CC Cream Hansaegee Nature – Kosmetik yang Mempunyai Manfaat Skincare dan UV Protect

CC Cream Hansaegee Nature – Kosmetik yang Mempunyai Manfaat Skincare dan UV Protect

(By Annur Syuhadah on 21st Dec 2018)

CC cream boleh dikatakan generasi baru kepada BB cream lah kan? Ke tak? hahaha suka hati je buat teori sendiri haha. Xu memang noob pun bab-bab make up ni sebenarnya. Dari zaman anak dara, Xu memang seorang yang kurang ciri-ciri ‘ladies’ tu okay. Alat-alat make up tak pandang, handbag pun tak pernah ada, heels? Ergh lagi tak lah! Tiada keinginan pun.
Xu sehingga zaman U pun masih lagi terbawa-bawa personaliti ‘tomboy’ dari zaman kanak-kanak dulu. Till now, Xu dah jadi mak anak tiga pun, jiwa Xu masih lagi tak berapa tuned dengan make up, jewelries, handbags and all those girly thing, Xu memang tak pandai. Untung laa Incik Suami aku. haha selamat poket dia.ahaks
Okey kembali kepada cerita CC Cream. Bulan lepas ada seorang rakan perkenalkan Xu dengan satu skincare dari Korea, brand Hansaegee Nature. Katanya produk Hansaegee Nature memang terbaik.

Well Xu sejenis manusia berotak Unggu/Merah, di mana dari segi personalitinya, orang
spesis otak merah ni susah nak percaya cakap orang selagi tiada bukti. Tidak seperti orang
berotak hijau, yang biasanya setuju sahaja tanpa banyak tanya. Geng MLM suka sangat lah
cari spesies otak hijau ni haha. Senang nak ‘jual’ katanya. ahaks.
Jadi Xu takkan terus percaya selagi Xu tak nampak sendiri hasilnya. And sekarang Xu dah
guna CC Cream Hansaegee ni dalam sebulan gitu dah, dan ada beberapa kesan yang Xu nak
share dengan anda semua.
Jom tengok apa ulasan tentang CC Cream made in Korea ni. Jom!

Value for money

Satu tiub CC Cream ni boleh tahan not less than 3 months I bet. Sebab apa tau? Xu guna
setiap hari lebih kurang tiga kali, lepas cuci mekap untuk berwuduk, Xu akan re-apply krim
ni kat muka dan guess what? Sekarang dah sebulan pakai masih ada banyak lagi isi krim ni.
Jadi Xu congak-congak, nak masuk bulan Februari tahun depan baru Xu perlu shopping
balik kat hansaegee.com

Merawat kulit kering

Percaya atau tak, Hansaegee S+recover Gold Nano CC Cream ni sebenarnya membantu
kurangkan masalah kulit kering dan garis-garis halus. Xu ni memang banyak garis halus
bawah mata. Orang pun selalu kata Xu ni nampak matang dari usia. Eleh padahal nak cakap
aku ni nampak tua kan. Berlapik la konon bila guna perkataan “matang” ahaks.
Dalam sebulan ni xu konsisten pakai CC Cream pergi kerja, dan Xu perasan kulit muka dah
kurang mengelupas dah. Warna kulit pun dah makin cerah sekata. Ohh~ Adakah ini kerana
hormon wanita pada usia 30an sangat optimum menjadikan kulit aku cantik?? hahahha
cantik ke?!

Naik seri wajah

Wahh tak tahan ayat! Naik seri wajah tohh! hikhik. Orang sekarang dah tak sebut seri-seri
ni lagi dah. Diorang semua sebut glowing, translucent, shining..ha apa lagi? Glow in the
dark boleh? haha
Xu tak nafikan ada sesetengah kosmetik yang ada campur-palsu dengan bahan terlarang,
dan dapat menghasilkan kesan dalam tempoh yang singkat dan ketara. Well, kulit aku tidak
lah nampak ketara sangat perubahannya. Kalau snap gambar yang closed up, memang
nampak je parut-parut jerawat I tu.

Cuma ada yang tegur, muka Xu nampak lebih fresh, lebih pink. Nampak macam orang yang
sangat cergas dan sihat gittew. So kau nak kata sebelum ni muka aku nampak macam mayat
lah? hmmm
Ada satu ciri krim ni Xu tak suka!

Dalam banyak-banyak benefit, ada satu ciri ni yang boleh jadi benefit dan satu side lagi ia
boleh jadi kekurangan juga. Ya. Sifat dia yang light dan mudah ditanggalkan tu, bagi aku

memang lahh bagus. Tapi bila tiba masa kita ‘cuti’ solat, rasa macam “I wish CC cream ni
tahan lebih lama pada muka” ahaks.

Malas kot nak re-apply krim kat muka!

Bersiap lebih cepat

Xu bersiap dan bermekap nak pergi kerja pagi-pagi tak memakan masa yang lama pun
menggunakan CC cream ni. Sapu CC cream je dah cukup. Xu yang malas mekap pun
sekarang dah rajin mekap pergi kerja. Sebab senang.
Ajak colleague terjebak sama

Ahaks. Well Xu memang dah di cop “pengaruh rakan sebaya” kat tempat kerja ahaks.
Ramai yang terpengaruh dengan CC cream Korea ni wey. Tak sangka hakak-hakak yang
nak dekat pencen pun berminat dengan K-Beauty! Itu baru Xu “kecek” sikit je tu. Kalau Xu
promote gila kaw-kaw, agaknya boleh buat bisnes sampingan jual krim lah Xu kat ofis
lepas ni jawabnya hikhik.
Diorang suka sebab muka nampak smooth. Hakak-hakak yang jenis liang pori besar pun
boleh nampak licin je muka. Paling diorang suka, jeragat/pigmentasi kulit diorang tertutup
dengan CC Cream ni.

Kesimpulan

Secara keseluruhan Xu boleh rumuskan yang CC Cream dari Hansagee Nature ini tidak lah
mengecewakan. Out of 5 star, Xu bagi 4.5 star.
Ok lah. Sebelum Xu akhiri entri kali ni, apa kata layan jap se round makcik bawah ni duk
membebel pasal CC Cream Hansaegee Nature. Makcikkk..makcikkk hahaha

 

Maklumat Produk
Nama:  Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream
(sekarang ni dah ada packaging baru)
Info Lanjut
hansaegee nature gold nano cc cream, waterproof cream, mineral water, nano gold, krim muka, beauty review,

Author: Hansaegee Nature

HANSAEGEE NATURE BLOG : KOREAN SKIN CARE TIPS, TUTORIALS & BEAUTY REVIEWS

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments