Pengalaman Selepas Sebulan Bersama Hansaegee Nature ALOE AC CLEAN Bubble Cleanser
(By Anajingga on 15th Jan 2019)
Eh! Macam pernah baca je review tentang pencuci wajah Hansaegee Nature ALOE AC CLEAN Bubble Cleanser ni kan ?? Ya..betul lah tu.. ana pernah terbitkan bagaimana Kak Long mula-mula mencuba pembersih wajah Hansaegee Nature ni lebih kurang sebulan yang lepas di SINI , dan kali ini sekali lagi ana nak berkongsi pengalaman Kak Long selepas hampir sebulan menggunakannya sebagai rutin mencuci wajah khasnya menanggalkan solekan di wajah. Anak remaja masa kini memang gemar memakai solekan, jadi untuk mempastikan kesan solekan benar-benar hilang setiap kali mencuci wajah, Kak Long agak serasi menggunakan Hansaegee Nature ALOE AC CLEAN Bubble Cleanser .
Best tak selepas sebulan menggunakan Hansaegee Nature ALOE AC CLEAN Bubble Cleanser ?

Sama seperti gadis remaja lain, keghairahan dalam mengenakan solekan di wajah hampir setiap hari menjadi rutin pada Kak Long. Tambah lagi selepas hampir sebulan berada di rumah kerana baharu selesai study week dan final exam. Keluar rumah sahaja Kak Long suka memakai solekan pada wajah. Ana tak lah terlalu bimbang kerana ana memberikannya menggunakan satu jenama produk pembersih wajah yang kaya dengan kemewahan buih pembersih berasaskan aloe vera yang di datangkan 100% dari Korea, iaitu Hansaegee Nature ALOE AC CLEAN Bubble Cleanser .
Seperti yang pernah ana jelaskan di dalam entri sebulan yang lepas, pembersih wajah ini mengandungi tea tree oil yang dapat membantu masalah kulit berjerawat. Selain tu juga, pencuci wajah ni ada mengandungi bahan-bahan lain seperti aloe vera, yang dapat membantu mengawal minyak di wajah, membersihkan liang pori, melembap, melegakan kulit yang sensitif dan melembutkan wajah. Gabungan formulasi dari bahan terpilih dan semulajadi inilah yang ana yakini ia sesuai untuk Kak Long menggunakannya hampir setiap kali untuk membersihkan wajah dan kesan solekan.
Tekstur pembersih wajah yang datang dalam botol dengan pam sebegini lebih menjamin kebersihan kualiti produk . Dan yang paling best, dengan hanya menggunakan pam , kita akan dapat melihat kemewahan buihnya dengan tektur yang lembut dan melimpah ruah. Ana yakin inilah yang menjadikannya asas pembersih wajah jauh ke dalam liang kulit wajah kita.

