yang lebih optima. Kemudian, picit dalam dua kali botol cleanser tu untuk keluarkan foam ke atas tapak tangan yang basah tadi.

Muka baru bangun tido seketul Sunah sebelum dicuci

 

Untuk bersihkan muka guna ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni, make sure basahkan dulu seluruh muka dan tapak tangan untuk kesan yang lebih optima. Kemudian, picit dalam dua kali botol cleanser tu untuk keluarkan foam ke atas tapak tangan yang basah tadi.

Tekstur bubble foam ALOE AC Clean Bubble Cleanser

Then, urut bebuih tu pada muka perlahan dalam circular motion. Masa urut muka tu, uols akan dapat hidu bau wangiiii Tea Tree Oil dalam kandungannya, selain dari bau Lavender, Jasmine dan Rosemary. Rasa mudah aje penggunaannya sebab buih-buih yang ringan dan halus tu. Tak banyak keje. Haha!

Kulit yang basah membantu proses cucian bubble cleanser

 

Dah puas mengurut muka, boleh lah basuh muka tu dan lap dengan tuala bersih. Uols akan nampak kesan lepas guna tu terussss, wajah jadi lebih segar dan bersih. Clear and brighter gituhhhh! Saya sukaaa! Wehuuuu~

Hasil lepas cucian dengan ALOE AC Clean Bubble Cleanser

 

Haa, ini lah diaaa ALOE AC Clean Bubble Cleanser dari Hansaegee Nature yang menggembirakan hati seorang Sunah tuuu! 1 botol ni RM65 aje, tapi ada promotion, beli dua botol RM110. Beli dengan produk Hansaegee Nature yang lain pun ada harga promonya. Kalau uols pun nak cuba skincare ni, boleh la ke laman web Hansaegee Nature ya!

 🍁Company name: Hansaegee Nature
Image

bestnya kulit muka rasa segar dan lembap berpanjangan

Pencuci Muka dan Moisturizer Yang Bagus | Hansaegee Nature

(By Jun Zie on 07th Mar 2019)

Assalammualaikum

Masih melekat ketat dengan produk skincare dari Korea; Hansaegee Nature. GUESS WHAT sehingga hari ni Ju kekal jadikan produk ni rutin wajib pakai tau. Bila puas hati dengan pelembab Aqua Whitening Cream, Ju upgrade penggunaan produk skincare dari Korea ni dengan menggandingkan Aqua Whitening Cream bersama AC Clean Bubble Cleanser pula. Pendek kata, ini pencuci muka dan moisturizer yang bagus Ju cuba setakat ini !
Ju pakai dalam tempoh tak jauh dengan pelembab Aqua Whitening Cream ni sebab dari apa Ju baca feedback dekat Instagram @Hansaegeenature; ramai yang berpuas hati guna pencuci muka Aloe Vera ni sekali dengan pelembab Aqua Whitening Cream. So entri kali ni nak highlight dengan kau orang feedback Ju guna kedua-dua produk BEST SELLER dari Hansaegee Nature ni.

Pencuci Muka dan Moisturizer Yang Bagus | Hansaegee Nature

Sesiapa pun tak kira lelaki atau wanita mahukan kulit wajah cantik, bersih dan paling penting sihat.Sebelum purchase mana-mana produk skincare, sangat penting bagi kau orang untuk kenali jenis kulit dan kandungan sesuatu produk tu. Ju miliki jenis kulit kering, ditambah lagi dengan umur dah masuk 30 an dan persekitaran tak berapa nak sihat memang beri kesan dengan kulit muka. So sangat perlukan skincare yang mengekalkan kelembapan pada kulit muka Ju bukan hanya pada pelembab tapi juga dengan pencuci muka.
Mengandungi 10 ekstrak herba terpilih dengan kandungan utama Aloe Vera dan Tea Tree oil, pencuci muka ALOE AC CLEAN Bubble Cleanser ni bukan setakat wangi malah juga berfungsi
1.Merawat masalah jerawat dan mengawal kulit berminyak
2.Membersihkan sehingga ke liang pori, melembutkan kulit wajah
3.Memberi dan mengekalkan kelembapan berpanjangan kepada kulit wajah walau selepas mencuci muka
Tea tree oil sinonim digunakan untuk mencegah dan merawat masalah jerawat so dengan gabungan Aloe Vera bukan saja dapat mengawal masalah sebum dan minyak berlebihan dekat muka kita, malah jadikan kulit lebih sihat ! Pendek kata, sangat sesuai dengan semua jenis kulit kau orang sama ada berminyak, kulit kering atau kombinasi. Jimat kan dekat situ.

Jenis : Membersihkan Wajah
Kegunaan : Muka
Tekstur : Buih lembut dan ringan
Isipadu : 150ml, Size 5.29 fl.oz.
Waktu Pakai : Siang dan malam
Packaging Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni bagi Ju senang nak bawa jalan, tak ambil banyak ruang penyimpanan. Jenis botol pump plastic long neck siap cover dengan penutup jenis transparent tu. So tak akan ada istilah terhimpit dan terpicit keluar hehe.
Tekstur pula kalau dalam botol packaging ni berbentuk air, yes Ju dah goncang manja dan memang dengar bunyi cecair tu tapi bila kau orang pump; masa keluar tu tekstur  cecair tadi akan berubah kepada tekstur buih serta merta. Habit Ju kalau bab pencuci muka sebelum ni memang pilih jenis foam sebab suka main dengan buih tapi dengan AC Clean Bubble Cleanser ni tak payah dah nak gosok-gosok dekat tapak tangan lagi hehe.

Selain tu, buih ni juga rasa ringan dan mudah juga nak ratakan dekat kulit wajah. Setiap kali Ju siap cuci muka, bestnya kulit muka rasa segar dan lembap berpanjangan. Berbeza dengan sesetengah pencuci muka yang buat  muka kau orang kering atau tegang lepas cuci, pernah tak kena macam tu ? Kulit muka tegang lepas mencuci bukan maksud benda tu bagus tau, tu maksudnya pencuci muka tu terlalu harsh untuk kulit kau orang. Tu salah satu sebab juga buat kulit muka kering. Jaga-jaga !
Cara Guna AC CLEAN Bubble Cleanser sangat mudah, yang penting kau orang gunakan teknik sapuan upward untuk memudahkan tesktur AC Clean Bubble Cleanser sampai ke liang pori. Ju masa apply memang suka picit banyak-banyak sebab addict dengan bau dia ni, sambal tu main buih sekali haha.

Kebiasaan Ju lepas cuci muka akan apply toner, bergantung pada masing-masing. Setelah siap tu baru Ju apply pelembab Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature. Mungkin masih ada yang pandang remeh dengan kegunaan pelembab muka atau malas nak apply sebab melekit tapi bagi Ju pelembab Aqua Whitening Cream ni menepati keperluan Ju bukan saja dari tekstur malah fungsi dia juga.

Mengandungi Camellia Japonica Seed Oil iaitu Non-comedogenic; tidak menghalang liang pori, merawat kekeringan dan kerosakkan kulit kerana sunburn atau redness (kemerah-merahan) dengan menyalurkan kelembapan jauh ke dalam lapisan kulit wajah dan juga memiliki Niacinamide (juga dikenali sebagai Vitamin B3) berfungsi membaiki tona kulit wajah dengan mencerahkan, membersih dan menganjalkan semula kulit kau orang. Kesan ini dirumuskan dengan ekstrak herba yang memberikan penembusan jauh ke dalam kulit, so kulit kau orang tampak lebih berseri ! Bahan-bahan yang lain pula ialah;
Water, Cyclopentasiloxane, Cyclohexasiloxane, Glycerin, Pinus densiflora leaf extract, Sodium chloride, Angelica acutiloba root extract, Cnidium officinale root extract, Paeonia albiflora root extract, Rehmannia chinensis root extract, Prunus armeniaca (Apricot) kernel oil, Betaine, Cetyl PEG/PPG-10/1 Dimethicone, DMDM Hydantoin, Perfume, Gardenia florida fruit extract.
Tekstur bila sapu dekat muka akan hasilkan titisan air atau water drop, so takda istilah melekit atau berminyak. Titisan air ni mudah resap di lapisan kulit wajah kau orang dan mengekalkan kelembapan berpanjangan.
Packaging Aqua Whitening Cream bersaiz kecil dan mudah bawa ke mana-mana memudahkan Ju juga nak apply bila Ju perlukan. Jenis packaging pun tahan lasak, so kalau terjatuh tak perlu risau dengan kerosakan luaran.
Jenis : Mencerahkan dan Melembapkan
Kegunaan : Muka dan Leher
Tekstur : Krim berasaskan titisan air
Isipadu : 50ml, Saiz 65 x 65 x 55 (mm)
Waktu Pakai : Siang dan malam selepas cuci muka
Lebih dari sekadar memberi dan mengekalkan kelembapan pada kulit wajah, Aqua Whitening Cream ni turut berfungsi merawat dan mencerahkan kulit tau. Nowdays bukan semua nak kulit putih tapi nakkan kulit yang sihat dan cantik. So bagi kau orang yang selalu berada diluar menghadap cuaca terik dan risaukan sunburn atau redness, Ju rekomen kau orang gunakan pelembab ni sebelum keluar rumah; kandungan Camellia Japonica Seed Oil yang Ju mention dekat atas tadi sangat membantu dalam merawat dan mencegah masalah sunburn.
Bagi yang dah terkena sunburn atau redness tu pula, kekal konsisten pakai pelembab ni sebab ianya mengandungi Niacinamide yang mana membantu membaiki semula tona kulit kau orang
“Ju, kami duduk ofis ja teda kena sunburn pun”
Eh awak, kulit boleh jadi kering dan mekap tak tahan lama tau haha. Bagi elakkan masalah kulit kering di tempat berpenghawa dingin, Ju jadikan pelembab Aqua Whitening Cream sebagai makeup base. Ju apply pelembab ni sebelum bermekap; hasilnya mekap Ju tahan lebih lama dan tidak merekah ! Tengok sini <<RUTIN SEBELUM MEKAP>>
Kulit wajah Ju berhak dapat yang terbaik, kenapa tidak kau orang juga ? Ju bukan saja nak highlight kedua produk best seller yang Ju tengah pakai ni tapi nak bagi kau orang maklum sekali lagi, produk Hansaegee Nature HANYA boleh didapati menerusi outlet mereka sahaja. Takda jual tempat lain tau. So visit laman web dia orang sekarang !
Image

TIPS RUTIN PENJAGAAN KULIT HARIAN DENGAN PELEMBAP MUKA DAN CC CREAM DARI HANSAEGEE NATURE

(By Nadia Johari on 11th Mar 2019)

hai assalammualaikum

Muka Glowing Dan Natural Look Dengan S+ Recover Gold Nano CC Cream Dari Hansaegee Nature

Rutin Penjagaan Kulit Harian, Rahsia Muka Glowing Dan Natural Look – Sebelum ni, nad pernah kongsi dengan korang pelembap paling best dari Hansaegee Nature iaitu Aqua Whitening Cream. Pelembap ni serasi dengan kulit nad, dan dah dua bulan nad guna, sekarang nak masuk botol kedua dah. Bila dah serasi, nad cuba pula produk Hansaegee Nature yang lain. Dah lama tertarik dengan Gold Nano CC Cream Hansaegee ni. Tengok orang pakai, nampak perbezaannya. Dulu ada pengalaman pakai cc cream, tapi muka makin berminyak dan tak elok, terus nad stop pkai cc cream, sampai la harini. Bila nampak Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature ni, nad pun rasa nak cuba.

Nad ni jenis, kalau nak keluar mesti nak cepat siap. Malas nak berjam-jam depan cermin semata nak pakai banyak produk. Selalunya bila nak keluar, nad akan pakai primer, foundation, bedak dan seterusnya la. Yela, muka ni nak sentiasa nampak cantik , nak tutup cela semua. Takkan keluar nak bagi nampak kusam kan. Tapi dengan pakai banyak produk, buang masa dah dekat situ kan. Jalan penyelesaiannya, sejak nad pakai Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature, nad tak perlu bersiap lama dan duduk depan cermin berjam-jam lagi..yeahhh..

Hampir seminggu nad pakai Gold Nano CC Cream ni, memang ia adalah produk CC Cream yang lain daripada yang lain. CC Cream ni bermaksud Colour Control Cream, jadi ia adalah krim siang yang semuanya dalam satu, di mana ia boleh seimbangkan tona kulit kita dan merawat kulit kita. S+ Recover Gold Nano CC Cream dari Hansaegee nature ni boleh dijadikan sebagai rutin penjagaa kulit seharian. Waktu siang atau nak keluar je, waktu nak tidur tak perlulah pakai. Tengok sahaja packaging dia, nampak eksklusif kan. Setau nad, sebelum ni packaging dia lain, warna gold semua, yang ni, ia keluar dengan packaging baru berwarna putih dan gold. Penutupnya pulak jenis twister lock, jenis ketat dan bila nak gunakan, senang dipicit dengan kuantiti yang kita kehendaki.

Bagusnya CC Cream ni ia mempunyai SPF50 PA+++ di mana ia melindungi kulit kita daripada cahaya matahari. Korang mesti tau kan, SPF lagi tinggi, lagi bagus untuk kulit.

Korang boleh tengok, teksturnya yang berkrim dan berwarna putih. Korang jangan risau, walaupun ia berwarna putih, tapi bila korang blend dekat muka, ia akan mengikut skin tone kulit kita. Jangan risau muka korang putih macam pakai tepung pulak..hehee..takde..sebab ia akan berubah kepada natural.

Tengok dekat gambar ni, sebelum nad blend, berwarna putih asli, dan dalamnya sebenarnya ada kapsul berwarna coklat. Selepas blend dengan jari, boleh nampak ia bertukar ke pada warna coklat. Magic kan!!..heheee..CC cream ni sesuai untuk semua jenis kulit, tak kisah korang kulit cerah atau gelap..

Nad suka dengan CC Cream ni, sebab ia menutup cela dan bintik-bintik hitam di muka. Ia juga dapat menutup liang pori. Bila pakai memang halus je muka, bertambah glowing dan natural look tau. Lagipun ia sejenis krim yang tidak melekit dan tidak berminyak. Paling mudah, blend sahaja dengan jari, tak perlu span atau berus. Ia juga dapat seimbangkan PH kulit kita dan mencegah penuaan sekaligus beri kelembapan pada kulit.

Gold Nano CC Cream ni juga boleh dijadikan sebagai makeup primer atau makeup base. Lepas korang apply CC Cream ni, korang pun boleh pakai foundation dan makeup lain. Korang boleh tengok,nad cuba di tangan. Belah kiri, nad tidak apply cc cream, manakala belah kanan, nad apply cc cream. Boleh nampak, belah kanan yang diapply dengan CC Cream, makeup lebih terang, lebih sharp berbanding belah kiri. Makeup juga nampak cantik, lebih pigmented dan tahan lebih lama. Nampak tak perbezaan dia..fuh..

Kelainan Gold Nano CC Cream ni, ia bukan cc cream biasa-biasa sahaja tau, kelebihan produk ni, ia mempunyai tiga bahan utama, iaitu Mineral Water, Ipomea Hederacea Cullus Culture Extract dan Nano Gold dimana setiap bahan mempunyai kelebihan masing-masing.
– Mineral Water : mengekalkan keseimbangan PH kulit sehingga masuk ke dalam kulit dan membuat kulit kita anjal.
– Ipomea Hederacea Cullus Culture Extract : mengelakkan daripada kerengsaan kulit, anti bakteria dan merawat masalah kulit
– Nano Gold ; mencegah penuaan kulit , memblok radiasi infrared dan mempunyai akntioksidan aktiviti yang tinggi

Hanya satu botol ni sahaja, tapi pelbagai kelebihan yang ada kan. Yang ada masalah tona kulit tidak sekata dan kemerahan, boleh pakai ni. Lagipun saiznya yang kecil, mudah dibawa kemana-mana sahaja.

Cara memakainya.
Di sini nad kongsi dengan korang dua langkah rutin penjagaan kulit harian nad yang sangat mudah, cepat dan berkesan. Dua produk nad gunakan daripada Hansaegee Nature iaitu Aqua Whitening Cream dan Gold Nano CC Cream.

Pertama sekali selepas membasuh muka, nad akan pakai Aqua Whitening Cream. Aqua ni, ia dapat melembapkan kulit muka sekaligus dapat merawat sunburn dan kemerahan. Aqua ni pun nad dah pakai selama dua bulan, memang best. Muka memang lembap je, takd akering dah. Nak tau lebih lanjut berkenaan Aqua Whitening Cream ni, korang boleh klik link Aqua Whitening Cream dan perubahan yang nad alami.

Kemudian, nad sapu pula Gold Nano CC Cream ni.

Taraa..siap..Dengan dua produk ni sahaja, muka nad nampak glowing, natural,bertambah lembap dan segar..nampak tak..hehee..

Nad rekomen sangat la, untuk mereka yang nak cepat, tak suka makeup, tak suka makeup berat, guna dua produk ni sahaja. Memang senang kerja. Nad sendiri dah pakai, memang ia memudahkan kerja, senang diblend dan beri kemasa yang cantik pada muka. Lagipun boleh digunakan dengan dua cara sama ada natural atau sebagai makeup primer kemudian pakai foundation dan makeup. Nad pakai kedua-dua produk ni, alhamdulillah, muka elok dan tak beri kesan yang negatif malah positif..tu yang nad suka..hehee..

Dua produk dari Hansaegee Nature adalah produk penjagaan kulit di yang 100% diperbuat dari Korea Selatan. Semua bahan produk ini diluluskan secara sah dan selamat digunakan. Korang pun boleh dapatkan dua produk ni tau.Kadang-kadang Hansaegee Nature ada buat promosi..jadi check out

 

Image

REVIEW SELEPAS SEBULAN PAKAI HANSAEGEE NATURE S+ RECOVER GOLD NANO CC CREAM

(By Tengku Butang on 06th Mar 2019)

REVIEW SELEPAS SEBULAN PAKAI HANSAEGEE NATURE S+ RECOVER GOLD NANO CC CREAM

 
Yeah! Disebabkan TB dah memang jatuh cinta dengan Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream ni.. So, TB up lagi satu entri tentang produk dari Hansaegee Nature yang sangat HOT ni.. Haha.. Ini bukan TB saja-saja nak bodek ke apa ye.. Tapi secara jujurnya TB memang suka sangat cc cream ni.. dan InsyaAllah.. akan terus guna CC Cream ni kot sebab dia memang serasi dengan kulit TB. Yang penting.. Mudah sangat nak guna, mudah sangat kulit glowing, mudah sangat cantikkan wajah.. tak perlu nak ber makeup lebih-lebih nak cover itu ini dah.. hanya sapu cc cream ni je dah nampak awesome!

Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream 
Oklah.. sebelum TB share pengalaman selepas sebulan TB menggunakan Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream ni, meh TB perkenalkan dulu serba sedikit tentang Hansaegee Nature ni.. Hansaegee Nature ni adalah skincare brand, product originally made in Korea yang telah bertapak di Malaysia sejak tahun 2011 ,
dan kalau korang nak tahu Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream merupakan salah satu produk mereka yang HOT sangat dimana ramai memberikan feedback dan review positif.. Sampailah TB pun teruja sangat nak cuba tau! Produk ni sudah berada di pasaran lebih dari 5 tahun tau!
Oh ya.. Dalam entri yang lepas iaitu YANG INI TB ada cerita pasal Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream ni dah tukar packaging baru sempena 2019 kan? haaa.. ni TB share lak gambar-gambar cc cream packaging baru tu.. Nampak wow kan! Packaging tetap Gold tetapi dah upgrade isi kandungannya dari 30ml kepada 50ml, manakala SPF 30 PA ++ dah di upgrade jadi SPF 50 + PA+++ .. wahh.. cayalah kan! Tekstur dia pulak masih sama dengan yang sebelumnya.. Aduh! TB geram tengok tau..

New Packaging yang Nampak Mahal Gituuu..

Tema Gold tu masih tetap ada.. hehehe

Didatangkan dengan Penutup Jenis Twist Lock untuk memastikan cc cream tidak mudah bocor atau tumpah..

Mudah sangat nak guna, just pulas
penutup botol ni dan picit ikut penggunaan ..
Nampak beza kan..
Tu Baru sapu, Nanti lama2 dia akan ikut tona warna kulit kita..
Teruja .. Lepas guna sebulan, muka nampak glowing je..
Kulit nampak rata,

wrinkle berkurangan.. best sangat!

Memang teruja kot tengok sebab tekstur Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream  dari Hansaegee Nature ni bewarna putih tetapi bila disapu pada wajah, nampak rata yang amat sangat.. kulit nampak gebu dan glowing. Ada pulak tu yang jenis suka makeup simple macam TB ni, hanya pakai Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream  tanpa bedak-bedak lain dah.. muka nampak macam berseri je tau.. Inilah yang paling TB suka tau!
Yang lama dah hampir nak habis, so.. cepat-cepat order untuk standby..
Kali ni order-order terus dapat packaging baru tu.. hehe..
Haaa.. yang ni packaging lama.. gold jugak gitu..
REVIEW SELEPAS SEBULAN PAKAI HANSAEGEE NATURE S+ RECOVER GOLD NANO CC CREAM
TB ada parut jerawat dan ada tanda jeragat di pipi ni tapi TB rasa lega sebab Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream boleh cover tanda-tanda yang kurang menyenangkan tu.. Walaupun tekstur cream ni nampak warna putih tapi sebenarnya bila pakai elok je rata dan tak bercapuk, sebab ia mampu blend dengan warna kulit TB dan buat wajah TB segar, glowing dan berseri..  senang meresap dalam kulit, tak berminyak..
Untuk TB yang sejenis yang tak suka makeup tebal bila keluar.. haaa.. Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream sangat sesuai dengan TB, calit-calit.. ratakan, dah siap.. Selain nampak kulit cantik semulajadi, kulit TB juga dilindungi dari Sinaran UV yang berlebihan sebab Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream ni mengandungi spf 50+ PA+++ tauu.. So, kalau korang pun teruja nak cuba Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ni, bolehlah layari  Website Hansaegee Nature .
Image

Beauty Tip : How to choose the right moisturizer for your skin

(18th April 2019 by Hansaegee Nature)

 

There is no doubt that moisturizer is the important step in the daily skincare routine. Applying the moisturizer correctly can increase hydration in your skin, prevents dullness and provide a layer of moisture on your skin which last whole day. The correct or right way of application will even help to work better in this.

Basically we group the skin types into 2 main types : Dry Skin and Oily Skin. It is advisable to choose the right moisturizer based on your skin type :

For Dry Skin type : You are in the lucky group. Because you can use either moisturizer cream (or natural oil like olive oil) or water based moisturizer (like Aqua Whitening Cream). As both types of creams are able to moisturizing the skin giving protective layer. Itchiness will be reduced with improved of skin condition. The basic theory behind is after the layer of skin is moisture enough, dry skin (cell) will able to absorb enough water or nutrient. Result improving and solving the dry skin.

But remember, always wash your face before applying moisturizer.

For Oily Skin type : You got to choose the moisturizer carefully as the using of oily type of moisturizer will only make your skin more oily and result in pores clogged. So, pick only a water based moisturizer like Aqua Whitening Cream. Why : When skin is not moisture with enough water, the pores will be enlarged and excrete more oil. So, once the skin being “moisture” enough, pores size become smaller. And enable to control the oil secretion on face. Result : Skin excrete less oil once moisturized, and give a glowing look.

 

We are doing some simple testing on user Dry Skin & Oily Skin using water based moisturizer (Aqua Whitening Cream).

Feature of Aqua Whitening Cream : Water based moisturizer ; light feeling ; water drop ; Not oily & Not Sticky; fast absorb and result in fresh look.

  • To test the stickiness of Normal moisturizer cream VS Aqua Whitening Cream :

Result :

Hand with Aqua Whitening Cream is not sticky to the mini foam balls.

 

  • To test the absorption of normal moisturizer cream VS Aqua Whitening Cream on oranges :

Result :

Portion with Aqua Whitening Cream having faster absorption on the outer layer.

So by choosing the right moisturizer which suitable for your skin. Resulting no more oily with moisture and glowing look.

Below is the detail of relevant video with this article.

 

Image

Rutin Skincare Harian – Pelembab Muka dan CC Cream

Rutin Skincare Harian – Pelembab Muka dan CC Cream 

(By Lisa Nurul Ain on 06th Mar 2019)

Assalamualaikum  ! Cuaca panas buatkan kulit muka jadi kering dan juga boleh jadi sunburn kalau tak jaga dengan betul-betul . Penjagaan kulit wajah penting ya dalam rutin harian bukan untuk cantik sekarang ni je , juga nak elakkan tua sebelum usia . Rutin harian Lisa gunakan pelembab muda dan CC Cream . Teruja pula nak share dengan korang pengalaman Lisa menggunakan skincare terbaru ni , Aqua Whitening Cream dan juga New packing Gold Nano CC Cream … kedua produk ni dari Hansaegee Nature . Jom baca sampai habis !

 

Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature .

Sebenarnya Lisa dah lama teringin nak cuba Aqua Whitening Cream ni , lepas tengok review kawan ramai yang cakap best produk ni sebab water drop based m, dan produk ni memang HOT’S  . Tergoda pula kita nak cuba . AQUA WHITENING CREAM ,ialah moisturizer atau pelembab . Pelembab ni boleh memulihkan  kerosakan kulit akibat sunburn dan kemerahan pada kulit dengan baik . Melembabkan kulit secara mendalam dengan water drop . AQUA Whitening Cream ni sesuai untuk semua jenis kulit ! All skin type, Oily skin / Dry skin / Combination skin

 

Krim pelembab ni mempunyai kesan water Drop tau . Selepas letakkan cream dan buat gerakan urutan , titisan air akan kelihatan terbentuk dengan segera pada kulit kita dalam beberapa saat je . pelembap tu  sepenuhnya diserap kulit sampai kelapisan dalam .  Sangat menyegarkan, dan tiada perasaan melekit , sesuai sangat dengan cuaca panas sekarang ni ha .. rasa sejuk je kalau pakai diwajah …

WATER DROP MOISTURIZER 

 

Magical Hydrating effect . WATER DROP akan Menyegarkan kulit – Kulit berasa sejuk & lembut. Bahan-bahan pelembap berubah menjadi bentuk Air Drop dengan serta-merta, memberi kesan memberikan kelembapan pada kulit & tanpa rasa melekit .  kelembapan yang tinggi kepada kulit sepanjang hari. Juga berfungsi untuk kawalan lebihan minyak / sebum.


Oleh kerana ekstrak Herbal, ia melegakan kulit, dan tingkatkan pelembab ini sampai menembusi jauh ke dalam kulit. Cream ni juga mengekalkan kelembapan untuk membentuk kulit yang kukuh.

 

KANDUNGAN AQUA WHITENING CREAM

“Minyak Benih Camellia Japonica” –

*Non-comedogenic, tidak menghalang  liang kulit, tidak menyebabkan jerawat

*Membaiki kerosakan kulit seperti Drynes & Sun Burn .

*Menyimpan kelembapan sampai meresap kedalam lapisan kulit .

Niacinamide, memberikan tona kulit yang cerah, bersih dan anjal.

* Juga dikenali sebagai vitamin B3, yang berfungsi untuk menghalang penuaan kulit,

* Membaiki penampilan akibat liang pori yang membesar , nada kulit tidak sekata

* Memperbaiki garis-garis halus, kusam, dan permukaan kulit yang melemah.

 

Kesan Whitening & Moisturizing ditambah pula  dengan ekstrak herba yang memberikan menembusi sampai kedalam lapisan kulit  , menormalkan tahap kelembapan dalam kulit dan membuat kulit yang lebih cerah dan anjal . .

Kelebihan Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature : 

– Mencerahkan tona kulit muka akibat sunburn &  dryness damage skin .

– Melembabkan kulit wajah sampai ke dalam lapisan kulit .

– Memperbaiki garis-garis halus , kusam dan permukaan kulit yang melemah juga kulit mati .

– Menghalang penuaan Kulit

– Mengecilkan liang pori yang membesar .

 

CARA PENGGUNAAN : 

 Cara yang betul untuk menggunakan Aqua Whitening Cream, selepas korang sapu cream pada wajah, Urut wajah  & “tepuk ” muka anda perlahan-lahan dengan tangan, maka Water Drop akan muncul serta-merta, ia sangat lembap, dan membasahi kulit wajah korang , dan mudah diserap ke dalam kulit, sehingga ia menyerap sepenuhnya ke kulit.

REVIEW LISA – AQUA Whitening Cream .

Lepas penggunaan beberapa minggu ni …kulit wajah sentiasa terjaga kelembapan, rasa lembut ,anjal dan tak kering .  memang BEST lah ! Biasanya Lisa akan gunakan tuk skincare rutin harian seperti pagi , sapu sebelum memakai Nano Gold CC Cream Hansaegee Nature . Dan Malam hari , sapu pada wajah sebelum tidur .Lepas gunakan pelembab muka Aqua Whitenig Cream ni kulit wajah rasa sejuk terhidrate dan lembut jee.. rasa nak pegang selalu wajah ni . Result pemakaian bergantung pada kulit wajah memasing ya . Nah korang kena rasai sendiri tau !

Masa korang sapukan Aqua Whitening  , korang akan rasa sejuk diwajah. Best weih sejuk sejuk gitu ,. lagi-lagi dalam cuaca panas macam sekarang ni .

Start ratakan ke seluruh wajah dan korang akan nampak effect yang cream ni meresap kedalam lapisan kulit dan mula la nampak water drop . Rasa macam lepas cuci muka gitu . Best . ! rasa nak continue guna lepas ni . Lisa biasanya akan gunakan pagi hari sebelum sapukan Gold Nano CC Cream , dan malam hari sebagai pelembab wajah sebelum tidur.

Tadaa… nampak glowing dan rasa moist gitu . Lisa biasakan gunakan pelembab muka sebelum tidur atau dipagi hari untuk jaga kelembapan kulit wajah agar tak kering dan membuat kulit nampak kusam tak bermaya . Nak tidurpun kena cantik gitu …

GOLD NANO CC CREAM WAJAH BARU 2019

Kini packing GOLD NANO CC CREAM HANSAEGEE NATURE berwajah baru  ,  lebih banyak kandungan isi didalamnya iaitu 50 ml , packing sebelum ini 35ml dan dengan sun protection SPF50 PA++ , Packing lama Gold Nano CC Cream sebelum ni SPF 35 PA++ . Lebih banyak isi dan lebih tinggi SPF .Untuk detail selebihnya Lisa dah tulis dalam artikel sebelum ini , korang boleh baca di : Hansaege Nature Gold Nano CC Cream 

OLD PACKING GOLD NANO CC CREAM HANSAEGEE NATURE 

NEW PACKING  GOLD NANO CC CREAM

Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature ni akan meratakan tone warna kulit korang . Tak perlu risau terlalu terang dari warna kulit sebenar.  CC Cream yang lebih ringan dari alas bedak , Gold Nano CC Cream ni memiliki tekstur krim lebih lembut yang sangat ringan dan halus , yang akan membantu korang untuk meratakan tona wajah yang tak sekata.

 

 

Cara Penggunaan .

Pump keluar secukupnya dan kemudian tap tap kan di wajah .Ratakan dengan menggunakan jari sahaja .

 

Senang je bukan ?

 

♥️Aqua Whitening Cream Sebagai moisturiser , kandungan water base dia memang BEST , juga berkesan tuk merawat sunburn tau ! Muka pon nampak fresh.

Berat isi  : 50ml

Harga : RM148.30

Kelebihan : Whitening & Moisturizer

 

Something best about this cream , its water Drop Cream Based. U must try it !!

 

 

♥️Gold Nano CC Cream kini hadir dengan packing baru tau

Lebih banyak iaitu 50ml dan juga SPF 50+ PA+++

Berat isi : 50ml

Harga : RM128.00

 

Kelebihan : All in One day Cream , meratakan tona wajah dan cerah semula jadi .

Itu sahaja perkongsian dari Lisa kali ini … harap bermanfaat untuk korang ya  !

Image

Blog : mampu menghalang kulit wajah daripada berjeragat

S+recover Gold Nano CC Cream | rutin harian, semudah 1 2 3!

(By mia kassim on 27th Feb 2019)

Assalamualaikum .. hi korang terutamanya para wanita sekalian. Hari tu Kmia ada kongsikan tentang CC Cream dari Korea tu kan [Baca Di sini] .. hampir sebulan dah Kmia guna cream ni. Dan ternyata cream ni memang tidak mengecewakan dan dah menjadi rutin harian apply cream ni di kulit wajah Kmia.

Di awal penggunaan S+recover Gold Nano CC Cream. Kulit wajah nampak kusam dan gelap

Kmia kan paling takut untuk mencuba apa-apa jenis cream kecantikan yang ada di pasaran sekarang. Kulit wajah Kmia agak sensitif dengan bahan-bahan yang ada dalam cream-cream tersebut. Adalah pernah sekali tu, Kmia cuba satu jenama cream ni. Lepas seminggu guna, timbul jerawat, bukan jerawat pasir tapi jerawat batu. Ishh .. down jugalah Kmia masa tu. Jumpa client dengan jerawat besar di pipi. Tapi memang surprise dengan Gold Nano CC Cream ni, tidak ada langsung kesan sampingan negatif selepas  Kmia menggunakannya. Tidak timbul jerawat ataupun ruam. Dan yang bestnya kulit wajah jadi lebih sekata.

Hampir sebulan guna cream ni, kulit lebih sekata dan glowing gitew!

Bukan tu sahaja, Kmia suka dengan cream sebab ianya sangat memudahkan Kmia berhias. Korang tau lah rutin mak-mak yang berkerjaya ni .. cewah! Mana nak hantar anak ke sekolah, nak elak punch card merah lagi hehe. Fuh! Semua nak kena cepat dan pantas. Termasuklah nak berhias. Kmia ni hari-hari kena akan berjumpa dengan customer. Nak tak nak kena juga jaga penampilan depan mereka tu. Kmia suka makeup simple dan sebab itulah kenapa suka dengan cream ni. Calit sedikit dah boleh jadi asas makeup. Tak perlu foundation segala, tinggal letak mascara dan berlipstick sahaja.

Makeup nampak lebih natural

Tak sempat makeup di rumah, Kmia bawa sahaja cream ni ke office. Cream ni sesuai dan senang di bawa ke mana-mana. Penutup twist lock yang ketat dapat mengelakkan cream terkeluar sendiri. Cara penggunaannya yang simple memudahkan Kmia berhias di office, semudah 1 .. 2 .. 3 .. gitu.

Mudah di bawa ke mana-mana. Muat je dalam beg makeup Kmia yang kecil itu

Dan yang paling best, cream ni mampu menghalang kulit wajah daripada berjeragat. Sinaran UV berbahaya adalah salah satu penyebab kulit wajah rosak dan berjeragat. Kulit akan nampak lebih tua daripada usia kita. Tapi kan cream ni mampu membantu Kmia dan korang kalau nak hehe. Ianya mengandungi SPF50+ yang mampu menghalang sinar UV terus ke kulit wajah.

Kulit nampak lebih cerah dan tidak ada jeragat menyinggah

Dipendekkan kata, Kmia memang recommend korang untuk cuba Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature ni.

 

 🍁Company name: Hansaegee Nature
Image

PENGALAMAN MENGGUNAKAN ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER DARI HANSAEGEE NATURE

(By bondezaidalifah on 22th Feb 2019)

PENGALAMAN MENGGUNAKAN  ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER DARI HANSAEGEE NATURE Assalamualaikum dan Selamat Petang… Hai reader semua, Teruja Bonde hendak kongsikan pengalaman Bonde dengan anda semua… Setelah sebulan pemakaian produk Aloe AC Clean Bubble Cleanser.  Jika anda tertinggal tentang produk yang bagus dari Korea ini, yang Bonde kongsikan di entri REVIEW ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER  anda boleh terjah url link tersebut untuk semakkan dan sebarang rujukkan PENGALAMAN MENGGUNAKAN  ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER DARI HANSAEGEE NATURE

SETELAH SEBULAN PEMAKAIAN ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER DARI HANSAEGEE NATURE

Sudah sebulan Bonde gunakan Aloe AC Clean Bubble Cleanser nih.. Seperti sudah jatuh cinta dengan produk HANSAEGEE NATURE ni tau.. maklumlah produk Korea memang jadi kegilaan semua wanita, nak cantik macam wanita Korea juga… tapi Bonde lebih mementingkan kesihatan kulit wajah.  Kalau cantik kita tak selesa dan serari buat apa nak pakai atau guna produk tu… lama-lama akan memburukkan kulit wajah dan kecantikannya pula tidak kekal lama.

DARI ENTRI YANG LEPAS BONDE ADA MEMAKLUMKAN TENTANG REVIEW ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER

Pertama:
Memandangkan kulit wajah Bonde ni jenis kering jadi Bonde sangat sukakan ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER ni, Buih-buih putih memberikan keselesaan pada kulit wajah Bonde.
Apa yang Bonde suka sangat…. Kulit wajah tidak lagi nampak kekeringan seperti sebelum ini.

Kedua :
ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER Produk ni memang sangat best selain dari membersih dan menghilangkan kotoran ia juga bertindak melembutkan serta melembabkan kulit wajah.
Ini memang betul sangat hingga ke hari ini, kulit wajah sentiasa lembab dan segar sepanjang hari.

Ketiga :
Bau Tea Tree Leaf Oil sangat wangi Bonde sukakannya dan ianya memberi rasa segar.

Ini memang sangat Bonde akui bau ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER memang sangat segar selepas mencuci kulit wajah Bonde.

Keempat:
Saiz yang mudah untuk dibawa kemana-mana.. (balik kampung atau travel memang akan bawa just selit sahaja dalam handbag.
Sekarang memang Bonde sentiasa bawa kemana-mana sahaja Bonde pergi, bukan setakat balik kampung atau travel sahaja, hari-hari pergi pejabat pon Bonde akan bawa he he he bukan susah pun letak dalam handbag sahaja dan rasa tak lengkap pula jika tak pakai ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER

Kelima :
Yang ini tak ada pada entri yang lepas! jika anda rasa ingin bertukar pencuci muka Bonde cadangkan anda gunakan ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER dan rasai dan nikmati keselesaannya. Cubalah yea! anda pasti teruja dengan buih-buih lembut itu. Bonde pon akan repeat lagi…beli yang baru jika sudah habis nanti.. masalah nya ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER sebotol mempunya 150 ml jimat tau sudah sebulan lebih gunakan.. masih ada sedikit baki lagi. Harga pun sangat mampu milik hi hi hi hanya RM 65.00 sahaja memang berbaloi.

Anda boleh lihat dan baca tentang testimoni-testimoni atau pengguna yang gunakan produk-produk dari Hansaegee ni boleh baca dekat  url link
Image

Pelembap Muka Terbaik Memulihkan Kesan SunBurn Dan Kulit Sensitif

Pelembap Muka Terbaik Memulihkan Kesan SunBurn Dan Kulit Sensitif

(By Mrs Fara on 28th Feb 2019)

Assalamualaikum.. hi korang!
Pasti korang mempunyai pilihan pelembap kesukaan dari jenama yang popular di pasaran kan?
Biasanya korang cari pelembap yang macam mana? Sebelum tu, tahukah korang kepentingan
pelembap ini sebenarnya? Krim pelembap amat penting dalam rutin penjagaan kulit harian agar
kulit kekal lembap dan segar, terlindung dari sinaran UV serta kekal berkhasiat dengan nutrisi.
Ia juga dapat mencegah tanda-tanda penuaan dan rekahan kulit.

Ok, tanpa membuang masa…. Produk pelembap atau moisturizer yang Fara nak share adalah
dari HANSAEGEE NATURE iaitu AQUA WHITENING CREAM. Aqua Whitening Cream
sememangnya jenama yang dikenali ramai dengan kepantasan krim pelembap yang berkesan
untuk melembapkan sekaligus memutihkan kulit. Untuk maklumat, produk ini adalah 100% dari
Korea.

Aqua Whitening Cream Bersifat Water Drop
Tekstur Aqua Whitening Cream bersifat WATER DROP , tidak melekit dan sesuai untuk
penggunaan harian. Cara guna pun sangat mudah. ambil sedikit cream kemudian sapukan
dimuka dengan gerakan membulat. Lakukan gerakan membulat sehingga keluar titisan air
kemudian dap dap muka hingga cream meresap kedalam kulit. Teknik betul meratakan Aqua
Whitening Cream :

Selain itu, Aqua Whitening Cream ni boleh dipakai pada waktu siang dan malam, malah boleh
juga dipakai sebelum memakai makeup. Makeup jadi lebih tahan lama dan nampak lebih
glowing. Memang multifunction produk ni! Berbaloi Fara beli.

Setelah di ‘apply’ beberapa saat ke muka, akan nampak seperti titisan-titisan air keluar.
Titisan-titisan air inilah berfungsi mengekalkan kelembapan muka kita sepanjang hari.
Memang cepat meresap ke wajah semasa apply. Rasa tidak melekit membuatkan Fara rasa
lebih selesa sepanjang pemakaian. Selalunya produk jenis pelembap ada rasa sedikit melekit
tapi Aqua Whitening Cream tidak melekit langsung.

Aqua Whitening Cream Terbaik memulihkan kesan
Sun Burn dan kulit sensitif
Disebabkan Fara kerap berjemur di pantai, Kulit Fara mudah kena sun burn dan akan
menyebabkan berlakunya kemerahan dengan cepat. Bila terjadi sun burn mulalah timbul
masalah lain seperti kering dan mengelupas. Nak baik memang ambil masa yang lama. Terasa
gatal dan mengelupas di bahagian pipi membuatkan rasa tidak selesa apatah lagi bila nak pakai
makeup jadi kurang glowing.


Bahan yang ada pada Aqua Whitening Cream seperti Camellia Japonica Seed Oil dan
Niacinamide yang terkandung dalam produk sangat bagus untuk meningkatkan ketahanan kulit
daripada sebarang kerosakan alam sekitar, sekaligus menjadikan kulit kita kelihatan bercahaya,
sihat dan muda.

Untuk kulit yang terdedah pada sinar matahari, Aqua Whitening Cream ini sesuai untuk Fara
kerana ianya mengembalikan keseimbangan kulit agar kekal terhidrat. Aqua Whitening Cream
ringan dan bebas daripada paraben, minyak mineral dan warna tiruan. Aqua Whitening Cream
dapat membantu untuk memberi kelegaan pada kulit beriritasi dan gatal. Ianya juga dapat
melindungi kulit wajah kita dari radikal bebas dan tona kulit akan menjadi lebih sekata.
Alhamdulillah agak serasi dengan Fara.

Bahan Utama Aqua Whitening Cream
1. Camellia Japonica Seed Oil
Pada ketika dahulu Camellia Japonica Seed Oil digunakan sebagai pelembap, hal itu
disebabkan kerana camellia oil mengandung kandungan omega 3, 6, dan 9 yang tinggi
sehingga baik untuk menjaga keanjalan dan kelembapan kulit. Di sisi lain camellia oil juga lebih

mudah menyerap di kulit seperti air. Selain itu camellia oil juga bagus untuk mengatasi
keradangan muka seperti jerawat, kulit kering, mengatasi garis-garis halus, kesan sunburn dan
masalah kulit yang lain. Jadi, tak mustahillah mengapa Aqua Whitening Cream ni cepat
meresap ke wajah sebab menggunakan Camellia Japonica Seed Oil.

2. Niacinamide
Niacinamide merupakan salah satu bentuk dari vitamin B3 yang mana ianya sangat bagus
untuk mengekalkan kelembapan wajah. Niacinamide sering dimanfaatkan sebagai bahan aktif
untuk produk perawatan wajah. Fungsinya sangat banyak, yakni:

*Meningkatkan kelembaban

*Mencerahkan wajah

*Menghilangkan bintik hitam di wajah

*Mengawal lebihan minyak di wajah

*Mengatasi masalah jerawat

*Mencegah tanda-tanda penuaan

Untuk Matlumat Lanjut :
Alhamdulillah, Aqua Whitening Cream serasi dengan kulit muka Fara. Suka bila ianya dapat
mengekalkan kelembapan wajah disamping sekaligus merawat masalah sunburn, tona tak
sekata, dan jerawat yang Fara hadapi. Oh ya, produk ini merupakan 100% dari Korea so hanya
boleh didapati di website HANSAEGEE NATURE sahaja ya.

 🍁Company name: Hansaegee Nature
Image

EXPERIENCE GUNAKAN PENCUCI MUKA ALOE VERA | HANSAEGEE NATURE

EXPERIENCE GUNAKAN PENCUCI MUKA ALOE VERA | HANSAEGEE NATURE

(By Fiezasani on 21st Feb 2019)

Bulan Januari lepas, k.fiezz ada share dengan korang cleanser dari Korea..Boleh rujuk cleanser yang k.fiezz pegang dalam gambar kat bawah ni, iaitu Aloe AC Clean Bubble Cleanser..so acane kah hasil dia..fungsi cleanser Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni selain membersihkan muka kita dari kotoran, ia melembapkan kulit, merawat jerawat, mengurangkan parut jerawat. 
<<hapuskan jerawat dengan aloe ac clean bubble cleanser>>

K.fiezz tahu mesti ramai yang cari cleanser yang ada fungsi-fungsi seperti kat atas ni,kan..Terutama yang ada masalah jerawat..Sebab jerawat ni bukan takat budak2 remaja je..yang seusia macam k.fiezz ni pun kadang jerawat bukan main rancak lagi..orang cakap, makin meningkat usia jerawat dah kurang tapi ada sesetengah geng yang seangkatan dengan k.fiezz ni, still ada masalah jerawat ni…

cuma nasib baik la k.fiezz tak ada masalah jerawat macam zaman remaja dulu..surut yang ni, timbul yang baru..pffttt..memang menguji kesabaran masa tu…Sekarang k.fiezz alami jerawat ni, time cik P nak datang menjengah..mula la gedik jerawat ni bertepek kat muka..tangan ni pulak gatal nak picit..dah picit, udah la parut uoll..tension sis tau…cuma nasib baik parut tu selalunya takobvious sangat…ala-ala je…tapi apapun tetap parut jerawat kan..buruk benor tengok ada bertenggek kat muka ni..

JERAWAT / PARUT JERAWAT

Untuk korang yang ada masalah jerawat/parut jerawat, meh cuba Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni juga..confirm best..dengan teskstur dia yang buih-buih, ringan, halus..seronok je masa cuci sambil urut-urut kat muka..Tambah lepas bilas dengan air, boleh rasa moist je kulit kita ni..Ada setengahcleanser lepas cuci, kulit kita jadi kering tapi dengan Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni, jangan risau..kulit jadi lebih lembap…

trust me sebab k.fiezz dah guna..pengalaman sendiri..korang boleh rujuk entry k.fiezz (link kat atas) ada video amatur k.fiezz guna Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni…korang boleh tengok tekstur Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni…

Tekstur Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni soft,ringan, halus..korang boleh refer gambar atas ni…

Bahan yang digunakan dalam Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni pun menggunakan bahan sumber alam antaranya Aloe Vera & Tea Tree Oilwhich is k.fiezz loike sangat tau bahan-bahan dari sumber alam ni…

PENGALAMAN SENDIRI Gunakan Aloe AC Clean Bubble Cleanser

Best cuci muka ngan Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni, soft je..kalau basahkan lagi tangan & muka sebelum cuci, lagi banyak buih-buih…
K.fiezz tak ada masalah jerawat sangat uolls..so yang k.fiezz boleh kongsi dengan korang, Selepas guna Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni boleh rasa kulit moist, fresh…toink toink..eh gitu..dia punyamoist…sebab Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni mencuci hingga ke lapisan dalam liang pori untuk membuang kotoran pada muka. Bila kulit lembap, nampak lebih segar & sihat…macam k.fiezz..eh..haha…
untuk parut jerawat pulak, macam k.fiezz cakap tadi k.fiezz tak alami masalah yang serius sangat..korang boleh rujuk gambar k.fiezz kat atas ni…tapi apapun k.fiezz tetap berpuashati dengan Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni sebab bahan yang digunakan dan tekstur dia yang buih-buih cinta tu..k.fiezz suka sangat..boleh memain ngan buih sesambil cuci muka..semangat iolls cuci muka hari-hari,tau..hehe

nah setepek muka k.fiezz fresh gitu tanpa mekap…

TAK ADA KESAN SAMPINGAN YANG TAK BEST

Oo..satu lagi yang pasti, kulit k.fiezz tak ada alami sebarang masalah lepas gunakan Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni…macam kulit merah, gatal ke, ruam ke, jerawat ke..nope..nampak kulit k.fiezz serasi dengan Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni…untuk k.fiezz terbukti bahan-bahan yang digunakan selamat digunakan kerana berasaskan sumber alam..

Image

BAGAIMANA MEMILIH PENCUCI MUKA YANG SESUAI DENGAN KULIT

(By Airah Syahirah on 21st Feb 2019)

Pemilihan pencuci muka yang bersesuaian dengan kulit bukan sahaja memperbaiki kesihatan kulit itu sendiri tetapi juga membantu produk-produk yang akan digunakan selepas itu menyerap dengan baik. Bila guna pencuci muka yang membersihkan muka secara mendalam, kulit juga lebih sihat dan tak ada la masalah seperti pori tersumbat, kulit berminyak, kotoran tidak bersih dengan sempurna atau lain-lain masalah lagi.
Macam mana I buat rutin mencuci muka? I memang sangat pentingkan kulit yang bersih sebelum I letak skincare lain pada kulit. I akan pastikan kulit I bersih-sebersihnya dan step I mencuci muka membersih secara mendalam. Tak ada makeup tertinggal, mascara tak habis buang atau kulit berminyak. Kalau pakai makeup dan sunscreen, I akan pastikan I cuci guna makeup remover dan oil cleanser dulu. Kemudian, gunakan pencuci muka yang jenis water based seperti Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser.
Macam yang I cakap tadi, I akan pilih pencuci muka yang membersih secara mendalam. Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni efektif untuk membersihkan pori secara mendalam sambil exfoliate sel kulit mati. Disebabkan I dah guna pencuci muka ni dari tahun lepas, I memang suka keberkesanan dia membersihkan kulit I. Kalau nak buat test kulit korang dah bersih ke belum lepas cuci muka senang je. Lepas pakai pencuci muka, sapu toner pada cotton pad dan sapu pada muka.
Tiada kesan kotoran pada kapas lepas cuci muka guna Aloe AC Cleanser.
Kalau ada kesan hitam kotoran atau kesan makeup yang tak habis tu maksudnya pencuci muka korang tak membersih secara mendalam ! Kena cepat bertukar kepada Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser sebab kulit muka yang tak bersih ni boleh menimbulkan jerawat dan kulit berminyak.
Bare face lepas cuci muka.
Selalu check keadaan kulit korang. Kalau nak tahu pencuci muka tu sesuai atau tidak, semua bergantung pada keadaan kulit. Bila lepas cuci muka then kulit rasa tegang memang sah pencuci tu tak sesuai untuk digunakan. Kulit rasa tegang lepas cuci muka tu maksudnya kulit kering dan pencuci muka tu tarik sekali kelembapan pada kulit. Boleh menyebabkan jerawat dan kulit mengelupas sebab kering.
Sebab tu penting bagi I untuk guna Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni sebab walau macam mana pun keadaan kulit I masa tu, dia membantu melembapkan kulit, membersihkan kulit dan tak ada rasa tegang. Pernah tak rasa bila period, kulit rasa kering dan pencuci muka atau rutin skincare korang tak membantu pun? Tapi dengan pencuci muka Hansaegee Nature ni, masa I period kulit berjerawat pun dia membantu melawan jerawat dan acne. Masa mengandung pulak kulit rasa kering sangat tapi I still guna pencuci muka ni sebab membantu melembapkan kulit I masa mengandung.
Ada sesetengah keadaan hormone berubah, kulit pun berubah. Jadi bila ada pencuci muka yang sesuai dengan semua keadaan kulit ni memang senang nak jaga kulit sendiri. Lagi satu kulit orang lain-lain jenis. Ada yang sesuai, ada yang tak sesuai. Sebab tu kalau boleh cuba dulu test pada kulit sendiri untuk tahu keberkesanannya.
Jadi walau apa pun keadaan kulit, pencuci muka ni sangat la membantu kulit I untuk nampak lebih sihat dan bersih.
Pemilihan bahan yang bersesuaian dalam pencuci muka pilihan korang pun penting. Kena ambil tahu bahan-bahan yang menyebabkan kulit allergic atau iritasi. Kalau kulit korang jenis berjerawat pula kena la pilih pencuci muka yang mempunyai bahan yang boleh melawan jerawat kan? Kalau kulit korang ada banyak masalah, cuba selesaikan satu-satu. Contohnya kulit berjerawat dan berminyak jadi cuba cari pencuci muka yang focus kepada masalah tersebut.
Bila kulit tak banyak masalah, pakai makeup pun nampak lebih sekata.
Yang I boleh recommend kan korang guna Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni sebab antara keadaan kulit yang sesuai sangat pakai pencuci muka ni adalah kulit yang kering, kulit berminyak, kulit sensitive dan acne, kulit kusam disebabkan sel kulit mati serta kulit yang mempunyai bintik hitam dan bintik putih.
Aloe Barbadensis Leaf Juice yang digunakan dalam pencuci muka ni membantu melembapkan kulit, merawat acne, membersihkan kulit, anti radang, meredakan sunburn dan mengurangkan tona tidak sekata. Tea Tree Leaf Oil pula melicinkan kulit, anti fungus, merawat jerawat dan mengurangkan jangkitan. I suka dengan bahan yang digunakan dan memang sesuai dengan kulit I. Sebab tu pemilihan produk dengan bahan yang berkualiti patut menjadi focus utama kalau korang nak beli apa-apa.
Sebelum ni pun I dah cerita pengalaman I pakai pencuci muka ni. Tekan je tajuk ni untuk baca entry lepas okay.
Bila dah jumpa pencuci muka yang sesuai dengan kulit, kulit mesti la nampak lebih sihat, bermaya, glowing dan masalah-masalah kulit dapat dihindari. Macam I suka pencuci muka ni, jerawat memang dah kurang sangat keluar, bila pakai makeup tak ada dah kawasan kulit yang nampak kering dan paling best tak ada masalah kulit yang ketara.
Tekstur pencuci muka jenis bubble bila digunakan buat I enjoy je masa cuci muka. Kalau nak tahu lebih detail mengenai pencuci muka ni boleh baca entry I yang lepas-lepas
dekat atas okay