Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature | Makin Hari Makin Jatuh Cinta
(By Qaseh Dalia on 31st Dec 2018)
Tindak Balas Negatif ??
Dah lama aku guna CC Cream , hurm agak-agak aku ada mengalami breakout ke tak ? Ye lah kadang-kadang ada sesetengah produk , bila guna jangka masa lama baru ia bertindak balas sama ada secara negatif atau pun positif . Surprisely , alhamdulillah CC Cream ni takde beri aku tindak balas negatif , takde naik jerawat , takde rasa pedih atau kulit menipis ~ NO ! Memang takde , kulit rasa lebih smooth adalah hehe best korang.
Yang paling aku suka sebenarnya sebab memang senang dan memudahkan sangat bila apply di wajah , hanya guna jari je pun dah cukup cun dah , dan mudah bagi aku maksudnya untuk daily rutin seorang mak-mak ni kan , nak berhias tapi nak cepat dan taknak terlalu over sangat , memang betul-betul membantu.
Konfiden Dengan Natural Look Oleh CC Cream
Dengan CC Cream ni , memang cukup untuk buat wajah aku jadi lebih berseri dan glowing , kadang-kadang aku guna jugak di rumah walaupun tak keluar sebab suka kesan glowing dan kecerahan pada kulit , so suami tengok pun takdelah nampak kusam tak bermaya even buat kerja rumah yang tak pernah habis tu haa ~ tapi calit sikit-sikit je nanti habis pulak haha (sayang woooo)
Bila aku dah terbiasa dengan CC Cream ni korang , aku jadi macam lebih selesa bila muka nampak lebih natural , lebih konfiden , padahal bukan guna banyak pun , calit-calit nipis je , memang nampak macam tak apply apa-apa pun tapi sebab kesan glowing dan tak kusam kan kulit , tu yang rasa BEST sangat tu , so daily mekap aku sekarang hanya guna CC Cream , blusher dan gincu je haa , foundation pun dah tak kenal dah haha
One more thing , kulit aku ni jenis kulit kering tau dan CC Cream ni tak mengeringkan lagi kulit tapi kekalkan kelembapan , sebab teksturnya bukan jenis matte yang cepat kering . Sebab tu makeup lebih tahan lama jika apply CC Cream ni sebagai makeup base , mekap jadi lebih pigmented gitu dan tahan lebih lama , walaupun berjemur ia tak buatkan kulit wajah sunburn sebab ada SPF 30 +++ . Jeragat pun tak perlu risau sebab ianya anti wrinkle.
Sentiasa Bersama Ke Mana Jua ~
Memang sekarang ni , mana – mana je aku keluar akan bawak CC Cream ni bersama , alah dah lah kecik je , so taklah memberatkan beg , lagi pula kadang bila keluar seharian , haruslah basuh muka , solat dan lain-lain kan so memang wajib bawak lah ke mana pun , memang memudahkan life aku dalam banyak hal , contohnya tak payah bawak brush atau pun span untuk apply ~ semua benda tu kadang aduh penatnya nak kena bawak semua benda kan ~ ~ masa pun tak terbuang begitu sahaja hehe ~
Dengan CC Cream ni tak perlu pun nak pening pilih kod warna sebab ia memang satu kod je , walaupun muka kita tak berapa cerah dan putih , still boleh apply this CC Cream sebab ia menyeimbangkan tona kulit , sebelum ni dah share teksturnya yang putih kan , bila apply memang ikut warna kulit kita cuma blend hingga rata , kat bawah ni aku share video daily makeup aku . Senang gila ~
So ugais , wajib dapatkan seketui CC Cream ni dalam barang mekap korang. Bila dah malas nak mekap memang CC Cream ni je jadi pilihan pertama , hehe tak percaya cuba lah sendiri . Mana nak dapatkan Gold Nano CC Cream ni ? Aku dapatkan di web official Hansaegee Nature , kat kedai memang tak de jual tau korang , so kalau ternampak ada di jual di kedai or pasar malam , FAKE la tu haaa ~ hati-hati
(sekarang ni dah ada packaging baru)
Online Shop:
http://www.hansaegee.com/shop/
Instagram:
https://www.instagram.com/hansaegeenature
Facebook page:
https://www.facebook.com/HansaegeeNature