BEAUTY TALKS | REVIEW ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER BY HANSAEGEE NATURE

Dah lama rasanya blog ini sepi daripada review produk kecantikan dan untuk entri ke-4 tahun 2019, aku nak review satu produk kecantikan daripada Hansaegee Nature iaitu Aloe AC Clean Bubble Cleanser.
Aku bukanlah sejenis wanita yang suka cuba pelbagai produk kecantikan di pasaran. Rasa macam nak cuba tapi sebenarnya ada satu perasaan takut dalam diri sebab muka aku jenis yang ada kalanya tidak sesuai dengan sesetengah produk.
Kalau tak sesuai, maknanya, esok pagi selepas bangun dari tidur, akan muncullah bintik-bintik halus yang sangat banyak. Kulit muka automatik tidak halus apabila disentuh. Ada beberapa produk yang sudah meninggalkan kesan sebegitu. Aku sangat takut kalau kesan bintik halus itu kekal. Alhamdullilah setakat ini kulit muka kembali normal 🙂
Sebenarnya, kulit muka aku bukanlah halus lembut pun. Hihi. Cuma sekurang-kurangnya, kulit muka aku tiada jerawat (melainkan pada waktu bendera merah :D) dan boleh dikatakan licin lah jugak walau lubang pori-pori masih ada jelas nyata 😀
Ohh ya, kulit muka aku adalah kombinasi berminyak dan kering. Jadi kalau nak cuba produk, tak boleh guna produk untuk kering semata. Nanti kulit muka aku bertambah kering jadinya.

Kenapa aku pilih untuk cuba Aloe AC Clean Bubble Cleanser by Hansaegee Nature? 
Produk Hansaegee Nature adalah 100% Original Made in Korea. Bubble Cleanser ini diperbuat daripada 10 jenis ekstrak tumbuhan semulajadi. Bila cakap mengenai tumbuhan semulajadi, aku percaya bahawa tidak akan ada kesan tidak baik pada kulit muka kerana semestinya produk ini tidak mengandungi bahan-bahan berbahaya.
Dua jenis bahan semulajadi utama dalam produk ini adalah Aloe Vera dan Tea Tree Oil. Aloe Vera terkenal sebagai satu tumbuhan semulajadi yang turut menjadi penyembuh terhebat untuk kulit muka. Banyak manfaat aloe vera seperti membasmi jerawat, mengecilkan pori-pori, menghaluskan kulit muka, mengurangkan kesan jerawat mencerahkan wajah, melegakan kesan sunburn dan melembapkan kulit.
Tea Tree Oil pula merupakan pilihan popular untuk mencegah dan mengurangkan parut jerawat. Gabungan aloe vera dan tea tree oil semestinya sangat bagus untuk membasmi jerawat dan juga melembapkan kulit.
Secara ringkasnya, Hansaegee Nature membantu dalam proses berikut:
*Menyembuhkan dan mengurangkan masalah jerawat
*Mengawal sebum dan minyak
*Melembapkan kulit
*Mengecilkan dan menghaluskan pori-pori

Pembungkusan dan Tekstur Produk
Produk daripada Hansaegee Nature didatangkan dalam kotak dan dibalut dengan bubble wrap yang sangat tebal. Jadi, tak perlu risau akan produk yang mungkin pecah dan sebagainya. Pasti akan sampai di tangan kita dalam keadaan selamat.
Produk ini ajaib sikit. Hihi. Sebab ianya adalah cecair dalam botol tapi akan menjadi bubble bila dipam keluar. Bubble yang lembut dan wangi. Serta merta bau wangi menerpa hidung sebaik saja bubble ini ada di tangan.
Wanita mana yang tidak sukakan benda wangi kan? 😀

Cara Penggunaan
Caranya sangat senang dan hanya perlu ikut saja arahan di belakang kotak produk ini. Pastikan muka dan tangan kita dalam keadaan basah sepenuhnya. Pam jumlah yang mencukupi pada tangan dan terus sapukan pada muka. Buat juga urutan muka dalam circular motion dan kemudian basuh dengan air.

Lagi bagus kalau basuh dengan air suam, tapi untuk orang malas macam aku, guna air paip je. Hihi.
Muka kita hendaklah dalam keadaan basah sepenuhnya sebab nanti bila kita urut muka kita, bertambah meriah bubble yang ada. Kalau muka tak basah sepenuhnya, urutan muka kita tak ada keluarkan bubble yang banyak. Tak syoklah jadinya. Lagi banyak buih, lagi rasa best! 😀

Review
Perkara pertama yang aku perasan sejak aku gunakan produk ini selama sebulan adalah kelembapan kulit muka. Kalau produk lain, mungkin akan menjadikan kulit menjadi kering selepas cuci, tapi dengan Aloe AC Clean Bubble Cleanser, kulit jadi lebih lembut dan lembap. Kelembapan sangat penting buat aku yang mempunyai kulit kombinasi berminyak dan kering.

Kulit muka juga dah takdelah berminyak sangat Jerawat hilang cuma kesannya masih ada cuma makin pudar. Aku akan pastikan yang aku akan cuci muka sebelum tidur. Aku pemalas sikit sebenarnya kalau bab penjagaan muka. Jadi. cuci muka saja yang penting sebelum tidur. Kalau terlebih rajin, baru pakai untuk langkah penjagaan muka seterusnya. Hihi.
Kalau kulit muka korang sama dengan aku, kombinasi berminyak dan kering, aku syorkan korang cuba pencuci muka ini. Sesuai dengan aku dan mungkin sesuai dengan korang semua juga. Paling utama adalah tidak perlu risau akan kesan bahaya daripada penggunaan produk ini. Bahan semulajadi saja yang digunakan. No harm.
Lupa nak inform, pencuci muka berisi 150ml dengan harga RM65. Aku dah guna sebulan dan masih banyak lagi isinya. Mungkin boleh digunakan sehingga dua bulan. Let’s see.
(By SiqaHiqa on 31st Jan 2019)
INFO LANJUT 
 
Company name: Hansaegee Nature 

Author: Hansaegee Nature

HANSAEGEE NATURE BLOG : KOREAN SKIN CARE TIPS, TUTORIALS & BEAUTY REVIEWS

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments