Image

Tips Kecantikan : Cara Guna Pelembab Muka Yang Betul

Tips Kecantikan : Cara Guna Pelembab Muka Yang Betul

Beauty Tips : How to apply Aqua Whitening Cream correctly

(By Hansaegee Nature on 12th Feb 2019)

After getting so many feedback from our customer, Hansaegee Nature would like to share some beauty tips with our beloved customer.

In this video, we are going to show how to apply Aqua Whitening Cream correctly.

1. How much aqua whitening cream apply on face?

Common mistake : is applying too much cream on one spot at the beginning and spread the cream to other part of the face from it. Causing uneven in apply of moisturizer cream throughout the face.

Correct way : Dab the cream a little bit at a time and apply equally on the face (different area) with adequate amount each time. Apply dabs of moisturizer onto your face in the key dry areas such as your: forehead, cheeks, nose, chin, and neck.

2. Way of Massaging the face

Common mistake: moisturizing the parts of the face in the wrong order and direction. Example pulling downward on face and neck skin

Correct way : Apply to skin using gentle circular motions. Gently massage the cream into your skin using small, upward, circular motions. Never drag downward on your skin. Once water drop appear, gently patting till it fully absorb. Wait for your skin to absorb the cream

See the results? With correct way : Skin become more glowing ; more firm skin and brighter.

 🍁Company name: Hansaegee Nature

 

Image

Teruja Sangat Dengan Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream

Teruja Sangat Dengan Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream

(By Tengku Butang on 17th Jan 2019)

Teruja Sangat Dengan
Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream

TB sebenarnya dah lama tau usha-usha (intai2) produk-produk dari Hansaegee Nature ni.. semua gara-gara suka tengok video makeup Blogger Fyna dan semua awek-awek yang suka pakai produk dari Hansaegee Nature ni.. Start dari pembersih muka yang bubble tu.. bedak tabur dan sehinggalah kepada Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream ni..

Memang teruja kot tengok sebab tekstur Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream  dari Hansaegee Nature ni bewarna putih tetapi bila disapu pada wajah, nampak rata yang amat sangat.. kulit nampak gebu dan glowing. Ada pulak tu yang jenis suka makeup simple macam TB ni, hanya pakai Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream  tanpa bedak-bedak lain dah.. muka nampak macam berseri je tau.. Inilah yang paling TB suka tau!

Haaa.. inilah dia Krim Magic yang jadi kesukaan ramai tu..

Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream 

Oklah.. sebelum TB share pengalaman TB menggunakan Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream ni, meh TB perkenalkan dulu serba sedikit tentang Hansaegee Nature ni.. Hansaegee Nature ni adalah skincare brand, product originally made in Korea yang telah bertapak di Malaysia sejak tahun 2011 ,

dan kalau korang nak tahu Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream merupakan salah satu produk mereka yang HOT sangat dimana ramai memberikan feedback dan review positif.. Sampailah TB pun teruja sangat nak cuba tau! Produk ni sudah berada di pasaran lebih dari 5 tahun tau!

Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream

OK.. rasanya bukan semua orang kenal CC Cream kan? yang dah biasa dengar tu pastinya memang dah akrab sangat dengan dunia penjagaan wajah.. macam TB ni.. hehehe.. Hansaegee Nature lah yang buat TB kenal CC Cream tau.. Actually memang suka tengok tutorial cara diorang guna CC Cream ni.. Smooth je bila diorang pakai kat muka.. TB pun rasa.. alahai.. gebunyaa..

Oh ya.. CC Cream ni sebenarnya ialah singkatan kepada Color Control Cream dimana ia mempunyai tugas untuk Correct & Balance Skin Tone Color untuk sesiapa saja yang menggunakannya.
Kelebihan Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream ni ialah ia all in one cream, kosmetik yang digabungkan dengan fungsi penjagaan kulit (basic skincare+makeup benefit).

Tekstur ringan berwarna putih dengan gold nano halus
CC Cream juga bertekstur lebih ringan daripada BB Cream, dan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ni mampu memberi effect soothing, mencerah, melembap dan menyekatakan tona kulit tau. So, lepas apply CC Cream ni kulit nampak lebih natural je tau.. Sesuai untuk mereka-mereka yang sukakan light makeup gitu..

Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream ini berfungsi sebagai :

1. Perlindungan dari sinaran UV SPF30 PA ++

2. Mengimbangi tona dan warna kulit secara semulajadi

3. Mencerah dan menyerikan wajah

4. Mencegah penuaan dan garis halus

5. Meningkatkan keanjalan kulit

6. Melembapkan kulit

7. Melegakan masalah kulit

Haa.. nampak tuuu.. ia juga berfungsi sebagai sunscreen dengan SPF30 PA ++ ?? woww.. Itu yang paling TB suka .. Kulit mempunyai lapisan perlindungan dari sinaran UV .. terbaik lah..
Kandungan utama Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream:

1. “Mineral Water” – Mengekalkan keseimbangan PH (PH Balance) pada kulit dan meningkatkan keanjalan/elasticity kulit, mudah serap ke dalam kulit .

2. “Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract” – Meredakan irritasi dan melegakan kulit bermasalah, ia juga anti bakteria .

3. “Colloidal Gold” – Mengandungi antioksida yang tinggi dan mencegah penuaan kulit. juga menghalang infrared radiation, dan anti bacteria)

Bercerita tentang Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream ni, korang dah baca tak fungsi CC Cream ni kat atas ni?  Banyak tau fungsinya.. Paling bagus ialah CC cream ni sesuai untuk semua jenis kulit tak kiralah kulit gelap ke cerah ke, atau kulit kering ke.. memang sesuai pakai CC Cream ni jugak.

Cara nak guna senang aje.. calit-calit je Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream ni di semua bahagian muka dan ratakan seluruh wajah muka, di bahagian bawah mata dagu, dan hidung. Secara perlahan-lahan kulit akan kelihatan segar, glowing dan lebih natural.

Huhuhu.. macam TB ni, seorang yang mempunyai kulit muka kadang berminyak, kadang kering, dan juga kulit sensitive pastinya teruja dapat cuba Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream  yang menjadi bualan ramai ni..

Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream ni berwarna putih dengan gold nano halus. Dengan fungsi color control ia akan mengikut tona warna kulit kita apabila di blend . Tengok gambar diatas sebelum di blend dan gambar dibawah selepas beberapa saat ia di blend ..

Warna putih tadi bertukar jadi pink kemudian kecoklatan 

TB suka sangat CC Cream ni sebab ia tak berminyak dan tekstur dia sangat lembut dan ringan bila disapu pada wajah. Lagi pulak.. senang nak blend.. tak nampak kulit bercapuk pun walaupun pada mulanya TB macam terfikir macam mana krim putih boleh bertukar jadi coklat dan apabila diratakan pada  pada ia secara perlahan-lahan akan ikut warna natural kulit kita dan membuatkan tona kulit kita lebih sekata.

Yang dengan CC Cream tu kulit TB jadi Glowing berbanding 
tanpa CC Cream.. Kulit TB nampak Kering
Oh yea.. CC cream ni boleh digunakan sebagai make up primer. Make up nampak lebih natural dan wajah lebih bermaya.. cantik dan tahan lebih lama. Sememangnya TB suka sangat-sangat tau.. TB gunakan ia sahaja tanpa bedak tambahan sebab ia sahaja dah boleh buat wajah glowing.. ringkasnya cara nak cantik kan!

Ok, tadi TB kata S+Recover Gold Nano Cc Cream  berwarna putih dan boleh berubah perlahan-lahan ke warna coklat mengikut tona kulit si pemakai.. Haa..  jom tengok TB buat Test sikit..

Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ni mampu meresap kedalam kulit dan perlahan-lahan mengikut warna kulit kita,


Texture Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream yang ringan ni sememangnya sangat mudah meresap dalam kulit, sebab tu ia dapat blend mengikut warna kulit kita. TB rasa selesa sangat guna cc cream ni sebab pakai pun tak rasa berminyak langsung!

Haa.. kalau nak tahu lagi.. CC Cream ini juga boleh dijadikan sebagai makeup primer / makeup base tau! So, bila pakai CC Cream ni make up akan tahan lebih lama dan lebih cantik. Kalau yang suka pakai eyeshadow atau blusher tu, color akan lebih naik dan lebih pigmented bila digunakan  bersama S+Recover Gold Nano Cc Cream ni ..

PENGALAMAN TB SENDIRI MENGGUNAKAN
Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream
TB ada parut jerawat dan ada tanda jeragat di pipi ni tapi TB rasa lega sebab Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream boleh cover tanda-tanda yang kurang menyenangkan tu.. Walaupun tekstur cream ni nampak warna putih tapi sebenarnya bila pakai elok je rata dan tak bercapuk, sebab ia mampu blend dengan warna kulit TB dan buat wajah TB segar, glowing dan berseri..  senang meresap dalam kulit, tak berminyak..
Untuk TB yang sejenis yang tak suka makeup tebal bila keluar.. haaa.. Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream sangat sesuai dengan TB, calit-calit.. ratakan, dah siap.. Selain nampak kulit cantik semulajadi, kulit TB juga dilindungi dari Sinaran UV yang berlebihan sebab Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream ni mengandungi spf 30++ PA tauu.. So, kalau korang pun teruja nak cuba Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ni, bolehlah layari  Website Hansaegee Nature .
Oh ya.. Untuk pembeli, ada Free postage bagi pembelian melebihi RM 70. Hubungi team Hansaegee Nature di contact di bawah untuk maklumat lanjut .

Lupa TB nak bagi tahu sempena 2019 ni Hansaegee Nature dah mengeluarkan New Packaging bagi Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream ni, Tekstur semua serupa je dengan yang lama tetapi kandungannya telah di upgrade kepada 50ml dan SPF lebih tinggi iaitu 50 PA +++. wowwww.. Bestnyaaa!

Haaa.. inilah packaging terbarunya.. lawa kan!

Maklumat Produk
Nama:  Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream
(sekarang ni dah ada packaging baru)
Info Lanjut
hansaegee nature gold nano cc cream, waterproof cream, mineral water, nano gold, krim muka, beauty review,
Image

REVIEW AQUA WHITENING CREAM HANSAEGEE NATURE

REVIEW AQUA WHITENING CREAM HANSAEGEE NATURE.

(By NurFarah on 16th Jan 2019)

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat pembaca setia Blog Cik Nurfarah.
Maaf sebab lama tak update blog sebab sangat sibuk dengan pekerjaan hakiki.
Hari ini aku nak kongsi pengalaman menarik tentang produk kecantikan dari Korea iaitu Aqua Whitening Cream dari jenama Hansaegee Nature.

Jenama Hansaegee Nature ialah skincare dari Korea. Salah satu produk kecantikan yang telah aku cuba dari jenama Hansaegee Nature ialah Aqua Whitening Cream.

Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature

1. Fungsi Utama 

Sebelum aku kongsi dengan lebih lanjut tentang produk ini. Aku nak korang tahu tentang keistimewaan yang terdapat dalam Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature ni.

Aqua Whitening Cream merupakan krim pelembap.

Ianya juga boleh membantu merawat kesan sunburn, atau muka merah-merah disebabkan kesan panas matahari.
Sangat melembabkan muka dan boleh menjadi titisan air selepas di sapu ke kulit.

“Aqua Whitening Cream”. It is a Moisturizer. It Repair SunBurn & Redness Damaged Skin well. And Super Deep Moisture Skin with the Water Drop .

Fungsi Aqua Whitening Cream
Fungsi utama Aqua Whitening Cream ni ialah:
*Kesan menghidrat ajaib
 
*“Water drop” yang memberikan kelembapan pada kulit dan tidak melekit selepas di sapu ke kulit.
*Menyegarkan semula kulit.
*Kawalan lebihan minyak / sebum.
*Ia mempunyai fungsi pemutih pada kulit dan dalam masa yang sama menghidrat kulit anda.
*Merawat kesan sunburn, atau muka merah-merah disebabkan kesan panas matahari.

                                            Aqua Whitening Cream yang mampu membuatkan aku jatuh cinta.

2.  Khasiat Utama Bahan.
Aqua Whitening Cream ni diformulasi dengan ekstrak herba yang mampu menembusi lapisan kulit dan membaik pulih kulit yang mengalami kesan sunburn, atau muka merah-merah disebabkan kesan panas matahari. Sangat sesuai dengan cuaca di Malaysia yang sentiasa panas ni.
Kita close-up description, cara guna dan bahan utama kandungan produk.
 •    Camellia Japonica Seed Oil
Non-comedogenic, tak menghalang liang pada kulit, tidak menyumbang kepada jerawat. Sesuai sangat untuk membaikpulih kekeringan dan kerosakkan kulit akibat sunburn. Selain itu dapat memberi kelembabpan yang sangat baik sehingga kelapisan kulit paling bawah.

•    Niacinamide (juga dikenali sebagai Vitamin B3)
Membantu memperbaiki tona kulit. Berfungsi mencerah, membersih dan menegangkan kulit.

Kandungan yang terdapat di dalam Aqua Whitening Cream.

Water, Cyclopentasiloxane, Cyclohexasiloxane, Glycerin, Pinus densiflora leaf extract, Sodium chloride, Angelica acutiloba root extract, Cnidium officinale root extract, Paeonia albiflora root extract, Rehmannia chinensis root extract, Prunus armeniaca (Apricot) kernel oil, Betaine, Cetyl PEG/PPG-10/1 Dimethicone, DMDM Hydantoin, Perfume, Gardenia florida fruit extract.

3. Tesktur
Tekstur Aqua Whitening Cream ni sangat lembut, rasa smooth dan sangat mudah meresap ke dalam kulit.
Aqua Whitening Cream berwarna putih transparent.
Tekstur Aqua Whitening Cream sangat lembut. Berbentuk water drop base cream.
Sangat mudah meresap ke dalam kulit dan langsung tidak melekit.
Selalunya jika kita pakai pelembab biasa mesti rasa kurang selesa sebab melekit dan rasa berminyak tetapi dengan menggunakan Aqua Whitening Cream ini masalah tersebut dapat diatasi.
Tekstur Aqua Whitening Cream.
Jom kita close-up lagi.
Pertama kali penggunaan pun kulit dah lembut, sekiranya digunakan dengan lebih konsistan, pasti selepas ini kulit semakin lembut selembut kulit bayi.
Tapi, sebelum itu, jom kita tengok testimoni yang di sapu di permukaan tangan dulu ya
Sebelum disapu rata ke permukaan kulit.
Selepas disapu ke kulit, kelihatan water drop, selepas itu air tersebut akan kering. Kulit terasa sangat lembab dan lembut.
4. Cara Guna
Cara pengunaan Aqua Whitening Cream.
1) Mula-mula kita kena bersihkan muka dulu. Selepas itu boleh gunakan toner.
2) Sapukan Aqua Whitening Cream di wajah dan leher. Kita perlu “dap-dap-dap” ia perlahan-lahan ke muka sehingga titisan air timbul selepas beberapa saat.
Aqua Whitening Cream ni sangat lembab, walaupun telah menjadi titisan air pada kulit muka, lepas kita sapu rata ia akan mudah diserap ke dalam kulit. Kulit akan berangin sikit tapi bukan berangin macam menthol tu cuma rasa sangat segar dan selesa.
Sebelum dan selepas memakai Aqua Whitening Cream.
Korang boleh lihat sebelum dan selepas memakai Aqua Whitening Cream.
Sebelum memakai cream ni, kulit aku agak kering sedikit tetapi selepas memakai cream ni alhamdulilah kulit rasa sangat lembab dan segar. Selepas beberapa hari pengunaan, masalah kulit kusam, tone tidak sekata, kesan sunburn dapat di atasi. Dan yang paling aku suka, dapat mengecilkan liang roma, masalah black head dan white head pun makin berkurang. Jerawat pun makin mengecil dan kulit makin halus.
I LOVE Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature.
Gambar di atas aku cuma pakai Aqua Whitening Cream sahaja, tanpa memakai solekan. Tapi yang bestnya, apbila korang pakai Aqua Whitening Cream sebagai basesebelum make-up pun memberi kesan yang cantik untuk make-up korang. Make-upakan lebih tahan lama dan langsung tak bercapuk.
Nahh kita belanja lagi gambar terbaru. Memang tahan lama dan langsung tak rasa kulit kering walaupun seharian mepakai make-up.
Setelah korang memakai Aqua Whitening Cream ni, foundation memang langsung tak bercapuk dan rasa smooth je kat muka. Lepas tu langsung tak mengeringkan muka malah rasa macam kulit makin lembut, lembab dan cerah sempurna.
Review tentang produk:

Secara keseluruhan aku sangat berpuas hati dengan Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature ni. Memang cream pelembab idaman yang aku cari selama ini sebab mampu melembabkan kulit, menghilangkan sun-burnt, kecilkan pori kulit dan mencerahkan.
Buat masa ni, setiap hari aku menggunakan cream ni. Terutamanya setiap kali keluar rumah. Kulit muka rasa kekal lembab dan segar walaupun terkena panas matahari. Selain daripada itu, cream ini memang sesuai dengan kulit aku yang sensitif. Jerawat pun makin mengecil dan kulit terasa sangat lembut.
Harganya sangat berpatutan dan sesuai dengan kualiti yang diberikan. Boleh dijadikan cream malam dan siang. Memang sangat berbaloi dan korang patut cuba cream ini untuk menikmati kebaikannya. Aku memang suggest pada korang yang tengah mencari skincare yang berkualiti dan berkesan untuk kulit korang.

5/5 bintang!

Akan beli lagi ?:

Sudah tentu.

 AQUA Whitening Cream – Hansaegee Nature
Saiz, kapasiti: 
50ml (65 × 65 × 55 mm)

Harga : 
RM148.30

Jenis Kulit : 
Semua jenis kulit (kering, sensitif, berminyak, berjerawat)

Jenis produk: 
Memutihkan dan Melembap

Kegunaan: 
Muka & Leher
Siang dan malam

Sekiranya korang mencari skincare yang sesuai dengan semua jenis kulit, melembapkan dan memutihkan, memberi tona sekata pada kulit dan dalam masa yang sama memperbaiki kulit muka, Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream adalah pilihan yang sangat tepat dan terbaik. Banyak lagi produk penjagaan kulit lain jenama Hansaegee Nature yang korang boleh cuba. Insyaallah memang tidak menghampakan.

Ini adalah testimoni peribadi Cik Farah. Kesan penggunaan bergantung kepada kulit masing-masing.
Terima kasih kerana membaca entry ini.

Jumpa lagi

 🍁Company name: Hansaegee Nature
Image

Pengalaman Selepas Sebulan Bersama Hansaegee Nature ALOE AC CLEAN Bubble Cleanser

Pengalaman Selepas Sebulan Bersama Hansaegee Nature ALOE AC CLEAN Bubble Cleanser

(By Anajingga on 15th Jan 2019)

Eh! Macam pernah baca je review tentang pencuci wajah Hansaegee Nature ALOE AC CLEAN Bubble Cleanser ni kan ?? Ya..betul lah tu.. ana pernah terbitkan bagaimana Kak Long mula-mula mencuba pembersih wajah Hansaegee Nature ni lebih kurang sebulan yang lepas di SINI , dan kali ini sekali lagi ana nak berkongsi pengalaman Kak Long selepas hampir sebulan menggunakannya sebagai rutin mencuci wajah khasnya menanggalkan solekan di wajah. Anak remaja masa kini memang gemar memakai solekan, jadi untuk mempastikan kesan solekan benar-benar hilang setiap kali mencuci wajah, Kak Long agak serasi menggunakan Hansaegee Nature ALOE AC CLEAN Bubble Cleanser .

Best tak selepas sebulan menggunakan Hansaegee Nature ALOE AC CLEAN Bubble Cleanser ?

Sama seperti gadis remaja lain, keghairahan dalam mengenakan solekan di wajah hampir setiap hari menjadi rutin pada Kak Long. Tambah lagi selepas hampir sebulan berada di rumah kerana baharu selesai study week dan final exam. Keluar rumah sahaja Kak Long suka memakai solekan pada wajah. Ana tak lah terlalu bimbang kerana ana memberikannya menggunakan satu jenama produk pembersih wajah yang kaya dengan kemewahan buih pembersih berasaskan aloe vera yang di datangkan 100% dari Korea, iaitu Hansaegee Nature ALOE AC CLEAN Bubble Cleanser .

Seperti yang pernah ana jelaskan di dalam entri sebulan yang lepas, pembersih wajah ini mengandungi tea tree oil yang dapat membantu masalah kulit berjerawat. Selain tu juga, pencuci wajah ni ada mengandungi bahan-bahan lain seperti aloe vera, yang dapat membantu mengawal minyak di wajah, membersihkan liang pori, melembap, melegakan kulit yang sensitif dan melembutkan wajah. Gabungan formulasi dari bahan terpilih dan semulajadi inilah yang ana yakini ia sesuai untuk Kak Long menggunakannya hampir setiap kali untuk membersihkan wajah dan kesan solekan.

Tekstur pembersih wajah yang datang dalam botol dengan pam sebegini lebih menjamin kebersihan kualiti produk . Dan yang paling best, dengan hanya menggunakan pam , kita akan dapat melihat kemewahan buihnya dengan tektur yang lembut dan melimpah ruah. Ana yakin inilah yang menjadikannya asas pembersih wajah jauh ke dalam liang kulit wajah kita.

Tekstur buihnya sangat ringan dan menurut Kak Long ia tidak merengsakan wajah setiap kali selepas mencuci. Ia akan meninggalkan rasa lembab pada wajah dan lembut bagaikan kemewahan buihnya juga setiap kali di sentuh. Menarik kan. Mungkin dengan cara itu juga ia dapat mencuci wajah jauh ke dalam
dengan setiap kali kita mengurut-ngurut pada seluruh wajah dengan kemewahan buihnya.
Dan selepas setiap cucian , bilas dan lap kan bersih wajah dan ia tidak meninggalkan kesan rasa pedih pada wajah walaupun mempunyai parut jerawat. Ana berkeyakinan dengan penggunaan yang konsisten dan berterusan Hansaegee Nature ALOE AC CLEAN Bubble Cleanser dapat menghilangkan kesan parut dan jerawat pada wajah , In Shaa Allah.
Jadi selepas sebulan menggunakannya, Kak Long beritahu ana dia berminat untuk terus mencubanya kerana ia  sangat sesuai dengan wajahnya dalam menjaga kebersihan wajah dari kesan solekan. Jerawat nakal dan kesan parut juga kelihatan beransur pudar. Yang penting ia tidak menjadikan kulit wajahnya kering selepas mencuci.
Jadi kalau korang yang berminat dengan penjagaan wajah dari K Beauty , apa kata mencuba sendiri Hansaegee Nature ALOE AC CLEAN Bubble Cleanser 
 🍁Company name: Hansaegee Nature
Image

HAPUSKAN JERAWAT DENGAN ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER

HAPUSKAN JERAWAT DENGAN ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER

(By Fieza on 12th Jan 2019)

perempuan dengan skincare memang bestfriend kan…perempuan, mana boleh tak ada skincare..tak lengkap weeiii, kalau tak ada skincare…salah satu rutin wajib dalam penjagaan skincare, mesti lacleanser..tu paling wajib…
cer fikir, ada tak perempuan yang tak basuh muka dengan pencuci muka..guna air gitu je..penah jumpa tak…rasa susah nak jumpa kan..memasing ada cleanser..macam k.fiezz,kalau tak basuh muka elok2 dengan pencuci muka, rasa tak bersih je muka…kan kan..risau je kalau basuh muka tak helok,kang ada la masalah jerawat la, muka berminyak,  kulit kering,kulit kasar..ishhh..na mo la..kalau dah berumur macam k.fiezz ni, paling risau masalah jeragat la kalau tak jaga elok-elok..na mo la..kang lagi terserlah ketuaan ku..haha…

MASALAH JERAWAT

Untuk mengatasi atau elakkan masalah muka macam yang k.fiezz mention kat atas ni, k.fiezz mencuba ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER dari Hansaegee Nature, 100 % Made in  Korea..untuk korang yang ada masalah jerawat terutamanya, sangat-sangat disyorkan cuba Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni..Menggunakan 10 jenis ekstrak tumbuhan, Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni merupakan sejenis pencuci soft bubble yang merawat masalah kulit muka yang biasa kita alami seperti JERAWAT…

2 BAHAN UTAMA TERDIRI DARI SUMBER ALAM

K.fiezz pilih ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER ni sebab 2 dari kandungannya terdiri daripada Aloe Barbadensis Leaf Juice & Tea Tree Leaf Oil…setiap kandungan ni ada fungsinya sendiri yang memang terbukti bagus untuk kulit…
Aloe Barbadensis leaf Juice –
Melembapkan kulit
Membersihkan kulit
Meredakan sunburn
Merawat jerawat
Anti-inflamasi
Mengurangkan parut
Tea Tree Leaf Oil –
Melembutkan kulit
anti-fungus
Merawat jerawat
Mengurangkan infeksi

JOM CUBA ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER

Dah baca apa fungsi Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni, meh kita cuba plak..takat ni k.fiezz cuma ada masalah parut-parut jerawat je..tapi takkan la sekali pakai, parut hilang kan..tak pe, kita konsisten guna..tengok hasil dia camne…
tadaaa..saja nak tunjuk ghupe botol Aloe AC Clean Bubble Cleanser kat korang..kang tanya plak mana ke ghupe dia…hah..gini botol dia…

Seronok plak main dengan buih-buih cinta eh..buih-buih Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni…walaupun dalam Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni sikit berair, bila tambah dengan air yang kita basuh muka sebelum apply Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni, lagi la banyak buih dia…lagi banyak buih, lagi rasa lembab kulit…

Sebelum guna Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni, basahkan dulu muka & tangan kita..nanti buih dia jadi lagi banyak…lagi best kita nak gosok-gosok muka sambil bersihkan kawasan muka kita ni…buih-buih ni fungsinya untuk bersihkan jauh ke dalam liang pori kita sambil melembabkan kulit..jadi lepas cuci nanti, boleh rasa kulit lebih lembab..

TEKSTUR ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER
okey, untuk korang yang tertanya-tanya acane rupa Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni..Boleh tengok gambar kat bawah ni…Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni bila kita pump, dia akan keluar buih-buih halus cam gambar bawah ni…Tekstur buih-buih dia tu jenis soft bubble,lembut, ringan, rasa lembab & sikit berair..bau pun sedang-sedang je..ala-ala ada tak ada bau dia…but sokay part bau, yang penting fungsi dia tu boleh merawat masalah JERAWAT..


once pump je botol, dia akan keluar soft bubble camni…

close up sikit..nampak tak buih-buih dia jenis kecil-kecil je..sangat soft…best…

Hasil guna Aloe AC Clean Bubble Cleanser untuk pertama kali – halah halah (trademark kak su #pujaanhatikanda..haha), eh best sangat tau masa apply soft bubble ni kat muka..lembutttt je duk sapukan pada muka…dia memang ada berair sikit…so bila sapu kat keseluruhan muka, sambil urut-urut tu, main-main dengan buih-buih dia, boleh rasa buih2 tu mencuci bersih segala kotoran kat muka k.fiezz ni..Nak pula, lepas bilas dengan air biasa. Rasa kulit sendiri, lembutnyaaa..moistmoist gituuu…

Jadi k.fiezz rasa dengan fungsi buih-buih dia yang mencuci bersih sehingaa ke liang pori, boleh membantu masalah jerawat..Kebiasaan jerawat ni muncul sebabkan kotoran yang tersumbat pada liang pori kita ni..Dengan fungsi ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER ni yang membersih hingga ke liang pori,dapat membantu merawat masalah jerawat yang biasa dialami oleh kita…

Dengan kandungan AC CLEAN BUBBLE CLEANSER yang menggunakan ekstrak tumbuhan, sumber alam lagi menambah rasa yakin untuk gunakannya…
 🍁Company name: Hansaegee Nature
Image

Rahsia Muka Tak Kusam Walaupun Selalu Makeup

Rahsia Muka Tak Kusam Walaupun Selalu Makeup

(By Safura on 11th Jan 2019)

HANSAEGEE NATURE ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER

Hai korang, Assalamualaikum! Siapa ada yang selalu makeup? dan rasa skin tu KUSAM? meh angkat tangan? aku dulu mmg ada masalah tu, tapi sekarang tidak lagi! yeay!

ok ok, straight to the point lah.

Macam mana nak tahu kulit kusam? kalau rasa skin dia sangat tak bermaya, dah mula ada garis-garis halus, dark circle, dry atau oily dan jika muncul bintik atau jerawat kecil. Tu maknanya kulit kita tak sihat.

Macam mana nak tahu kulit kita sihat?

– Skin Tone ( sekata )
– Smooth texture
– Hydration ( lembap )

Ini paling simple skali lah sign untuk tahu skin kita sihat dan normal. Macam aku sendiri, skin tak de masalah sangat, tapi sejak masuk 30an ni, aku banyak sedar pasal skin, banyak yang salah sebelum ni, and now dalam tempoh memperbaiki apa yang tak betul.

So now, back on track dan disebabkan aku suka makeup, itu lah penyebab skin aku KUSAM! so cara nak elakkan kulit kusam, kena cari product yang boleh menanggalkan kulit mati. Boleh membersihkan segala sekotoran sehingga kedalam lubang pores.
Salah satu cara untuk mendapat kulit sihat

Benda paling penting skali is CLEANSER ( pencuci muka ) kalau tak nak pakai benda lain pun, paling penting skali, korang kena cuci muka. Ok now aku fokus kan untuk diri aku sendiri lah senang kan, aku jenis yang hari-hari akan makeup, maklumlah muka tak natural beauty kan, so kena juga touch-up sikit-sikit untuk nampak muka tu berseri. kahhh.

So lepas makeup, aku WAJIB akan mencuci muka. WAJIB! takde maknanya aku just cuci-cuci muka dgn air je lepas tu im DONEEE, bukan yer, hahaha. Pencuci muka adalah salah satu benda penting dalam hidup aku.

Actually, korang pun yang TAK PAKAI MAKEUP, perlu cuci muka tau, sebab even tak makeup, kulit kita akan melekat debu, habuk, asap etc. so WAJIB cuci muka juga tau.

Pencuci Muka Yang Mencuci Kedalam Pores Dan Menanggalkan Kulit Mati

Bila dah tahu pasal skin condition, now aku mula cari cleanser yang boleh tanggalkan kulit mati, yang boleh bersihkan skin aku sampai ke dalam pores, dan now aku dah KENA rajin buat double-cleansing skali gus. fuhhh.

ok meh nak cerita pasal clenaser yang aku guna ni, Hansaegee Nature ALOE AC Clean Bubble Cleanser. Yang sangat best sebab texture foamy dia yang sangat sangat sangat lembut dan best! Kenapa aku pilih cleanser ni? salah 1 sebab UTAMA sebab dia boleh tanggalkan kulit mati yang terkumpul.

Kelebihan Hansaegee ALOE AC Clean Bubble Cleanser

♥ Sesuai untuk semua jenis kulit ( Oily, Dry and Combination )
♥ Super Clean Bubble Cleanser
♥ Mengawal Minyak
♥ Melembapkan kulit ( tidak mengeringkan kulit selepas penggunaan )
♥ Mencuci jauh ke dalam pores
♥ Menanggalkan kulit mati
♥ Sesuai untuk mereka yang ada masalah jerawat

Jujur dari aku lah kan, aku kan dah bermacam jenis pencuci muka dah aku guna, tapi dengan Aloe AC Cleanser ni, aku rasa mcm teruja, 1st sebab texture dia yang sangat foamy ( thanks to the bottle type, botol ni jenis foamy, yang transfer cecair to foam texture ), lembut dan watery, bila letak je kat muka, alah alah lembutnyaaaa, masa nak urut-urut tu sangat lah best! then yang teruja lagi bila muka kau makeup penuh ni, tapi lepas cuci, rasa macam kulit jadi bersih sangat. Rasa macam clean gila! power tak power!

LEPAS TU! selalu kalau jenis foamy ni, dia akan mengeringkan kulit tau, tapi lepas cuci muka dgn Aloe AC cleanser ni, tak kering ok!!! Muka ko akan lembap je dan makin lembut, mcm baby gituhhhh! Thank to the natural ingredient dalam cleanser ni.

Dah nak dekat 2 minggu aku guna Aloe Ac Cleanser ni, aku dapat rasa lah skin makin best, makin healty sebab maybe dia dah tanggalkan kulit kulit mati, kalau dulu, kulit mati bertompok kan, sebab tu kulit nampak kusam je. Now rasa macam skin tone dah makin sekata dan bersih.

Selalu aku balik kerja, sampai rumah akan terus cuci muka untuk solat Asar, dan aku tak suka simpan makeup lama-lama, tengok texture dia yang sangat foamy, ahhhh, siapa tak suka kan sabun yang ada buih ni, aku rasa semua orang suka.

Bila kau massage muka masa mencuci tu, skin akan terasa sangat best! susah nak describe, tapi sangat best sebab buih tu soft sangat. Aloe AC bubble cleanser ni diperbuat dari bahan yang semuanya NATURAL. So sesuai untuk semua jenis skin.

Bahan utama Aloe AC Bubble Cleanser ni ialah Aloe Barbadensis Leaf dan Tea Tree Leaf Oil, dua bahan ni sangat bagus untuk skin kita.

Masa cuci muka tu, gently massage face korang dalam beberapa second, jangan kelam kabut, take a me time ok!

“Tea tree oil is a popular choice for treating acnebecause of its anti-inflammatory and antimicrobial properties. It’s thought to calm redness, swelling, andinflammation. It may even help to prevent and reduce acne scars, leaving you with smooth, clearskin”

“Aloe Barbadensis leaf juice can soothe skin and serve as an anti-inflammatory. It can be efficiently used topically, because of its burn healing effects, scar reducing and wounds healing properties.”

See, tengok sendiri, result lepas cuci muka, memang memancar NUR dari wajah, #ehh. Bukan, terpancar skin yang bersih tu. Puas hari rasa

Bahan-bahan Aloe AC Bubble Clenaser
Aloe Barbadensis Leaf Juice ; Melaleuca Alternifolia (Tea Tree Leaf Oil) ; Salvia Officinalis (Sage) Leaf Extract ; Rosmarinus Officinalis (Rosemary) Extract ; Jasminum Officinale (Jasmine) Extract ; Lavandula Angustifolia (Lavender) Extract.

Dari texture foamy, lepas korang biar sekejap, dia akan bertukar ke watery, dia jadi foamy disebabkan type of that bottle.

Macam ni lah texture dia, rasa geram kan!!! nampak soft sangat. So far aku akan guna pencuci ni 2x sehari, pagi dan petang, result memang the best, muka dah tak kusam, rasa bersih even selepas seharian makeup.

ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER
 
Rm65.00
 
150ml
 🍁Company name: Hansaegee Nature
Image

MACAM MAGIC GOLD NANO CC CREAM NI!

MACAM MAGIC GOLD NANO CC CREAM NI!

(By Cekgu Norazimah on 11th Jan 2019)

Gold Nano CC Cream Review | Pernah jumpa tak CC Cream warna putih yang berubah matching ikut warna kulit kita? Hah, Gold Nano CC Cream dari Korea ni macam magic tau sebab berubah dari warna putih kepada warna kulit kita. Memang nampak natural & glowing gitue. Terus baca apa CN nak cerita tentang produk Hansaegee Nature yang awesome ni ye.

Macam magic Gold Nano CC Cream ni!

Gold Nano CC Cream, sunscreen & foundation dalam satu botol

Menariknya Gold Nano CC Cream ni adalah fungsi dua dalam satu iaitu foundation & sunscreen dalam 1 botol! Memang jimat sebab tak perlu pakai sunscreen diikuti foundation pulak, hanya sapu sekali sudah cukup. Jimat masa dan tenaga kan?

Gold Nano CC Cream Review

Gold Nano CC Cream Review

First time CN jumpa CC Cream warna putih tau. Almaklumlah, biasanya CC Cream ni mempunyai warna mengikut warna kulit. Tapi berbeza dengan Gold Nano CC Cream ni. Tak perlu pening kepala nak cari warna matching dengan kulit, hanya sapu pada kulit dan krim ini akan terus berubah bila blend dengan kulit kita. Macam magic!

Warna asal Gold Nano CC Cream iaitu putih (kiri) berubah menyamai warna kulit (kanan). Awesome kan?

CN suka Gold Nano CN Cream ni sebab teksturnya ringan. Paling menarik ia membetulkan tone kulit dan bagi effect glowing pada muka. Natural look gituw. Bestnya krim ni jugak membantu minimize liang roma tu. Hasilnya kulit nampak smooth dalam masa yang sama glowing.

Perbezaan antara sapu Gold Nano CC Cream dengan tidak. Nampak glowing tapi masih natural look kan?

Paling syok bukan sahaja sebagai base makeup, malah berfungsi sebagai sunscreen dengan SPF30 PA ++. Dah jimat hanya satu botol cukup sebagai sunscreen & base makeup. Jimat duit dan masa! Sangat sesuai untuk pagi yang sibuk macam CN ni.

Nampak tak perbezaan antara memakai Gold Nano CC Cream sebagai base makeup dengan tidak. Muka lebih cerah tapi masih nampak natural. Paling penting dapat cover liang roma & parut jerawat.

Maklumat Produk
Nama:  Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream
(sekarang ni dah ada packaging baru)
Info Lanjut
hansaegee nature gold nano cc cream, waterproof cream, mineral water, nano gold, krim muka, beauty review,
Image

BESTNYA PENCUCI MUKA ALOE AC CLEAN BUBBLE NI!!

BESTNYA PENCUCI MUKA ALOE AC CLEAN BUBBLE NI!!

(By Fiza Rahman on 09th Jan 2019)

Bestnya Pencuci Muka Aloe AC Clean Bubble Ni!! | Kalau disebut pasal kulit wajah kan, pasti semua orang inginkan kulit yang sihat. Bukan wanita sahaja, orang lelaki sekarang pon sangat mementingkan penjagaan kulit wajah tau. Sebab mengimpikan kulit wajah yang cantik, licin, tak berjerawat dan bermasalah antara impian setiap orang dan bukan tertakluk pada wanita saja yer. Makin meningkat usia ni, makin penting lah penjagaannya kan. Tak nak lah nanti muka nampak tua dari usia kan. Biar lah nampak awet muda

Bestnya Pencuci Muka Aloe AC Clean Bubble Ni!!

Macam saya… Alhamdulillah. Saya tak ada masalah kulit wajah yang teruk macam berjerawat, whitehead atau blackhead. Cuma masalah saya bila ada masa kulit wajah jadi berminyak dan kadang-kadang rasa macam kering dan kesat. Memang rasa tak best lah. Ni memang nak kena cari pencuci muka yang besesuaian dengan masalah kulit wajah. Iyalah… Dalam penjagaan kulit wajah ni kan, pemilihan pencuci muka adalah sangat penting tau.

Survey punya survey, saya tertarik dengan pencuci muka Aloe AC Clean Bubble Cleanser dari Hansaegee Nature ni. Actually 1st time juga dengar jenama ni. Tapi bila baca review dan ramai berpuas hati selepas menggunakannya, buat saya rasa tertarik nak mencuba. Oh! ya… Hanasaegee Nature ni merupakan jenama penjagaan kulit yang berpusat di Malaysia dan telah ditubuhkan sejak tahun 2011 lagi. Tapi, semua produk dibuat di Korea.

Fungsi Aloe AC Clean Bubble Cleanser

Apa yang best dengan Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni kan, ianya efektif menghilangkan kotoran pada wajah, membuang sel kulit mati, dan berfungsi menanggal alat solek (makeup remover) pada wajah. Antara fungsi lain:

1. Merawat masalah jerawat pada wajah

2. Membersihkan liang-liang pori dengan lebih mendalam

3. Membersih dan melembutkan kulit wajah

4. Mengeluarkan sebum dan minyak tambahan pada kulit

5. Mengawal pengeluaran minyak pada wajah

6. Membersihkan secara mendalam ke liang kulit

7. Melembapkan kulit dan tidak mengeringkan kulit wajah selepas digunakan

Kandungan dan Texture Aloe AC Clean Bubble Cleanser

Bubble foam hanya dengan sekali pam

Kalau kita nak menggunakan sesuatu produk tu, kita kena pastikan bahan-bahan yang terdapat didalamnnya. Untuk Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni, ianya menggunakan 10 jenis ekstrak tumbuhan semulajadi. Antaranya Aloe Vera dan Tea Tree Oil yang sangat bagus untuk kulit.
Aloe vera kan banyak khasiatnya dimana ia boleh melembabkan kulit, mengurangkan jerawat, merawat parut jerawat dan melicinkan kulit sebab Aloe Vera mempunyai kandungan Vitamin C dan E serta beta kerotin yang tinggi. Pembersih muka Aloe AC Clean Bubble ni adalah dalam bentuk cecair. Texture nya pula jenis berbuih. Pam sekali saja dan dengan segeranya menjadi bubble foam yang lembut, licin dan tersangat ringan.

Cecair dalam bentuk buih. Lembut, licin dan ringan

Best ke Pakai Aloe AC Clean Bubble Cleanser

Kalau nak tahu best atau tidak, korang kena cuba dulu… hehehe… Ok lah, pada saya yang dah mencuba Aloe AC Bubble Cleanser ni, memang puas hati sangat bila pakai sebab best. Picit sikit je dah keluar buih. Masa mencuci muka pon dah terbuai-buai dengan kewangian nya. Wangi yang soft dan tak kuat. Lepas mencuci pula, kulit wajah rasa bersih, lembut, lembab, segar dan tak ada rasa kering lah. Yang best, kulit wajah yang sebelum ni rasa berminyak macam dah tak ada. Macam dah boleh ucap selamat tinggal kepada kulit berminyak nampak nya ni… hehehe… Nak menggunakan nya pon rasa yakin kerana semua bahan produk diluluskan secara sah dan selamat digunakan kerana produk penjagaan kulit Hansaegee Nature adalah yang berkualiti tinggi dan berasal dari Korea.

Muka fresh selepas pakai Aloe AC Bubble Cleanser ☺

Kalau korang ada masalaha kulit berminyak dan rasa nak mencuba Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni, harga untuk sebotol RM65.00 untuk 150ml. Sesuai digunakan untuk semua jenis kulit.

 

 🍁Company name: Hansaegee Nature
Image

Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature, Melembapkan dan Merawat Kulit

(By Nadia Johari on 03rd Jan 2019)

hai assalammualaikum

Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature, Melembapkan dan Merawat Kulit

Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature, Melembapkan dan Merawat Kulit – Sana sini nad nampak kawan-kawan nad pakai aqua whitening cream produk dari Korea ni. Memang bila tengok video diaorang pakai produk ni, nad jadi tertarik, sebab produk ni ada magic. Bukan magic terus pakai jadi cantik, magic produk ni bila pakai, ia mengeluarkan titisan air. Mula tertanya-tanya juga, apa bagusnya produk ni dengan titisan air? Nad baca feedback diaorang, produk ni bukan sahaja melembap, malah dapat merawat kulit wajah. Titisan air yang keluar tu la yang dapat menyegarkan dan melembapkan kulit kita sebab ia serap terus ke dalam kulit. Muka sunburn pun boleh hilang dengan produk ni. Apa lagi, terus nad dapatkan Aqua Whitening Cream ni di Hansaegee Nature punya website.

Kalau bab pelembap, nad memang memilih, sebab tak semua pelembap sesuai dengan kulit. Pernah sebelum ni, pelembap nad beli, bukan makin melembap, malah makin buat muka nad berminyak dan tumbuh jerawat..Semenjak tu, nad takut nak pakai pelembap. Jadi, bila kawan-kawan ramai pakai Aqua Whitening Cream ni, terus nad dapatkan. Nak cuba, betul ke dia boleh melembapkan kulit? Nad dapatkan waktu ada promosi. Siap sekali dapat freegift daripada Hansaegee Nature seperti pouch bag,paper beg, pen, coupon discount.

Cuaca dekat Malaysia sekarang, tak menentu, kejap sejuk kejap panas je. Jadi taknak muka jadi kering, carila pelembap muka yang sesuai.

Aqua Whitening Cream, ia dirumuskan dengan ekstrak herba yang memberikan penembusan dalam dalam kulit, menormalkan tahap kelembapan dalam kulit dan dapat merawat semua jenis kulit seperti kulit berminyak, kulit kering, kemerahan atau sun burn, kulit yang sensitive dan berjerawat, tona kulit tidak sekata dan garisan kedutan di wajah.

Bila sampai je, terus rasa nak pakai..hahaa..Tak menyabar kan. Yela, nak tengok keajaiban titisan air tu.

Tekturnya yang jenis krim, ringan dan tidak melekit. Selepas beberapa sapuan, akan keluar titisan air daripada situ dengan segera pada kulit kita dalam beberapa saat, Magic kan!!.Hah, bila titisan air ni keluar, korang jangan lap dengan kain, tapi korang dap-dap je water drop tu dekat muka sampai dia serap ke dalam muka. Titisan air ni la yang menyegarkan muka, memang amat sesuai ketika cuaca panas. Nad pakai, rasa sejuk dan dingin je dekat muka..hehee

Cara menggunakan Aqua Whitening Cream
– Bersihkan muka terlebih dahulu, lepas tu lap muka. Then, korang boleh sapu Aqua Whitening Cream ni. Tak perlu sapu tebal-tebal, ambil sedikit sahaja dah memadai. Sapu di bahagian muka dan leher. Dalam masa beberapa saat, titisan air akan kelur. Dap-dap kan sahaja titisan air tu sehingga ia serap ke dalam kulit.

Korang boleh cuba dulu dekat tangan, nak tengok sama ada sesuai atau tidak dengan kulit korang. Tengok sama ada, ia beri kesan iritasi atau tidak. Kalau takda, bolehla pakai terus dekat muka. Biasalah, kulit kita ni lain-lain.

Nad tak rasa was-was pilih Aqua Whitening Cream ni sebagai pelembap, sebab nad tau produk korea ni kebanyakannya diperbuat daripada bahan semulajadi. Ia mengandungi Minyak Benih Camellia Japonica yang membantu melembapkan kulit, tidak menyekat liang kulit dan menghalang daripada jerawat. Ia juga dapat mencerah, dan merawat kulit daripada kering dan sunburn.

Ia juga mempunyai Niacinamide juga dikenali sebagai vitamin B3, yang mana kita tau ia sangat bermanfaat untuk penuaan kulit sebagai agen pemutihan, membantu menyeratakan tona kulit yang tidak sekata, memutih, membersih dan merawat kulit sensitif.

Bahan semulajadi seperti Niacinamide, Ekstrak Root Angelica Acutiloba, Minyak Benih Camellia Japonica, Ekstrak Cicidium Officinale Root, Ekstrak Buah-buahan Florida Gardenia, Ekstrak Ekstrak Paeonia Albiflora, Ekstrak Daun Ekstrak Pinus Densiflora, Prunus Armeniaca (Apricot) Minyak Kernel, Ekstrak Rehmannia Chinensis dan sebagainya.

Testimoni Nad Menggunakan Aqua Whitening Cream

Nad dah gunakan selama dua minggu Aqua whitening Cream ni, dan ia memang sesuai dan serasi dengan muka nad. hari demi har, nad boleh rasa muka nad semakin lembap dan tidak kering. Nad guna pada waktu pagi dan malam. Setiap kali keluar, nad tak lupa pakai, untuk elak muka daripada cahaya matahari. Bila nad pakai Aqua ni pun, makeup nad nampak smooth je. Oh produk ni pun boleh memutihkan kulit, kan nama dia whitening cream..ehehe. Muka pun makin berseri lepas pakai ni. Muka nad pun dah kurang berminyak sejak pakai Aqua Whitening Cream ni.

Sesuai Semua Jenis Kulit Untuk Wanita Dan Lelaki

Nad sarankan, mereka yang ada masalah kulit sensitif, kulit mudah terkena sunburn, kulit kering, kulit berminyak dan apa sahaja, baik pakai Aqua Whitening Cream ni. Memang best. Memang sesuai untuk semua jenis kulit dan bukan sahaja orang perempaun boleh guna, orang lelaki pun boleh. Yang suka travel, yang kerja dekat luar, yang kerja dekat aircond, lagi memerlukan pelembap.

Kalau korang nak, korang boleh je terjah

 🍁Company name: Hansaegee Nature

Beauty Tips : How to apply Aqua Whitening Cream correctly

Beauty Tips : How to apply Aqua Whitening Cream correctly

(By Hansaegee Nature on 12th Feb 2019)

After getting so many feedback from our customer, Hansaegee Nature would like to share some beauty tips with our beloved customer.

In this video, we are going to show how to apply Aqua Whitening Cream correctly.

1. How much aqua whitening cream apply on face?

Common mistake : is applying too much cream on one spot at the beginning and spread the cream to other part of the face from it. Causing uneven in apply of moisturizer cream throughout the face.

Correct way : Dab the cream a little bit at a time and apply equally on the face (different area) with adequate amount each time. Apply dabs of moisturizer onto your face in the key dry areas such as your: forehead, cheeks, nose, chin, and neck.

2. Way of Massaging the face

Common mistake: moisturizing the parts of the face in the wrong order and direction. Example pulling downward on face and neck skin

Correct way : Apply to skin using gentle circular motions. Gently massage the cream into your skin using small, upward, circular motions. Never drag downward on your skin. Once water drop appear, gently patting till it fully absorb. Wait for your skin to absorb the cream

See the results? With correct way : Skin become more glowing ; more firm skin and brighter.

 🍁Company name: Hansaegee Nature
Image

Tips Makeup Ringkas Dengan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream

Tips Makeup Ringkas Dengan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream

(By Mellya Musa on 31st Dec 2018)
Assalammualaikum.

Hai korang! Terima kasih la sudi singgah blog Mellya lagi. HAHA Tahun baru dah dekat ni, azam baru dah ada ke? Memasing ada azam tahun baru, salah satu azam tahun baru Mell nak ada kulit licin dan lawo. Hahaha Nak bagi tercapai mudah je, pakai product yang selamat dan sesuai untuk kulit. Yang paling penting skincare routine. Tapi entry kali ni Mellya bukan nak bebel tentang azam tahun baru, tapi Mellya nak share tips makeup ringkas menggunakan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream. Yang mana tak sempat nak baca review Mellya sebelum ni, kalau tak keberatan singgah lah ke posting Mellya sebelum ni.Semua info Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream yang korang patut tahu boleh rujuk di link ini >> Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream.

Dah sebulan lebih Mellya pakai Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream, and dah jadi rutin harian, pakai setiap hari sampai tak dapat nak skip langsung cc cream. Kenapa Mellya cakap ringkas? Korang pakai CC Cream Hansaegee Nature ni saja pun dah cukup buat wajah korang cantik dan glowing macam pakai makeup.

Benda yang wajib ada dalam bag sejak akhir-akhir ni mestilah Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ni. Kalau pergi travel, nak solat mesti nak kena makeup semulakan. Bagi geng yang “pemalas” macam Mellya Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ni solution terbaik haha Standby dalam bag eyebrow pencil, CC Cream, Lip Tint pun dah cukup untuk makeup selepas solat. Oh ya, korang lagi jimat masa sebab dah tak perlu nak pakai sunblock lagi, Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ni memang dah ada SPF 30 PA+++ jadi dah tak risau sangat.

Step 1: Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream

Picit sedikit CC Cream ke atas tangan dan titik kan ke setiap sudut wajah. Sapu rata korang akan dapat lihat wajah korang lebih cerah dan tona kelihatan lebih sekata. Bagi yang ada parut jerawat seperti Mellya, korang boleh cover dengan concealer stick pada area tertentu.

Step 2: Bedak Tabur 

Bagi yang ada masalah kulit berminyak boleh pakai loose powder untuk kemasan yang lebih matte.

Step 3: Eyebrow Pencil 

Nak nampak muka berseri macam pakai makeup boleh guna eyebrow pencil. Secara tipis pun dah cukup barulah nampak natural.

 

Step 4: Lip Tint 

Lip tint ni yang best nya boleh digunakan sebagai pemerah pipi dan bibir. Two in one gitu!

Macam mana mudah kan? Pakai Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream je pun dah cukup buat muka Mellya glowing. Ramai yang tanya pakai apa sejak akhir-akhir ni, pasni korang dah tahu lah ye rahsia Mellya yang tak berapa nak rahsia ni. Kalau korang nak tahu, ramai yang dah cuba and berpuas hati.
My Honest Review: Thanks Hansaegee Nature sebab memperkenalkan Gold Nano CC Cream ni dekat Mellya. Sejak ada cc cream ni, Mellya dah tak kalut nak makeup lama-lama sebab gold nano cc cream ni memang terbaik. Jimat masa dan jimat wang jugak, dah tak perlu pakai foundation setiap kali nak makeup. Sememangnya tips makeup ringkas yang patut korang suma cuba tau!

Oh ya.. Dah berjaya hasut kakak and adik Mellya untuk cuba jugak. Korang bila lagi? Heheh ❤

Maklumat Produk
Nama:  Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream
(sekarang ni dah ada packaging baru)
Info Lanjut
hansaegee nature gold nano cc cream, waterproof cream, mineral water, nano gold, krim muka, beauty review,