Teruja Sangat Dengan
Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream
TB sebenarnya dah lama tau usha-usha (intai2) produk-produk dari Hansaegee Nature ni.. semua gara-gara suka tengok video makeup Blogger Fyna dan semua awek-awek yang suka pakai produk dari Hansaegee Nature ni.. Start dari pembersih muka yang bubble tu.. bedak tabur dan sehinggalah kepada Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream ni..
Haaa.. inilah dia Krim Magic yang jadi kesukaan ramai tu..
Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream
Oklah.. sebelum TB share pengalaman TB menggunakan Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream ni, meh TB perkenalkan dulu serba sedikit tentang Hansaegee Nature ni.. Hansaegee Nature ni adalah skincare brand, product originally made in Korea yang telah bertapak di Malaysia sejak tahun 2011 ,
dan kalau korang nak tahu Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Creammerupakan salah satu produk mereka yang HOT sangat dimana ramai memberikan feedback dan review positif.. Sampailah TB pun teruja sangat nak cuba tau! Produk ni sudah berada di pasaran lebih dari 5 tahun tau!
OK.. rasanya bukan semua orang kenal CC Cream kan? yang dah biasa dengar tu pastinya memang dah akrab sangat dengan dunia penjagaan wajah.. macam TB ni.. hehehe.. Hansaegee Nature lah yang buat TB kenal CC Cream tau.. Actually memang suka tengok tutorial cara diorang guna CC Cream ni.. Smooth je bila diorang pakai kat muka.. TB pun rasa.. alahai.. gebunyaa..
Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream ini berfungsi sebagai :
1. Perlindungan dari sinaran UV SPF30 PA ++
2. Mengimbangi tona dan warna kulit secara semulajadi
3. Mencerah dan menyerikan wajah
4. Mencegah penuaan dan garis halus
5. Meningkatkan keanjalan kulit
6. Melembapkan kulit
7. Melegakan masalah kulit
1. “Mineral Water” – Mengekalkan keseimbangan PH (PH Balance) pada kulit dan meningkatkan keanjalan/elasticity kulit, mudah serap ke dalam kulit .
2. “Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract” – Meredakan irritasi dan melegakan kulit bermasalah, ia juga anti bakteria .
3. “Colloidal Gold” – Mengandungi antioksida yang tinggi dan mencegah penuaan kulit. juga menghalang infrared radiation, dan anti bacteria)
Bercerita tentang Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream ni, korang dah baca tak fungsi CC Cream ni kat atas ni? Banyak tau fungsinya.. Paling bagus ialah CC cream ni sesuai untuk semua jenis kulit tak kiralah kulit gelap ke cerah ke, atau kulit kering ke.. memang sesuai pakai CC Cream ni jugak.
Cara nak guna senang aje.. calit-calit je Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream ni di semua bahagian muka dan ratakan seluruh wajah muka, di bahagian bawah mata dagu, dan hidung. Secara perlahan-lahan kulit akan kelihatan segar, glowing dan lebih natural.
Huhuhu.. macam TB ni, seorang yang mempunyai kulit muka kadang berminyak, kadang kering, dan juga kulit sensitive pastinya teruja dapat cuba Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream yang menjadi bualan ramai ni..
Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream ni berwarna putih dengan gold nano halus. Dengan fungsi color control ia akan mengikut tona warna kulit kita apabila di blend . Tengok gambar diatas sebelum di blend dan gambar dibawah selepas beberapa saat ia di blend ..

tanpa CC Cream.. Kulit TB nampak Kering
Oh yea.. CC cream ni boleh digunakan sebagai make up primer. Make up nampak lebih natural dan wajah lebih bermaya.. cantik dan tahan lebih lama. Sememangnya TB suka sangat-sangat tau.. TB gunakan ia sahaja tanpa bedak tambahan sebab ia sahaja dah boleh buat wajah glowing.. ringkasnya cara nak cantik kan!
Ok, tadi TB kata S+Recover Gold Nano Cc Cream berwarna putih dan boleh berubah perlahan-lahan ke warna coklat mengikut tona kulit si pemakai.. Haa.. jom tengok TB buat Test sikit..
Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ni mampu meresap kedalam kulit dan perlahan-lahan mengikut warna kulit kita,
Texture Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream yang ringan ni sememangnya sangat mudah meresap dalam kulit, sebab tu ia dapat blend mengikut warna kulit kita. TB rasa selesa sangat guna cc cream ni sebab pakai pun tak rasa berminyak langsung!
Haa.. kalau nak tahu lagi.. CC Cream ini juga boleh dijadikan sebagai makeup primer / makeup base tau! So, bila pakai CC Cream ni make up akan tahan lebih lama dan lebih cantik. Kalau yang suka pakai eyeshadow atau blusher tu, color akan lebih naik dan lebih pigmented bila digunakan bersama S+Recover Gold Nano Cc Cream ni ..
Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream
Oh ya.. Untuk pembeli, ada Free postage bagi pembelian melebihi RM 70. Hubungi team Hansaegee Nature di contact di bawah untuk maklumat lanjut .
Haaa.. inilah packaging terbarunya.. lawa kan!
(By Tengku Butang on 17th Jan 2019)
(sekarang ni dah ada packaging baru)
Online Shop: http://www.hansaegee.com/shop/
Instagram: https://www.instagram.com/hansaegeenature
Facebook page:https://www.facebook.com/HansaegeeNature
Twitter : https://www.twitter.com/hansaegee
You may also like : (Please click for more information)
[…] Produk ni sudah berada di pasaran lebih dari 5 tahun tau! Oh ya.. Dalam entri yang lepas iaitu YANG INI TB ada cerita pasal Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream ni dah tukar packaging baru […]