Image

Kesan Selepas Penggunaan Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature

Kesan Selepas Penggunaan Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature

Saturday, January 26, 2019 (by Fiza)

Assalamualaikum .

Hello =)

Hi korang!, ingat tak hari tu fiza ada kongsikan pasal moisturizer from Korea, Aqua Whitening Cream Hansaegee yang fiza cuba tu? Sampai hari ni fiza masih menggunakan moisturizer tu, sumpah best giler !

Korang yang nak tahu lebih lanjut berkenaan produk ni tekan link ni eh sebab dalam entry kali ni fiza cuma nak update pasal keberkesanannya pada kulit muka fiza selepas menggunakan hampir 4 minggu. eh excited pulak ni ha nak cerita ni.haha.

Kesan Selepas 4 Minggu Penggunaan

1. Parut makin pudar

Kat bawah dagu fiza sebelum ni ada parut hitam yang terang benderang kelihatan sebab salah sendiri geram sangat tengok jerawat menyinggah, fiza picit. Akibatnya, jadi berparut dan lama pulak nak hilang. Cream muka yang fiza guna sebelum ni tak berkesan pada kulit muka dan parut still nampak kehitaman. tahu tak, antara parut dan jerawat, parut lagi buat worse tau .hukkk.

So , fiza pun dengan harapan yang tinggi cuba pulak Aqua Whitening Cream ni pulak untuk tujuan yang sama, nak bagi pudar dan hilangkan parut jerawat tu. Bila gunakan produk yang kandunganya diperbuat daripada bahan semulajadi dan selamat ni, apa yang penting perlu sabar untuk tunggu result dia. Dan kesabaran fiza memang tinggi demi nak nyahkan kau wahai parut. 4 minggu lebih fiza gunakan setiap pagi dan malam (malam ni ada jugak time tak pakai). Fiza tak pakai produk lain selain cleanser dan moisturizer ni je dan Alhamdulillah result dia makin nampak . Happy tahu!

see, parut dah makin pudar kan. yayyy! Muka pucat sikit sebab tak pakai pape, calit lipstick je sikit tu.hee. Moisturiser ni memang tujuan utamanya adalah untuk mencerahkan, so bila kita guna dengan konsisten, kesan parut dan cela di wajah pun akan dapat dirawat sama 🙂

2. Tona kulit muka makin cerah sekata

Rasanya semua orang nak kulit muka yang sekata dan cerah berseri kan. Antara kandungan yang terdapat dalam Aqua whitening Cream ni ialah Niacinamide yang bertindak sebagai agent pemutihan untuk membaiki tona kulit tidak sekata serta mampu membersihkan kulit dari dalam untuk kelihatan cerah dari luar. Hasilnya, muka fiza kalau tak pakai bedak pun dah rasa confident sekarang! Kulit rasa cerah dan berseri je. Oh btw, bila fiza tak pakai bedak  or makeup kat ofis, memang habis la kawan-kawan fiza akan dihujani dengan pertanyaan ‘ eh korang, muka fiza OK tak ni kalau tak pakai apa-apa?’ hahaha. Kawan fiza jenis jujur semuanya, kalau OK means OK la tu, kalau tak OK, memang dorang akan bagi respone jujur, ‘tak Ok la fiza’:p So now, lepas solat kat ofis, tak pakai pape kat muka pun tak risau dengan kulit kusam tak sekata dah. Alhamdulillah.

memang gambar semua dalam kereta sebab nak lighting cantik punya pasal.Hikss

3. Kesan kemerahan di pipi makin kurang dan dah tak pedih

Redness ni start jadi kat muka rasanya lepas berpantang hari tu, fiza tersilap pakai skincare yang tak sesuai dengan kulit muka.Huwaa. Dah la jadi merah, lepas tu pedih giler bila duk bawah cahaya matahari walaupun sekejap. Alhamdulillah, now muka dah tak pedih perit dah. kesan merah still ada cuma dah makin OK, nampak macam pakai blusher pulak.heee
Kandungan Aqua Whitening Cream ni yang ada Camellia Japonica Seed Oil memang bertujuan untuk membaiki dan merawat kemerahan serta sunburn kulit.

Ok, itu 3 kesan yang memang nampak sangat perubahannya pada muka fiza lepas menggunakan moisturizer ni. Fiza recommended sangat-sangat pada korang untuk gunakannya sebagai skincare harian. Kalau kulit muka takde masalah pun, gunakan untuk mengekalkan kelembapan kulit.

Apa yang bestnya lagi, teksturnya sangat soft dan lembut namateyyy! pakai kat muka ringan dan tak rasa macam kita tepek pape kat muka. Haha. Memang betul-betul semulajadi, bau pun takde tau.

So korang apa lagi, cepat dapatkan Aqua Whitening Cream daripada Hansaegee Nature ni untuk penjagaan kulit muka yang selamat dan berkesan! Cuba sekali comfirm jatuh cinta tauuu

INFO LANJUT 
 
Company name: Hansaegee Nature 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s