Image

Perubahan Ketara Setelah Sebulan Menggunakan Pelembap Muka Hansaegee Nature | Aqua Whitening Cream

Perubahan Ketara Setelah Sebulan Menggunakan Pelembap Muka Hansaegee Nature | Aqua Whitening Cream

(By Husniey Husain on 20th Feb 2019)

Hai Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kalian semua. Macam mana rasanya melangkah masuk ke bulan Februari 2019? Feeling good excited, ke cuma biasa biasa jer. Hehe. Masih ingatkah tentang perkongsian husniey pada bulan Januari yang lepas pasal produk best dari Korea iaitu Hansaegee Nature. Haa pada kali ini izinkan husniey nak berkongsi dengan anda semua tentang perbezaan selepas menggunakan Aqua Whitening Cream selama sebulan lebih.

Sebelum bercerita lebih lanjut husniey kongsikan sedikit tentang fungsi Aqua whitening cream ini ialah membantu melembapkan kulit, merawat tona tak sekata serta paling husniey suka tentang fungsi krim terbaik ini ialah ia turut mencerahkan kulit. Bagi anda yang idamkan kulit putih sihat dan kekal kelembapan yang lama sangat disarankan mencubanya.

Look at the texture! Sejuk je bila apply ke kulit. Husniey suka betul.

Tak lupa dibawa bersama ketika travel 🙂 

Kulit Wajah Husniey Sebelum Menggunakan Aqua Whitening Cream

Mesti para pembaca semua tak sabar nak lihat perubahan kulit husniey setelah menggunakan Aqua Whitening cream selama sebulan lebih ini, sebelum itu jom kita tengok dulu kulit wajah husniey sebelum mengamalkan pemakaian krim. Taaadaaa. Itu dia sila jangan kecam okay!

Sebelum menggunakan Aqua Whitening Cream:
Jelas kelihatan kulit wajah nampak suram kusam dan gelap 😦

Al maklum sajalah husniey baru dapat kesedaran untuk menjaga kulit dengan lebih serius dan memastikan tidak terlepas rutin seharian untuk merawat kulit wajah. Setiap hari kuit kita terdedah pelbagai suasana (kotor, debu, cuaca panas). Ini semua penyebab kulit kita cepat rosak jika tidak dijaga rutin penjagaan harian. Oh ya  pelembap antara langkah penting bagi memastikan kulit kita sentiasa sihat.

Perubahan Ketara Setelah Sebulan Menggunakan Produk Hansaegee Nature

Alhamdulilah.. Serius dan jujur husniey katakan tentang Aqua Whitening Cream ini, memang terbaik dan semakin serasi menggunakannya. Tak sedar dah tinggal sedikit je lagi baki krim. Hehe nah tengok gambar di bawah. Husniey review, mestilah gunakan ia dengan betul dan konsisten sebelum menulis di blog dan memberi pandangan tentang sesuatu produk.

Selepas menggunakan Aqua Whitening Cream:
Kulit tampak bermaya dan lebih cerah

Really in love with this cream.


Rasa teruja setiap kali sapu Aqua Whitening Cream pada kulit muka sebab ia jenis waterbase bukan krim biasa yang kita beli dekat pasaran luar sana tu. Aqua Whitening Cream ini sangat tinggi kualitinya, bila setelah beberapa saat anda sapu  perlahan boleh tengok titisan waterdrop yang keluar dari kawasan muka yang kita sapu tu. Haa lepas tu dap dap tepuk bagi rata ke seluruh wajah. Sejuk je muka ni. Nak apply sebelum menggunakan makeup sangatlah sesuai, makeup jadi lebih smooth.

Sebelum terlupa walaupun produk Hansaegee Nature ini dari Korea tapi anda tidak perlu risau tentang tempoh penghantaran. Kita takkan menunggu lama pun, kejap aje dah sampai ke rumah sebab Hansaegee Nature ada HQ di KL tau. Menarik bukan? Iya tak tipu ini. Jemput tonton video husniey ada share di Youtube.

Saiz: 50 ml 
Sesuai Untuk All Skin Type (Kulit Kering, Berminyak,Berjerawat) 
Fungsi Best: Melembap dan Mencerahkan Kulit. Dari bahan yang terbaik

Rating diberikan untuk produk best: 
4.5 / 5 bintang! 
 

Yeay memang best dan terbaik! Highly recomendded. Will repeat order. 

 

Anda yang teringin nak rawat kulit kusam pada wajah disarankan mencuba. InsyaAllah serasi. Kulit muka husniey juga bukanlah jenis mudah serasi dengan kebanyakan produk, adakalanya lambat juga nak dapatkan kesan positif tapi tak sangka bila kenal dengan produk Hansaegee Nature kulit boleh berubah ke arah lebih sihat. Semoga 2019 ini kulit kita makin cantik sedap mata memandang, barulah meningkat confident level rasa happy nak berhadapan dengan rakan-rakan sekerja dan orang sekeliling.

Image

Pelembab Muka Yang Bagus ~ Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream

Pelembab Muka Yang Bagus ~ Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream

(By Suraya Sulatin on 15th Feb 2019)

Assalamualaikum..
Bila dah tuweeeee ni, I memang kena pastikan kulit muka always hydrated sebab bila kulit kita kering, tu yang makin banyak kedut-kedut keluar and lagi la nampak kulit tak sihat and at the same time nampak lebih berusia dari usia sebenar. Nak keep skin hydrated sebenarnya ada banyak cara. Kena pastikan minum air kosong yang banyak, makan buah-buah, makan veggies and all, takes vitamin, rehat and tidur kena cukup and pakai moisturizer cream yang bagus. Macam dekat Malaysia ni kan sentiasa panas? Lepas tu kalau duduk dalam office, aircond pon boleh buat kulit kering jugak tau? Sebab tu penting sangat sangat untuk keep our skin hydrated. Macam I sekarang dah jumpa satu product bernama Aqua Whitening Cream from Hansaegee Nature. It’s Korean punya product tapi dah lama dah ada dekat Malaysia. Besssstnyaaaaa krim ni. Kenapa la lambat sangat jumpa krim ni. Cis! I masa pakai first time terus jatuh cinta. Haritu masa balik kampung, I bedal kehulu-kehilir naik motor tengah panas rembang, rasa macam mencucuk-cucuk panas sampai ke kulit dalam. I pulak memang jenis senang nak sun-burn. Main Netball 15 minutes tengah panas pon kulit dah macam nak terbakar. I memang paling skeptical dengan any brand Moisturizer Cream sebab I tau kulit I jenis super dry include T Zone tu… Walaupon muka I takde masalah acne, pigmentation and all, tapi silap sikit pon, kulit I cepat kering. Kulit kering ni lah buat kita nampak tua tau? Macam I kalau cuci muka beria and buat scrub pon sometimes rasa kering dia tu sampai effect merekah-rekah la especially lepas buat facial and buang segala-mala white head/black head. Tu yang I malas tu, but with Aqua Whitening Cream from Hansaegee Nature ni, dah takde masalah dah. Krim ni langsung takde rasa melekit-lekit. Tu yang best tu. Lepas pakai kan, sejuuuuuuuk je rasa muka. Fresh sangat!
My very best friend now. Can’t live without this Aqua Whitening Cream from Hansaegee Nature

Krim ni supper moist. Untuk sesapa yang ada masalah kulit kering macam I or nak hilangkan kesan merah-merah terbakar sebab sun-burn memang paling bagus pakai krim ni. Cara nak pakai senang je. Ambik la krim tu sikit dengan jari, letak pada muka. Lepas tu massage slowly and do ‘patting’. Tepuk-tepuk manja dekat muka so that krim tu akan absorb masuk dalam kulit. Nanti kan, immediately after a few massage nkorang akan nampak macam ada water drop dekat kulit, punyalah moist. Bila korang pakai krim ni, it will keep kita punya muka lembap sampai whole day. Pakai lepas cuci muka. Malam, korang pakai double amount from siang. Nanti esok pagi rasa fresh sangat. Let say kulit korang jenis berminyak, takde masalah. Pon boleh pakai sebab texture krim ni ialah ‘air’ dan bukan ‘minyak’. So takde masalah. Rasa lekit-lekit macam typical krim lain tu memang takde langsung so rasa lebih selesa. One more I perasan, sejak I pakai krim ni, memang kulit terasa lebih firm. Best sangat sebab niat nak lembapkan kulit lepas tu package dapat kulit yang lebih firm pulak. I pon baca la ingredient apa yang ada dalam krim ni buat muka I lebih firm, rupanya dalam dia ada Niacinamide. Niacinamide ni memang bagus untuk mencerahkan dan firm kan kulit. Baaaagus!
All skin type boleh pakai tau? Oily ke, dry ke, combination skin ke semua boleh pakai. If sesapa yang dalam usaha nak repair skin sebab salah pakai product ke, terbakar kulit etc pon boleh pakai Aqua Whitening Cream from Hansaegee Nature ni.
Texture dia very light. One more, krim ni takkan sumbatkan pori-pori kulit kita. Macam I kan? Kekadang krim yang duluuuu I pernah pakai, walaupon rasa macam kulit bersih tapi bila sesekali buat facial nah kau, memang nampak la pori-pori kulit tersumbat. Tak sihat OK kalau pori-pori tersumbat. Macam mana kulit nak bernapas?
 
Cuaca dekat Malaysia ni panas, memang kena pakai pelembap tau? Walaupon kerja dalam aircond, kita rasa macam tak kena panas, takyah beria pakai pelembap. Salah sangat tu. Aircond pon boleh buat kulit kering tau? Krim ni mengandungi “Camellia Japonica Seed Oil”. Kalau nak tau more, korang boleh Google sendiri tapi I share sikit apa khasiat dan kehebatan Camellia Japonica Seed Oil ni sebab tau bukan semua rajin macam I hahahaha. It contain Vit A, B and E which is melindungi kulit dari pigmentation and kering. Non-comedogenic – so orang kulit sensitive pon boleh pakai serta mengelak jerawat dari tumbuh and most important, bahan paling bagus untuk melembapkan kulit sehingga kelapisan kulit yang paling dalam. Amacam, best kan?
Boleh nampak dekat sini, krim ni memang light. Korang boleh try pakai dengan tangan macam ni. Immediate rasa soothing tau? Sejukkkk je.
Ok close up sikit. One more, I nak share. Krim ni jugak mengandungi Niacinamide. Apa kelebihan Niacinamide ni? Niacinamide ni mengandungi Vitamin B3 yang boleh mengawal kesan penuaan, mengurangkan garis halus serta memperbaiki permukaan kulit yang lemah.
Lepas a few second I massage krim ni dekat kulit, terus nampak butir-butir air dipermukaan kulit. Krim ni melembap kulit secara mendalam tau? Terasa lembap kulit and sejuk je.
Let’s zoom in sikit Aqua Whitening Cream punya texture. As korang boleh tengok, the texture memang langsung tak melekit.
And a few second after kita sentuh this cream, clearly we can see a water drop dekat finger kan? So this cream memang watery and sangat moisture
Thank you for keep my skin moist
Image

Tips Muka Sentiasa Lembap dan Cerah, Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature Jawapannya

(By Nadia Johari on 15th Feb 2019)

hai assalammualaikum

Tips Muka Sentiasa Lembap dan Cerah, Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature Jawapannya

Tips Muka Sentiasa Lembap dan Cerah, Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature Jawapannya – Walaupun nad seorang surirumah, jarang keluar, nad tetap jaga muka, tetap pakai basic skincare routine supaya muka sentiasa cantik berseri. Paling penting jangan lupa pakai moisturizer muka tau, sebab moisturizer tu la buatkan muka kita jadi lembap dan tak kering. Kalau korang ingat atau nampak moisturizer yang nad guna sekarang, moisturizer Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature, nad ada post dekat facebook dan instagram, pernah juga cerita  di blog, boleh tekan link SINI, memang dah jadi peneman setia nad sekarang moisturizer ni. Aqua Whitening Cream ni la rahsia yang buat muka nad sentaisa lembap dan cerah.

Aqua Whitening Cream, berasakan water drop

Kalau sebelum ni, nad kongsi berkenaan produk tu, kali ni nad nak share perubahan yang nad alami setelah sebulan menggunakan Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature ni.

Kulit semakin lembap dan Cerah
Kalau sebelum ni, nad memang jarang pakai moisturizer, sebab kebanyakan moisturizer buat muka jadi melekit dan berminyak. Tapi sejak pakai Aqua Whitening Cream, muka nad jadi lembap selalu walaupun cuaca panas terik. Muka dah tak kering dan makin bertambah cerah. Aqua Whitening Cream ni jenis water drop, bila sapu je akan keluar titisan air. Titisan air tu la yang membuatkan muka lembap selalu, dan ia meresap dengan lebih cepat dan tidak melekit.

Muka makin anjal dan glowing

Bila nak keluar, nad tak lupa sapu Aqua Whitening Cream, bagi memberi pelindungan kulit muka dari cahaya matahari. Nak keluar menghadap cuaca panas terik  pun dah tak risau.

Kulit jadi glowing dan anjal
Dengan kandungan Niacinamide; penggunaan konsisten bukan saja dapat melembapkan kulit, ia juga dapat mengembalikan keanjalan kulit dengan mencegah penuaan. Memang setiap hari, nad akan sentuh kulit muka nad, perempuan biasalah, kalau kulit dah cantik nak sentuh je..hehe. Nad rasakan kulit nad bertambah lembut dan tak kasar. Bila muka dah lembap ni, memang dia buat muka makin anjal dan glowing. Kalau sebelum ni, nad buat video pun teragak-agak, tapi sekarang, nak video untuk tutorial makeup ke, atau apa-apa la tanpa pakai makeup pun confident giler..hehee.

Jerawat hilang dan tiada kesan parut
Bestnya, Aqua Whitening Cream ni,juga mampu merawat kulit muka kita. Kandungan ekstrak herba dalam bahan produk ini berupaya membaikpulih dan merawat masalah kulit kering, tona tidak sekata, kulit radang sebab sunburn atau kulit sensitif yang kemerah-merahan (redness).

jerawat, kemerahan hilang sedikit demi sedikit

Haritu, tiba-tiba je jerawat keluar, mungkin nad tertekan, yela dengan kerja, dengan anak lagi dan tak cukup rehat. Nad memang sentiasa pakai Aqua Whitening Cream ni sebab ia juga berfungsi untuk merawat. Setiap hari tak kira siang dan malam nad pakai aqua ni, dan tak sangka, jerawat yang ada ni mengecut dan hilang tanpa meninggalkan bekas pun..seronok giler..yela selalu kan kalau ada jerawat, mesti tinggalkan parut..

Aqua Whitening Cream sebagai asas makeup

Aqua Whitening Cream Sebagai Asas Makeup
Kalau sebelum ni, nad keluar, mesti pakai makeup tebal-tebal sikit, semenjak pakai Aqua Whitening Cream, setiap kali keluar, sebelum makeup, nad akan apply dahulu Aqua Whitening Cream ni jadikan dia sebagai basic makeup. Selain nak lindung kulit  kita dan bagi lembap, Aqua Whitening Cream mampu buat makeup kita tahan lebih lama. Muka pun nampak cantik je, makeup sekata je dari pagi sampai ke malam.

Krim berwarna putih yang ringan dan tidak melekit

Titisan air yang keluar akan meresap ke dalam kulit

Kandungan utama Aqua Whitening Cream :
Camellia Japonica Seed Oil
– Non-comedogenic; tidak menghalang liang pori, merawat kekeringan dan kerosakkan kulit kerana sunburn atau redness (kemerah-merahan) dengan menyalurkan kelembapan jauh ke dalam lapisan kulit wajah
– Niacinamide (juga dikenali sebagai Vitamin B3)
Membaiki tona kulit wajah dengan mencerahkan, membersih dan menganjalkan semula kulit kau orang. Kesan ini dirumuskan dengan ekstrak herba yang memberikan penembusan jauh ke dalam kulit, so kulit kau orang tampak lebih berseri !

Bahan utama lain: Water, Cyclopentasiloxane, Cyclohexasiloxane, Glycerin, Pinus densiflora leaf extract, Sodium chloride, Angelica acutiloba root extract, Cnidium officinale root extract, Paeonia albiflora root extract, Rehmannia chinensis root extract, Prunus armeniaca (Apricot) kernel oil, Betaine, Cetyl PEG/PPG-10/1 Dimethicone, DMDM Hydantoin, Perfume, Gardenia florida fruit extract.

Banyak Kebaikan Aqua Whitening Cream

Fungsi dan Kebaikan Aqua Whitening Cream:
– Memberi kesan kelembapan yang tinggi ke kulit sepanjang hari
– Segarkan semula kulit – Kulit anda berasa sejuk & lembut
– Kawalan lebihan minyak / sebum
– Pemutihan kulit
– Menghidratkan kulit anda.
– Meningkatkan nada kulit yang tidak sekata
– Mencerahkan nada kulit
– Menenangkan kulit sensitif dan kulit yang kukuh
– Pembaikan kemerahan dan kulit terbakar yang rosak
– Bahan semulajadi, tumbuhan, menenangkan kulit
– Boleh digunakan pada waktu pagi sebelum memakai make up
– Digunakan waktu pagi dan malam

Untuk pengetahuan korang, produk Hansaegee Nature yang berasal dari Korea ini telah lama berada di Malaysia tau. Kebanyakan produk mereka banyak mendapat feedback positif. Nad pakai ni pun sebab nampak feedback kawan-kawan. Nad pun share la pengalaman dan perubahan nad alami ni dekat korang pulak. Setiap skincare yang kita guna mestilah dipakai sekerap mungkin dan konsisten kalau nak hasil yang memuaskan. Memnag nad syorkan moisturizer ni dekat korang.

 

 🍁Company name: Hansaegee Nature
Image

Aloe AC Clean Bubble Cleanser | Pencuci Muka Simple Atasi Kulit Berminyak Dan Mengatasi Masalah Kulit Berjerawat.

Aloe AC Clean Bubble Cleanser | Pencuci Muka Simple Atasi Kulit Berminyak Dan Mengatasi Masalah Kulit Berjerawat.

(By Syamimi Saad on 15th Feb 2019)

Hai readers.. Harini kita nak berkongsi tentang satu masalah selepas jalani Operation haritu. Selepas operation, kita memang tak dapat nak jaga kulit muka. Sebab wayar tiub sana sini, then operation haritu kan berjahit sampai ke bibir. So nak elakkan kesan jahitan disitu terkena air, terpaksa skip skip basuh bahagian muka.

Disebabkan masalah tak dapat nak cuci muka dengan sebaiknya, muka kita mula nak jadi sesuatu. Kulit muka mula berminyak. Pelik rasanya sebab kulit muka kita bukan jenis berminyak. Rasanya hari ke-4 macam tu kita slow slow cuci muka. Guna cleanser. Tapi tak boleh nak cuci betul betul sebab masa tu tiub minum susu belum dicabut lagi.

So disebabkan muka menjadi berminyak dan mula naik berdaki, kita cuba cuci pakai 1 jenis cleanser ni. Sebab cleanser tu je yang kita bawa ke hospital, so bila pakai muka still sama. Muka tetap berminyak. Bila dapat balik rumah, kita cuba gunakan satu cleanser baru ni. Aloe AC Clean Bubble Cleanser namanya. Try guna yang ni dengan harapan dapat atasi masalah kulit berminyak tu.

Beberapa hari juga la mencuba gunakan Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni, kulit yang berminyak tu berjaya diatasi. Punya la pening pikir kenapa muka berminyak, rupanya ada juga jalan penyelesaikannya.

Mesti nak tahu apa kandungan yang terkandung dalam Aloe AC Clean Bubble Cleanser, yang boleh membantu muka jadi bersih tak berminyak tu kan?

Haaa, nak tahu, nama nya pun Aloe kan, salah satu kandungannya ialah Aloe Vera dan Tea Tree Oil. Kita semua pun sedia maklum kan, aloe vera elok dalam mengatasi masalah kulit kan.

Sebenarnya, Aloe AC Clean Bubble Cleanser bukan sahaja untuk masalah kulit berminyak, tetapi, ianya juga dapat membantu mereka yang mengalami masalah kulit berjerawat juga. Bagaimana ianya dapat membantu? Ianya dapat membantu dengan membersih secara mendalam dan menutup lubang-lubang jerawat yang ada.

Apa yang bestnya bila dah menggunakan Cleanser ni, kulit dah la tak berminyak, dia elok je lembap seperti biasa. Dan ianya juga tidak mengeringkan tau. So memang best guna sebab tak perlu risau dah.

Mesti ada yang nak tahu, macam mana rupa Cleanser ni kan? Meh tengok ni. Botol ni tersedia dalam bentuk dipam tau. So bila kita pam, maka akan keluar cecair dan ianya dalam bentuk berbuih. Berbuih tapi ada air sekali. So kalau kita tak basahkan kulit muka terlebih dahulu pun takpe, sebab ianya takkan kering dimuka. Dan teksturnya ringan.

 

Kebiasanya pembersih jenis gelembung boleh membersihkan kulit dengan baik, tetapi mungkin membuat kulit sangat kering selepas mencucinya. TETAPI Pembersih Bubble Clean Aloe AC ini berbeza, ia adalah pembersih kualiti yang baik, ia membilas liang kulit bersih dengan kulit kelembapan, kita pasti selepas korang bersihkan dan basuh, korang akan rasa kelembapan, tidak kering. Ia adalah pembersih yang berbuih, Melembutkan & WATERY.

Sebelum terlupa, harga yang ditawarkan untuk 1 botol ni ialah RM65 sahaja.
Untuk kandungan sebanyak 150ml.

 🍁Company name: Hansaegee Nature

Tips Kecantikan Muka : Gold Nano CC Cream akan blend dengan ton warna kulit secara semulajadi

S+ Recover Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature

(By Mia Kassim on 13th Feb 2019)

Assalamualaikum .. hi korang. Kmia nak tanya ni. Korang jenis yang suka pakai makeup atau sebaliknya. Makeup tebal or yang nipis jer? Kmia .. suka makeup yang simple dan cepat. Kmia memang tak pernah bermakeup dari rumah sebab tak sempat. Sampai je opis, ambil beg makeup dan masuk washroom. Maka setengah jamlah Kmia disitu hehe. Yang melambatkan Kmia selalunya sebab nak bubuh foundation dan pastikan ianya sekata di wajah. Kalau buat cepat, nampak bertompok-tompoklah wajah. Lepas foundation nak bagi nampak smooth .. tepuk tepuk dengan compact powder. Nak bubuh yang ‘asas’ di wajah pun dah ambil masa yang lama. Kmia tercari-cari juga ada ke krim yang boleh gantikan foundation tu semua.

Sehinggalah Kmia terjumpa satu produk dari Korea ni. Kan sekarang ni memang ramai dah menggunakan produk wajah dari Korea .. mungkin serasi dengan kulit Asia kan. Mungkin semua dah kenal dengan Hansaegee Nature, brand skincare dari Korea yang bertapak di Malaysia sejak tahun 2011 lagi. Semua produk originally dari Korea, berkualiti dan selamat untuk digunakan. Salah satu best seller product mereka ialah produk yang Kmia nak kongsikan ni lah.

S+ Recover Gold Nano CC Cream


Bahan Utama
Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream ni merupakan all in one cream dimana fungsinya sebagai alat makeup dan juga pada masa yang sama menjaga kulit wajah. Bahan utamanya adalah

*Mineral Water – mengekalkan keseimbangan PH untuk kulit wajah kita dan juga Menganjalkan kulit wajah.

*Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract – mengelak iritasi kulit dan juga Anti-Bacterial Effect.

*Nano Gold – melambatkan kesan penuaan,  melindungi kulit dari sinaran ultra ungu dan mengandungi kandungan antioxida yang tinggi.

Fungsi Utama

CC Cream ni mampu menyeimbangkan dan juga membetulkan ton warna kulit wajah korang secara semulajadi.

Cara Penggunaan
Tersangatlah mudah .. sebab tu Kmia suka. Makeup pun tak ambil masa yang lama. Yang suka dengan makeup simple dan natural CC Cream ini adalah jawapannya. Tak perlu span atau berus segala, korang hanya perlu guna jari dan calitkan sedikit dikeseluruhan wajah dan sapu dengan lembut seperti biasa. Ianya akan blend dengan ton warna kulit korang secara semulajadi. Ton warna kulit korang akan lebih sekata dan bersinar gitu.

CC Cream ni pada asasnya memang berwarna putih. Tapi korang jangan risau, bila korang sapukan cream ni di wajah korang ia akan semulajadi mengikut ton warna kulit korang. 

Cream berwarna putih
Secara fizikal cream ni berwarna putih tetapi ianya mempunyai kapsul-kapsul kecil berwarna coklat yang bila korang blend diwajah ianya akan bertukar ke warna merah jambu atau coklat yang mana akan mengikut ton warna kulit korang secara semulajadi.

Nampak kan perbezaannya. Warna kulit lebih sekata dan bercahaya gitu

Ianya mampu meminima pori kulit agar lebih nampak licin dan bersinar
Selain itu cream ini juga boleh berfungsi sebagai makeup based korang. Makeup lebih tahan lama, jelas dan cantik.

Satu lagi yang Kmia suka tentang cream ni, ianya tidak melekit seperti kebanyakkan cream yang ada dipasaran. Dan kulit wajah terasa lembab sahaja sepanjang hari. Sangat sesuai untuk Kmia yang duduk seharian dalam office yang berhawa dingin ni.
Oh ya .. s+recover Gold Nano CC Cream ini sudah berubah wajah. Packaging baru ni lebih mudah dibawah kemana-mana. Penutup jenis Twist Lock nya ini sangat ketat dan dapat melindungi sepenuhnya cream korang. Cream tidak akan mudah terkeluar dari bekas, so bila korang simpan kat dalam beg .. ia tidak tertumpah walaupun tergoncang kuat.
Cream ni hanya akan keluar apabila korang memicitnya jadi korang boleh kawal sendiri penggunaan dan tidak nembazirkan cream korang.

Paling best .. ianya mudah dibawa kemana-mana

 

 🍁Company name: Hansaegee Nature
Image

Aqua Whitening Cream : Pelembap Muka yang mencerahkan kulit wajah

Aqua Whitening Cream : Pelembap Muka yang mencerahkan kulit wajah

(By Ecadwinkyasha on 12th Feb 2019)

Aqua Whitening Cream by Hansaegee Nature | Assalammualaikum korang semua. Lama sangat tak bersiaran kan dak Eca ne, yelahhh awal tahun ni cikgu-cikgu busy sikit dengan aktiviti awal tahun especially SUKAN. Memang tak lepaslah sukan tu dalam takwim tahunan sekolah Eca dan dak Eca tu sendiri busy dengan Kejohanan Bola Baling selama 3 hari kat padang. Dah namanya padang, sah-sah akan SUNBURN. Yes, muka polos dak Eca tu bertukar tone kalerr uolss.

Sunburn kat hidung Eca tu, panas tau!
Nasiblah jumpa satu produk dari Korea iaitu Aqua Whitening Cream by Hansaegee Nature. Aqua Whitening Cream ini merupakan produk yang khusus untuk melembapkan dan memperbaiki tona kulit wajah (macam sunburn dimuka Eca tu lahaiiiii!). Menarik dengan Aqua Whitening Cream ini ialah ianya boleh digunakan sebagai krim pelembap siang dan malam. So, agak jimat malah lebih menguntungkan pengguna.
Rumusannya :
Aqua Whitening Cream : 4M – Merawat, Melembap, Mencerah dan Menjimatkan.

Introducing Aqua Whitening Cream to you!
Untuk pengetahuan korang, Aqua Whitening Cream merupakan produk dari Korea. Ramuan yang terdapat dalam produk ini adalah :
Camellia Japonica Seed Oil
Non-comedogenic:  tak menghalang liang pada kulit, tidak menyumbang kepada jerawat.Selain itu ianya juga membaikpulih kekeringan dan kerosakkan kulit akibat ‘sunburn’ dan yang penting sekali ianya boleh memberi kelembapan jauh ke dalam lapisan kulit yang paling bawah.

Niacinamide (juga dikenali sebagai Vitamin B3)
Bahan ini membantu memperbaiki tona kulit disamping mencerah, membersih dan menegangkan kulit.Kesan ini dirumuskan dengan ekstrak herba yang memberikan penembusan dalam kulit, mengembalikan dan menstabilkan tahap kelembapan dalam kulit dan membuat kulit yang lebih jelas menjadi semakin berseri.

Bahan lain : Water, Cyclopentasiloxane, Cyclohexasiloxane, Glycerin, Pinus densiflora leaf extract, Sodium chloride, Angelica acutiloba root extract, Cnidium officinale root extract, Paeonia albiflora root extract, Rehmannia chinensis root extract, Prunus armeniaca (Apricot) kernel oil, Betaine, Cetyl PEG/PPG-10/1 Dimethicone, DMDM Hydantoin, Perfume, Gardenia florida fruit extract.

Cara Menggunakan :
Sebelum korang mula menggunakan produk ini, korang boleh try sapu sedikit krim diatas tangan. Calit dan sapu sehingga adanya titisan air. Eh, jangan risau sebab tu bukan air peluh tapi kesan krim tersebut. Calit sehingga krim menyerap ke dalam kulit. So, boleh sapu pada muka dan leher. Untuk penggunaan pada waktu malam, korang boleh sapu sehingga dua kali untuk kesan lebih ketara pada kulit wajah.

Simple je cara guna..Calit kat muka dan sapu sehingga krim menyerap ke dalam kulit wajah
Mudahkan!. Lebih-lebih lagi bagi Eca yang bertugas 24jam (cikgu merangkap warden) konfirm sangat sibuk. So, memudahkan diri sendiri apatah  Eca tak suka ‘heavy makeup’ ke sekolah, calit sahaja Aqua Whitening Cream, kulit wajah lebih cerah dan glowingggg gitu.

My routine is simple but I still look glowing gituuu~

 🍁Company name: Hansaegee Nature
Image

Tips Penjagaan Muka | Pencuci Muka Aloe Vera – Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser

“Tips Penjagaan Muka | Pencuci Muka Aloe Vera – Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser”

(By Liza Aryanna Izaara on 01st Feb 2019)

Assalamualaikum semua, siapa yang kat sini jenis muka berminyak? Mesti korang rasa kurang yakin bila berhadapan dengan orang ramai kan kan. Macam saya juga, muka saya ni memang cepat sangat mengeluarkan minyak walaupun dah pakai makeup tebal gila. Terpaksa touch-up banyak kali untuk cover minyak tu. Bahagian yang selalu berminyak pula adalah di bahagian T Zone. So memang rimas sangatlah, kadang-kadang bila keluar tu cepat-cepat nak balik supaya dapat basuh muka.

Saya dah try banyak produt lain tapi muka still berminyak, sampailah saya jumpa produk daripada Hansaegee Nature iaitu  ALOE AC Clean Bubble Cleanser.  Kenapa saya pilih produk ni? sebab Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni berbentuk buih-buih halus bila di pam di tangan. Ia akan meresap jauh ke dalam kulit muka korang untuk keluarkan semua minyak-minyak, pori yang tersangkut, sampai ke liang pori paling hujung dia cuci habis. Lepas dia keluarkan semua minyak dan kotoran muka tu, muka akan terasa lembap dan segar. Tidak mengeringkan sama sekali ya. Balik-balik jugalah saya cuci muka dengan cleanser ni hahaha. Rasa macam ketagih la pula! hahaha OH YA! All product dari Hansaegee Nature ni, 100% Original “MADE IN KOREA” tau.

Bukan setakat muka berminyak, tapi muka saya ni juga jenis yang cepat kering dan kusam. Bila dah selalu pakai makeup, macam-macam bahan kimia yang dah sangkut dekat kulit ni. So, ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni banyak membantu dalam menjaga kulit wajah saya sebab banyak kelebihan dan kebaikan pencuci muka ni. Korang boleh baca dibawah ni kebaikan Cleanser Hansaegee Nature ni ya

 *Mengawal minyak yang berlebihan
*Menanggalkan sel kulit mati
*Mencuci jauh ke dalam lubang pores muka
*Membantu merawat masalah jerawat
*Melembapkan kulit (lepas cuci, muka akan lembap dan tidak kering)
*Super Clean Bubble Cleanser
*Sesuai dengan semua jenis kulit (Oily, Dry and Combination) 

Kebanyakan pencuci muka yang lain, lepas cuci muka confirm akan kering kan, tapi ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni TIDAK SAMA SEKALI !! Lepas ja cuci muka, kulit muka saya ni tetap lembap. Selalu lepas cuci muka rasa kejang ja muka kan, tapi yang ni rasa lembut ja muka. Memang best sangat-sangat.  Sambil dia buang kotoran tu kan, kulit mati juga akan di bawa bersama. Ada juga kesan exfoliate tapi tidak akan merosakkan sel kulit sihat,malahan dia bagi nutrien pada kulit kita. Produk ni juga mengandungi Tea Tree Leaf Oil yang sangat bagus untuk kulit. So memang kulit muka kita akan  nampak lebih bermaya,sihat dan mencerahkan juga sebab dia dah buang sekali sel-sel kulit mati.So, produk ni memang sangat sesuai untuk semua jenis kulit sama ada kulit sensitif, kering, berminyak, jerawat, blackhead, whitehead dan kulit kusam.

Sekarang ni, bila pakai makeup lama pun tak risau dah sebab ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni membersih jauh kedalam lubang pores muka kita. So, kulit muka kita akan sentiasa terjaga sepanjang masa. Bukan tu saja tetapi apa yang saya paling perasan sekali, pori makin kecik dan sekaligus whitehead pun berkurangan. Nampak tak buih dia, memang halus dan akan masuk jauh kedalam kulit korang.

Okay korang, kalau nak kulit putih segebu ala orang Korea, saya recommended korang dengan Produk Hansaegee ni ya. Saya susah nak recommend orang bab-bab produk kecantikan ni tapi Produk Hansaegee Nature ni paling terbaik sebab tu saya nak kongsi dengan korang semua, supaya sama-sama CANTIK!!  Produk Hansaegee Nature ni  adalah produk yang berkualiti tinggi dan selamat digunakan. So boleh refer details dibawah, untuk dapatkan produk-produk Hansaegee Nature.

Pic baru lepas cuci muka, memang sangat-sangat segar, lembut, bermaya, dan glowing, Try It Girls!!
See you next entry. Babai
Image

Tips Penjagaan Muka | Merawat, Melembapkan & Mencerahkan Kulit Wajah ~ Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream

Tips Penjagaan Muka | Merawat, Melembapkan & Mencerahkan Kulit Wajah ~ Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream

(By Jun Zie on 01st Feb 2019)

Assalammualaikum

Kalau kau orang ada follow Ju dekat Instagram, lately Ju sering kongsi dekat media sosial pasal produk pelembab dari Hansaegee Nature; Ju salah seorang yang pantang dengar mana-mana produk kecantikan dari Korea, asal tahu mesti nak cuba jugak sebab tak pernah kecewa dengan hasil yang diperolehi bila konsisten dengan produk mereka ni hehe. Jika kau orang seperti Ju yang mementingkan kesihatan dan kecantikan kulit wajah luar dan dalam, jom baca ni !

Tips Penjagaan Muka | Merawat, Melembapkan & Mencerahkan Kulit Wajah ~ Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream

Hansaegee Nature ni adalah jenama penjagaan kulit atau skincare sejak 2011 yang terletak di Malaysia tapi semua produk berkualiti tinggi dia orang pasarkan ni di import dan dibuat 100% dari Koreatau. Bahan-bahan pembuatan produk sememangnya diluluskan dan selamat digunakan sebab matlamat dia orang adalah memberikan kualiti terbaik dan jaminan keselamatan kepada semua pengguna skincare Korea ni. Salah satu keistimewaan dengan brand Hansaegee Nature ni, produk dia orang takda jual dekat mana-mana outlet melainkan hanya dijual dan didapati daripada outlet Hansaegee Nature tu sendiri.

Jenis : Mencerahkan dan Melembapkan
Kegunaan : Muka dan Leher
Tekstur : Krim berasaskan titisan air
Isipadu : 50ml, Saiz 65 x 65 x 55 (mm)
Waktu Pakai : Siang dan malam selepas cuci muka

Melembapkan Kulit Wajah

Hansaegee Nature AQUA WHITENING CREAM ; krim pelembap dilancarkan sejak 2016 di pasaran Malaysia dan masih trending sehingga 2019 ni dikalangan pengguna setia dan pengguna baru, so bila Ju dapat peluang untuk cuba kira seronok lah sebab produk Korea kot ! Negara terkenal dengan bahan semula jadi untuk mana-mana produk kecantikan yang dia orang hasilkan hehe. Tengoklah penduduk dia, semua muka mulus even umur dah mencecah 40-an, fuh !

Uniknya Aqua Whitening Cream ni adalah tekstur krim bila sapu dekat muka akan hasilkan titisan air atau water drop, dimana titisan air ni mudah resap di lapisan kulit wajah kau orang dan mengekalkan kelembapan berpanjangan.

Merawat Kulit Kering, Sunburn, Redness

Bukan sekadar memberikan kelembapan kulit malah kandungan ekstrak herba berupaya membaikpulih dan merawat masalah kulit kering, tona tidak sekata, kulit radang sebab sunburn atau kulit sensitif yang kemerah-merahan (redness). Sebab tu kalau kau orang ada masalah dekat senarai ni, krim ni best dan terbaik untuk kau orang gunakan.

Kandungan utama Aqua Whitening Cream :

*Camellia Japonica Seed Oil

Non-comedogenic; tidak menghalang liang pori, merawat kekeringan dan kerosakkan kulit kerana sunburn atau redness (kemerah-merahan) dengan menyalurkan kelembapan jauh ke dalam lapisan kulit wajah

*Niacinamide (juga dikenali sebagai Vitamin B3)

Membaiki tona kulit wajah dengan mencerahkan, membersih dan menganjalkan semula kulit kau orang. Kesan ini dirumuskan dengan ekstrak herba yang memberikan penembusan jauh ke dalam kulit, so kulit kau orang tampak lebih berseri !

Water, Cyclopentasiloxane, Cyclohexasiloxane, Glycerin, Pinus densiflora leaf extract, Sodium chloride, Angelica acutiloba root extract, Cnidium officinale root extract, Paeonia albiflora root extract, Rehmannia chinensis root extract, Prunus armeniaca (Apricot) kernel oil, Betaine, Cetyl PEG/PPG-10/1 Dimethicone, DMDM Hydantoin, Perfume, Gardenia florida fruit extract.
Cara Penggunaan 
 
Masa sesuai nak gunakan Aqua Whitening Cream ni bila kau orang dah siap cuci muka sebelah pagi atau sebelah malam; kalau kau orang jenis pakai toner macam Ju ni, apply lepas dah siap pakai toner. Nak pastikan krim ni rata dan meresap dengan betul ke dalam kulit wajah kau orang, kena sapu secara ke atas atau upward perlahan-lahan. Tekstur krim ni lembut dan mudah serap so kau orang tak perlu gosok kuat sangat.  Beberapa saat lepas kau orang sapu tu akan keluar titisan air, just teruskan saja sapu rata sampai air tu hilang dari kulit luaran wajah kau orang hehe. Pendek kata dah  boleh jadikan produk Hansaegee Nature sebagai tips penjagaan muka kau orang.

Tanpa Mekap

AQUA WHITENING CREAM sebagai Make up Basic
Ju bekerja di ofis yang berpenghawa dingin dan tu salah satu sebab selain dari faktor cuaca tak menentu buat kulit muka Ju kering malah mekap Ju pun tak tahan tau huhu. So apa Ju buat ialah sebelum apply rutin mekap, Ju gunakan Aqua Whitening Cream sebagai basis mekap hehe. [Rujuk sini : Tutorial | Guna Aqua Whitening Cream sebelum apply rutin Make Up] Setiap kali apply, Ju suka calit banyak-banyak haha sebab Ju addict dengan bau dia, wangi ! Sebenarnya tak perlu banyak pun, bergantung kepada jenis muka dan masalah kulit kau orang. Ju nasihatkan guna sekerap mungkin dan konsisten kalau nak hasil yang memuaskan
Tekstur krim berasaskan titisan air ni bukan saja mudah serap, malah ringan, tidak berminyak dan tidak melekit sebab tu mudah Ju nak jadikan sebagai  basic mekap setiap hari. Hasilnya, mekap Ju tahan dari pagi hingga ke petang pada masa sama maintain glowing !

Dengan Mekap : Nampak tak hasil dia glowing ?

Mencerahkan Kulit Wajah

Nak keluar menghadap cuaca panas terik  pun dah tak risau dengan kulit kemerah-merahan atau sunburn sebab tak kira pagi atau malam, Ju konsisten apply setiap hari AQUA WHITENING CREAM untuk elak muka rasa perih bila berada diluar. Lagi-lagi nak masuk umur 30-an ni, penjagaan kulit wajah perlu dititikberatkan luar dan dalam. Dengan kandungan Niacinamide; penggunaan konsisten bukan saja merawat dan melembapkan kulit kau orang malah mencerahkan dan mengembalikan keanjalan kulit dengan mencegah penuaan. Saiz kecil dan mudah bawa ke mana-mana memudahkan Ju juga nak apply bila Ju perlukan. Jenis packaging pun tahan lasak, so kalau terjatuh tak perlu risau dengan kerosakan luaran.
Produk ni tak kira peringkat umur mahupun lelaki atau perempuan boleh pakai tau so boleh lah jadikan hadiah juga kepada yang tersayang sambil kau orang guna tu hehe. Bagi kau orang yang belum purchase lagi, hubungi Hansaegee Nature sekarang menerusi web yang Ju sertakan dihujung entri ni. Seperti yang Ju mention di awal tadi, produk Hansaegee Nature hanya boleh diperolehi menerusi outlet mereka sahaja tau, takda jual tempat lain !
 🍁Company name: Hansaegee Nature
Image

Muka Tampak Natural dengan Hansaegee Nature CC Cream

Muka Tampak Natural dengan Hansaegee Nature CC Cream

(By Wawa Ashihara on 05th Mar 2019)

Hansaegee Nature CC Cream | Ada tak yang mengalami masalah apabila hendak keluar rumah sahaja kena bermakeup untuk tutup muka yang mempunyai tona kulit muka tidak sekata? Haa, WA salah seorangnya. Huhu. Bila keluar tanpa guna foundation memang WA tak rasa yakin. Tapi kadang-kadang rasa leceh dan rimas bila kena bermakeup dan gunakan foundation yang sememangnya mempunyai tekstur yang berat. Nak buka tudung nak solat waktu rehat je mesti ada bekas foundation. Stress!

 

Actually dah lama WA tengah mencari cc cream mana yang elok kerana ia mempunyai tekstur yang lebih ringan dari foundation dan BB Cream. WA pernah pakai cc cream brand lain, bila pakai mak aii putih melepak. Sebab bila blend out kat muka dia tak ikut skin tone kita betul-betul. Sangat kecewa dan sebab tu sampai sekarang WA apply foundation je. Tapi tak larat ai nak makeup guna foundation lengkap bagai. Finally, WA ada search satu website ni ada jual cc cream. Dan lihat feedback pun not bad, menarik. Tanpa membuang masa, WA dapatkan segera dan YESS! Its mine now. Kekekeke~

Hansaegee Nature S+Recover Gold Nano CC Cream

Mengenai Hansaegee Nature :

Hansaegee Nature merupakan produk skincare yang originally made in Korea dan telah berada di Malaysia sejak tahun 2011 lagi. Bukan itu sahaja, ianya juga telah mengeluarkan beberapa jenis produk skincare seperti cleanser, whitening cream dan lain-lain.  Sebelum ini WA memang sudah mengenali Hansaegee Nature dan kini Hansaegee Nature S+Recover Gold Nano CC Cream ini semakin dikenali ramai sejak berada di pasaran.

 

Apa Itu CC Cream ?

Buat pengetahuan anda, CC Cream lebih ringan dan halus daripada BB Cream. CC Cream atau dikenali sebagai color correction berfungsi untuk menyamakan tona kulit muka seperti kulit kusam tidak bermaya atau kemerahan. Ia merupakan all in one day cream dimana gabungan antara basic skincare dan makeup benefits dalam kosmetik.

 

Jika anda mengalami kulit berjerawat, bintik hitam, kulit kusam atau kemerahan, Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ini sangat sesuai digunakan kerana ia membantu membuatkan kulit anda halus, tidak berminyak, mencerah, menyamakan tona kulit supaya kelihatan lebih natural dan bercahaya dengan kelembapan sepanjang hari.

Kelebihan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream

*Mengandungi perlindungan UV matahari SPF50 PA+++

*Mengimbangi tona kulit secara semulajadi

*Meminimumkan penampilan pori

*Boleh bertindak sebagai Makeup Base atau Makeup Primer

*Mencerahkan kulit

*Mencegah anti penuaan serta meningkatkan keanjalan kulit

*Glowing skin dan melicinkan kulit

*Mengekalkan kelembapan

*Melegakan masalah kulit

Anda tidak perlu risau kerana Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream bebas dari mana-mana sumber haiwan, malah bebas daripada paraben, sulfate dan alkohol serta sesuai digunakan oleh kaum Muslim kerana selamat digunakan untuk semua jenis kulit.

Masalah kulit yang memerlukan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream

Kandungan Utama dalam Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream 

Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream mengandungi 3 kandungan utama di dalamnya, iaitu :

 

1. Mineral Water – mengekalkan keseimbangan pH kulit serta meningkatkan keanjalan kulit

2. Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract – anti bakteria, melegakan kerengsaan kulit dan kulit bermasalah

3. Nano Gold – Mencegah penuaan kulit, menghalang radiasi infrared dan mempunyai antioksidan yang tinggi

Cara Penggunaan :

Senang sahaja cara penggunaannya. Hanya apply Gold Nano CC Cream dengan tangan atau jari (bukan berus), kemudian sapukan ke seluruh wajah kita sehingga ia sekata. Kulit akan nampak lebih cerah, halus pada permukaan kulit (minimize pores), tidak berminyak mahupun sticky dan memberi effect luminous pada kulit.

Apa yang menariknya dengan Gold Nano CC Cream ini? Pada permulaan anda akan nampak krim tersebut berwarna putih, akan tetapi selepas anda apply, anda akan terlihat bintik kecil berwana coklat. Kemudian, apabila blend krim ini pada kulit ianya akan berubah warna menjadi warna kulit anda secara semulajadi. Tiada masalah dengan kesan krim putih kerana lama-kelamaan akan berubah warna kepada warna coklat iaitu warna yang sesuai dengan kulit anda.

Jika anda bukanlah seorang kaki makeup, tetapi ingin kelihatan lebih natural tanpa kulit kusam, cc cream ini sangat digalakkan buat anda kerana ianya sesuai bagi mereka yang tidak suka bermakeup atau bermakeup tebal. Hanya perlu memakai cc cream ini dan lipstick anda sudah boleh keluar. So easy kan??? Muka nampak natural dan lebih berkeyakinan.

 

Boleh juga jadikan ia sebagai makeup base atau makeup primer, just add on pada foundation sedikit untuk dapatkan more coverage than light natural dan ia dapat mengimbangi tona kulit serta membuatkan makeup tahan lebih lama.

See the results when WA swatches eyeshadow

Ini salah satu ujian yang terbukti apabila WA menggunakan cc cream ini untuk dijadikan sebagai makeup primer without any foundation, warna eyeshadow/blush/eyeliner akan lebih terang dan tahan lama berbanding jika anda tidak menggunakannya. Dengan cc cream dan any eyeshadow/blush/bronzing juga anda boleh dapatkan look yang lebih natural dan freshing than light natural.

 

 

How My Feedback After Using Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream?

So impressed with these cc cream! Seperti di awal tadi, WA sangat kecewa sebelum ini sebab pernah try cc cream lain, tapi dia macam oxidized kulit dan membuat kulit menjadi lagi gelap. Tapi dengan Hansaegee Nature Gold CC Cream ini, ternyata membuat kulit WA cerah secara semulajadi kerana ianya betul-betul dapat menyamakan tona kulit WA dan memberi effect glowing pada kulit.

 

Yang paling bestnya, walaupun ia memberi effect luminous dan glow pada kulit, tetapi ia tidak membuat kulit rasa oily, sticky dan tidak cracky. Perkara seperti ini yang paling WA rasa takut kalau apply cc cream. Fobia bertahun-tahun sampai sanggup guna foundation kalau keluar yang berdekatan. Huhuhu..

No edit, no filter

Different BEFORE at natural lighting, AFTER no natural lighting

natural lighting * cahaya depan tingkap

 

Tengoklah muka mak jemah atas ni. Hahaha! Sebab tu WA lebih prefer cari cream yang boleh menggantikan foundation as my daily makeup kerana cc cream teksturnya lagi ringan dari foundation. My face look so pale and uneven skin tone. Serius seram tengok muka sendiri. Means, keyakinan nak keluar tanpa oles sebarang makeup tu masih belum 100% lah. Hehehehe… Tapi sekarang WA dah makin rasa yakin dengan adanya cc cream ini.

Kulit WA nampak lebih natural kerana Mineral Water, kandungan yang terdapat dalam cc cream ini dapat mengimbangi kadar pH kulit dan menganjalkan kulit. Bukan itu sahaja, ia juga membuat kulit WA more glowing dan luminous. I luv it!! Sekarang ni kalau lepas solat, tak payah nak apply foundation, muka rasa berat je. Guna Gold Nano CC Cream ini pun dah cukup, siap ada sun UV protection SPF50 lagi, dapat menghalang kulit dari sunburn dan cepat berkedut. Terasa macam awet muda pula pakai cc cream ni. EHH! 😀

Should buy? Yess! Sangat-sangat recommended bagi yang nak cuba cc cream ini dan bagus untuk yang ingin bersiap cepat dan simple, sesuai untuk wanita di Malaysia terutamanya  Penggunaan pun boleh tahan 2-3 bulan, bergantung pada kadar penggunaan masing-masing. Tapi memang worth it sangat sebab ia ada sekali SPF50 dan jimat tak perlu beli sunblock dah. Harga hanya RM128 sahaja dengan isipadu sebanyak 50ml. Free delivery bagi pembelian melebihi RM70 di website Hansaegee Nature.

 

 🍁Company name: Hansaegee Nature
Image

Beauty Tips : Suggestion for Breakout, Acne or Pimples

Beauty Tips : Suggestion for Breakout, Acne or Pimples (By Hansaegee Nature on 12th March 2019)

Do you have this experience..? 🤔 Yesterday skin look good..today, breakout, pimples problems? In this article, we are going to share with you some of the causes of breakout and acne at different part of the face.

1. FOREHEADS

forehead.jpg

The forehead is one of the most common area where pimples and acne appear. Besides skin condition, stress and not enough sleep might caused acne. Although scientists don’t know how exactly the stress will worsen the acne, but studies believe these will have to do with some link between stress and hormones in body.

Suggestion :  Try to do more exercise in the morning or evening. Physical exercise also considered important for maintaining mental fitness, and it can reduce stress. Besides, try pampers yourself by doing aloe & moisture mask before sleep. Get calm and soothing skin — have a good sleep!

hidayaharmanii_ - Aloe Mask 9th Aug 2018

 

 

2. FACIAL AREA

3.jpg

When talk about acne at face, some studies show that this is related with the disruption with your endocrine system. Which overstimulate the oil glands and clog pores. In such case, we are focusing more on the way to minimize and treat acne by :

Suggestion : Wash your face in the morning and again in the evening. For daily cleansing routine (in the morning). Clean your face using cleanser like Aloe AC Clean Bubble Cleanser – it provide deep clean face with moisture effect.  While during evening time, (No matter makeup or not) Make sure 2 steps cleansing process :  suggest clean pores with cleansing oil and follow by Bubble Cleanser. No more clogged pores, acne gone easily

aloeaccleanser24thdec18.jpg

 

 

3.FROWN (between eyebrown)

2.jpg

Acne or pimple at frown (between eyebrown) are so embarrassing. One of the reason is unhealthy foods consumed.  In other words, it related with the daily diet consumed.

Suggestion : Reduce the consumption of processed foods & refined sugar. Studies show that foods high in sugar will cause spikes in your body’s insulin levels that further exacerbate inflammation.

too-much-sugar.jpg

 

 

 

4. Cheeks (Both Side)

4.jpg

Why Pimples at both cheek sides ? One of the reason always touch face with dirty hand. 

Suggestion: Besides wash hand frequently, always clean handphone screen & and do not touch face directly with hand. 🙂

clean hp

 

 

Extra Tips : Apply Moisturizer

keep moisture

Extra tips : Always keep moisture skin day and night.

Skin expose to hot weather will result in enlarged pores produce excess oil & sebum. To solve this, apply water drop moisturizer Aqua Whitening Cream day & night , can keep skin fresh, moisture deep into lower layer skin, will minimize pores, control excess oil & sebum production.

At Hansaegee Nature, always healthy skin.

 🍁Company name: Hansaegee Nature

Image

BEAUTY TALKS | REVIEW ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER BY HANSAEGEE NATURE

BEAUTY TALKS | REVIEW ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER BY HANSAEGEE NATURE

(By SiqaHiqa on 31st Jan 2019)

Dah lama rasanya blog ini sepi daripada review produk kecantikan dan untuk entri ke-4 tahun 2019, aku nak review satu produk kecantikan daripada Hansaegee Nature iaitu Aloe AC Clean Bubble Cleanser.
Aku bukanlah sejenis wanita yang suka cuba pelbagai produk kecantikan di pasaran. Rasa macam nak cuba tapi sebenarnya ada satu perasaan takut dalam diri sebab muka aku jenis yang ada kalanya tidak sesuai dengan sesetengah produk.
Kalau tak sesuai, maknanya, esok pagi selepas bangun dari tidur, akan muncullah bintik-bintik halus yang sangat banyak. Kulit muka automatik tidak halus apabila disentuh. Ada beberapa produk yang sudah meninggalkan kesan sebegitu. Aku sangat takut kalau kesan bintik halus itu kekal. Alhamdullilah setakat ini kulit muka kembali normal 🙂
Sebenarnya, kulit muka aku bukanlah halus lembut pun. Hihi. Cuma sekurang-kurangnya, kulit muka aku tiada jerawat (melainkan pada waktu bendera merah :D) dan boleh dikatakan licin lah jugak walau lubang pori-pori masih ada jelas nyata 😀
Ohh ya, kulit muka aku adalah kombinasi berminyak dan kering. Jadi kalau nak cuba produk, tak boleh guna produk untuk kering semata. Nanti kulit muka aku bertambah kering jadinya.

Kenapa aku pilih untuk cuba Aloe AC Clean Bubble Cleanser by Hansaegee Nature? 
Produk Hansaegee Nature adalah 100% Original Made in Korea. Bubble Cleanser ini diperbuat daripada 10 jenis ekstrak tumbuhan semulajadi. Bila cakap mengenai tumbuhan semulajadi, aku percaya bahawa tidak akan ada kesan tidak baik pada kulit muka kerana semestinya produk ini tidak mengandungi bahan-bahan berbahaya.
Dua jenis bahan semulajadi utama dalam produk ini adalah Aloe Vera dan Tea Tree OilAloe Vera terkenal sebagai satu tumbuhan semulajadi yang turut menjadi penyembuh terhebat untuk kulit muka. Banyak manfaat aloe vera seperti membasmi jerawat, mengecilkan pori-pori, menghaluskan kulit muka, mengurangkan kesan jerawat mencerahkan wajah, melegakan kesan sunburn dan melembapkan kulit.
Tea Tree Oil pula merupakan pilihan popular untuk mencegah dan mengurangkan parut jerawat. Gabungan aloe vera dan tea tree oil semestinya sangat bagus untuk membasmi jerawat dan juga melembapkan kulit.
Secara ringkasnya, Hansaegee Nature membantu dalam proses berikut:
*Menyembuhkan dan mengurangkan masalah jerawat
*Mengawal sebum dan minyak
*Melembapkan kulit
*Mengecilkan dan menghaluskan pori-pori

Pembungkusan dan Tekstur Produk
Produk daripada Hansaegee Nature didatangkan dalam kotak dan dibalut dengan bubble wrap yang sangat tebal. Jadi, tak perlu risau akan produk yang mungkin pecah dan sebagainya. Pasti akan sampai di tangan kita dalam keadaan selamat.
Produk ini ajaib sikit. Hihi. Sebab ianya adalah cecair dalam botol tapi akan menjadi bubble bila dipam keluar. Bubble yang lembut dan wangi. Serta merta bau wangi menerpa hidung sebaik saja bubble ini ada di tangan.
Wanita mana yang tidak sukakan benda wangi kan? 😀

Cara Penggunaan
Caranya sangat senang dan hanya perlu ikut saja arahan di belakang kotak produk ini. Pastikan muka dan tangan kita dalam keadaan basah sepenuhnya. Pam jumlah yang mencukupi pada tangan dan terus sapukan pada muka. Buat juga urutan muka dalam circular motion dan kemudian basuh dengan air.

Lagi bagus kalau basuh dengan air suam, tapi untuk orang malas macam aku, guna air paip je. Hihi.
Muka kita hendaklah dalam keadaan basah sepenuhnya sebab nanti bila kita urut muka kita, bertambah meriah bubble yang ada. Kalau muka tak basah sepenuhnya, urutan muka kita tak ada keluarkan bubble yang banyak. Tak syoklah jadinya. Lagi banyak buih, lagi rasa best! 😀

Review
Perkara pertama yang aku perasan sejak aku gunakan produk ini selama sebulan adalah kelembapan kulit muka. Kalau produk lain, mungkin akan menjadikan kulit menjadi kering selepas cuci, tapi dengan Aloe AC Clean Bubble Cleanser, kulit jadi lebih lembut dan lembap. Kelembapan sangat penting buat aku yang mempunyai kulit kombinasi berminyak dan kering.

Kulit muka juga dah takdelah berminyak sangat Jerawat hilang cuma kesannya masih ada cuma makin pudar. Aku akan pastikan yang aku akan cuci muka sebelum tidur. Aku pemalas sikit sebenarnya kalau bab penjagaan muka. Jadi. cuci muka saja yang penting sebelum tidur. Kalau terlebih rajin, baru pakai untuk langkah penjagaan muka seterusnya. Hihi.
Kalau kulit muka korang sama dengan aku, kombinasi berminyak dan kering, aku syorkan korang cuba pencuci muka ini. Sesuai dengan aku dan mungkin sesuai dengan korang semua juga. Paling utama adalah tidak perlu risau akan kesan bahaya daripada penggunaan produk ini. Bahan semulajadi saja yang digunakan. No harm.
Lupa nak inform, pencuci muka berisi 150ml dengan harga RM65. Aku dah guna sebulan dan masih banyak lagi isinya. Mungkin boleh digunakan sehingga dua bulan. Let’s see.
Image

Hansaegee Nature | Mudahnya Pembelian Produk Kecantikan di Hansaegee.Com !

Hansaegee Nature | Mudahnya Pembelian Produk Kecantikan di Hansaegee.Com !

(By Qaseh Dalia on 30th Jan 2019)

Assalamualaikum
Holla gais ~ korang lebih suka shopping secara online atau pun memang wajib kena pergi kat kedai , mall dan sebagainya ? Bagi aku , memang aku pilih shopping secara online sekarang sebab nya aku cepat letih nak berjalan haha , dah tua gini lah yooo . Bila shopping online sambil goyang kaki pun boleh dapatkan barang apa yang kita nak , lebih-lebih lagi produk dari Korea .

Paling suka shopping online adalah kosmetik lah uols , nampak tak ~ perempuan biaserlerrr ! Para suami jangan terkejut jika posmen asyik datang je di rumah korang haha , so sebenarnya hari ni aku nak share tentang CC Cream Hansaegee Nature , korang dah sedia maklum aku dah pernah review di 2 entry sebelum ni
Kali ni aku nak share lagi secara ringkas tentang Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature ni sebab ia memang best , produk ni antara produk yang popular di web Hansaegee Nature tau, boleh di katakan ‘pisang panas laku teruk’ selama bertahun-tahun , then pada tahun 2016 Hansaegee melancarkan produk Aqua Whitening Cream dan di ikuti oleh satu produk lagi Aloe Ac Bubble Cleanser pada pada tahun 2018 , memang berbaloi aku cuba sendiri  .. Oh ye aku baru perasan CC Cream ni dah tukar packaging baru , lagi cantik dan nampak eklusif gais . Hurm ni yang rasa nak beli lagi !
Selain produk yang aku mention tu , banyak lagi produk yang ada di Hansaegee Nature seperti dalam penjagaan mata , mask muka dan lain-lain lagi.

Okay lets go ! Now aku nak ajar step by step cara nak order di laman web Hansaegee Nature , aku nak pilih CC Cream lagi ~ okay anak-anak sila bukak laptop masing2 ! :p . Aku suka laman web Hansaegee Nature ni sebab ia mesra pelanggan , bukak je web dia , segala benda ada , details , review dan testimoni . So korang tak perlu pun nak google review orang lain , sebab semua dah tersedia di situ.

*Step 1 – Korang buka laman web http://www.hansaegee.com dan wajib create account , kalau korang tak daftar , nanti susah lah nak track order haaa tak pasal-pasal gelabah nanti

*Step 2 – Dah siap create acc , korang akan dapat 50 point , kemudian boleh lah pilih produk apa yang korang nak , macam aku , aku nak repeat order CC Cream so just click di product dan click CC Cream lepas tu add to cart je haaa , senang banget !

*Step 3 , time to checkout ! Dah puas hati semua , tekan je checkout then click next lepas tu isi details alamat korang dan contact no .Untuk pengeposan korang boleh pilih 2 servis pos samaada nak menggunakan khidmat Pos Laju atau pun Gdex.

*Step 4  , buat pembayaran . Untuk pembayaran , korang boleh pilih samaada nak bayar secara online banking (ipay88) ataupun bank transfer , details acc Hansaegee Nature dan tersedia di web.

Lastly , setel ! Tunggu je barang korang sampai di rumah okay , korang boleh jugak semak produk korang di bahagian order di ‘my account’.

One more thing yang aku suka tentang website Hansaegee Nature ni , mana-mana produk yang ada dalam website , semua nya sangat details tentang description , tentang texture produk , cara menggunakan dan juga review dari pengguna , by that tak perlu nak google review dari pengguna lain , siap ada video tutorial juga ..

Then aku tertarik betul dengan  dengan Aqua Whitening Cream –> https://hansaegee.com/shop/skin-care/aqua-whitening-cream.html ,  katanya moisturizer ni mengeluarkan titisan air , tengok texture pun menarik , baca review dari pengguna lain pun bersetuju Aqua Whitening Cream ni best !

FREE GIFT !

Sampai-sampai je produk , korang akan dapat hadiah comel ni ha , so setiap pembelian korang akan dapat set free gift , ni adalah new packaging untuk CC Cream , tekstur still sama cuma di upgrade kepada 50 ml  dan spf 50 PA+++ dan packaging yang lebih kemas .
Aku suka kemasan di laman web Hansaegee Nature ni sebab senang nak pilih dan nak tengok details tentang sesuatu produk , ada kategori untuk produk popular , kategori recommended produk dan juga produk yang baru di lancarkan

Kelebihan Shopping di Laman Web Hansaegee Nature
Banyak kelebihan yang korang peroleh , part paling aku suka adalah reward point , bila sign up je korang automatik akan dapat 50 point , dan setiap pembelian pun ada point-point yang akan di berikan . So point tu boleh di gunakan untuk beli produk di Hansaegee Nature.

Di ingatkan pada korang , semua produk Hansaegee Nature hanya di jual melalui laman web www.hansaegee.com sahaja , tiada di jual di laman web shopping yang lain atau pun kedai-kedai offline. If ada , maknanya yang FAKE la tu .
So far , laman web Hansaegee Nature ni sangat-sangat memudahkan dan yang paling penting segala pembungkusan dan servis penghantaran sangat okay , laju dan terbaik ! If korang ada masalah apa-apa pun boleh terus direct di web , whatsapp dan juga email.
 🍁Company name: Hansaegee Nature