Gold Nano CC Cream yang tidak berminyak dan melekit | Hansaegee Nature

Gold Nano CC Cream yang tidak berminyak dan melekit | Hansaegee Nature
Bulan Januari 2019 adalah bulan yang betul-betul mencabar buat me. Nak kena uruskan tiga orang anak masuk sekolah. Along masuk Tahun 1, Angah Pra-sekolah (ni tak risau sangat sebab last year pun dia dah mula kat situ) dan Addeena masuk sekolah tadika.
Tiap-tiap pagi adalah satu perjuangan buat me. Haha. Memang haru biru jadinya. Sorang nak ni, sorang nak tu. Taknak ni, taknak tu.
Dengan kita lagi terkejar-kejar nak bersiap pegi kerja.
Memang tak sempat nak touch up bagai. Nasib baik ada Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature ni. Sebelum ni me dah pernah berkongsi pasal produk ni di Jatuh Cinta Dengan Gold Nano CC Cream Dari Hansaegee Nature.

Ni me tunjukkan beza sebelum sapuan dengan selepas sapuan Gold Nano CC Cream. Nampak tak beza dia tu. Kalau nak jelas tengok part mata tu. Haaaaaa. Hilang lebam keliling mata terlindung dengan sapuan cc cream ni. Best tak best?

Memang sangat membantu me. Tak sempat touch up muka kat rumah, sampai parking pejabat baru ambil kesempatan cover sikit muka yang pucat ni. Calit..calit.. sapu.. sapu tak sampai 5 minit dah siap. Best sangat. Tak perlu kelam kabut nak fikir mana berus foundation, mana compact powder. Dengan satu sapuan Gold Nano CC Cream dah cukup membuatkan korang tampil yakin masuk pejabat.

Hampir sebulan gunakan produk ni memang puas hati sangat. Kulit Alhamdulillah serasi. Tak berminyak. Tak melekit. Liang pori tak tersumbat. Takde juga tanda jerawat nat datang bertandang. Hehe. Paling penting bagi me ada perlindungan SPF 30 PA++ tu. Kalau korang tanya adakah me akan beli untuk kali kedua, jawapan me definitely YES!
Antara sebab me suka produk ni jugak, ia membantu mengurangkan beban barang kosmetik dalam beg tangan me. Hahaha. Kalau sebelum ni me usung berus mekap kemana-mana tapi kali ni takde pun. Guna jari je kan.

Dan terbaru katanya Gold Nano CC Cream ni dah tukar packaging. Ni kita tunjuk packging baru. Haaaa. Menarik kan. Sebelum ni perlindungan SPF 30 PA++ je tapi yang baru ni dah tambah ke SPF 50+ PA ++. Isi kandungan pun bertambah dari 35ml ke 50ml. Terbaiklah Hansagee Nature.

(By Munirah Izzan on 25th Jan 2019)

Maklumat Produk
Nama:  Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream
(sekarang ni dah ada packaging baru)
Info Lanjut
hansaegee nature gold nano cc cream, waterproof cream, mineral water, nano gold, krim muka, beauty review,

Author: Hansaegee Nature

HANSAEGEE NATURE BLOG : KOREAN SKIN CARE TIPS, TUTORIALS & BEAUTY REVIEWS

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments