Assalammualaikum
Kalau kau orang ada follow Ju dekat Instagram, lately Ju sering kongsi dekat media sosial pasal produk pelembab dari Hansaegee Nature; Ju salah seorang yang pantang dengar mana-mana produk kecantikan dari Korea, asal tahu mesti nak cuba jugak sebab tak pernah kecewa dengan hasil yang diperolehi bila konsisten dengan produk mereka ni hehe. Jika kau orang seperti Ju yang mementingkan kesihatan dan kecantikan kulit wajah luar dan dalam, jom baca ni !
Hansaegee Nature ni adalah jenama penjagaan kulit atau skincare sejak 2011 yang terletak di Malaysia tapi semua produk berkualiti tinggi dia orang pasarkan ni di import dan dibuat 100% dari Koreatau. Bahan-bahan pembuatan produk sememangnya diluluskan dan selamat digunakan sebab matlamat dia orang adalah memberikan kualiti terbaik dan jaminan keselamatan kepada semua pengguna skincare Korea ni. Salah satu keistimewaan dengan brand Hansaegee Nature ni, produk dia orang takda jual dekat mana-mana outlet melainkan hanya dijual dan didapati daripada outlet Hansaegee Nature tu sendiri.
Melembapkan Kulit Wajah
Hansaegee Nature AQUA WHITENING CREAM ; krim pelembap dilancarkan sejak 2016 di pasaran Malaysia dan masih trending sehingga 2019 ni dikalangan pengguna setia dan pengguna baru, so bila Ju dapat peluang untuk cuba kira seronok lah sebab produk Korea kot ! Negara terkenal dengan bahan semula jadi untuk mana-mana produk kecantikan yang dia orang hasilkan hehe. Tengoklah penduduk dia, semua muka mulus even umur dah mencecah 40-an, fuh !
Uniknya Aqua Whitening Cream ni adalah tekstur krim bila sapu dekat muka akan hasilkan titisan air atau water drop, dimana titisan air ni mudah resap di lapisan kulit wajah kau orang dan mengekalkan kelembapan berpanjangan.
Merawat Kulit Kering, Sunburn, Redness
Bukan sekadar memberikan kelembapan kulit malah kandungan ekstrak herba berupaya membaikpulih dan merawat masalah kulit kering, tona tidak sekata, kulit radang sebab sunburn atau kulit sensitif yang kemerah-merahan (redness). Sebab tu kalau kau orang ada masalah dekat senarai ni, krim ni best dan terbaik untuk kau orang gunakan.
Kandungan utama Aqua Whitening Cream :
*Camellia Japonica Seed Oil
Non-comedogenic; tidak menghalang liang pori, merawat kekeringan dan kerosakkan kulit kerana sunburn atau redness (kemerah-merahan) dengan menyalurkan kelembapan jauh ke dalam lapisan kulit wajah
*Niacinamide (juga dikenali sebagai Vitamin B3)
Membaiki tona kulit wajah dengan mencerahkan, membersih dan menganjalkan semula kulit kau orang. Kesan ini dirumuskan dengan ekstrak herba yang memberikan penembusan jauh ke dalam kulit, so kulit kau orang tampak lebih berseri !
Tanpa Mekap
Dengan Mekap : Nampak tak hasil dia glowing ?
Nak keluar menghadap cuaca panas terik pun dah tak risau dengan kulit kemerah-merahan atau sunburn sebab tak kira pagi atau malam, Ju konsisten apply setiap hari AQUA WHITENING CREAM untuk elak muka rasa perih bila berada diluar. Lagi-lagi nak masuk umur 30-an ni, penjagaan kulit wajah perlu dititikberatkan luar dan dalam. Dengan kandungan Niacinamide; penggunaan konsisten bukan saja merawat dan melembapkan kulit kau orang malah mencerahkan dan mengembalikan keanjalan kulit dengan mencegah penuaan. Saiz kecil dan mudah bawa ke mana-mana memudahkan Ju juga nak apply bila Ju perlukan. Jenis packaging pun tahan lasak, so kalau terjatuh tak perlu risau dengan kerosakan luaran.