Image

GOLD NANO CC CREAM SIMPLE DAILY MAKEUP BY HANSAEGEE NATURE

GOLD NANO CC CREAM SIMPLE DAILY MAKEUP BY HANSAEGEE NATURE

(By Mimin Adam on 12th Dec 2018)

Sesiapa yang rapat dengan aku, mesti dia tahu aku bukanlah tegar dengan makeup. Tak reti nak buat kening tak reti nak apply blusher kasi pipi merah-merah memang tak mungkin terjadi melainkan ada orang seronok nak menconteng ke muka aku ni. hahahhaa.. Kalau cerita bab pergi ke office jangan ditanya. Agaknya Foreign worker tengok aku lalu pun pelik ingatkan hantu kak limah mana tadi. Yaa! aku bukan jenis melawa pergi kerja dan bukan laa jenis yang hari-hari ber OOTD. Hanya akan melawa untuk event tertentu je. Supaya aku akan over shadow dari empunya majlis. kohkohkoh !

Tak reti makeup bukan bermaksud aku akan skip basic skincare routine yaaa. Pagi-pagi aku mesti apply cleanser. lepastu toner, serum, moisturizing (wajib! sebab kulit aku jenis kering) dan cream/foundation bagi tak nampak sangat muka bogel. heepp ! Carut.. Bak kata orang “naked faced”.

Hansaegee Nature adalah produk penjagaan kulit berasaskan kulit wanita di Malaysia yang diperbuat dari Korea Selatan. Ditubuhkan sejak tahun 2011, mereka memulakan dengan mengimport produk penjagaan kulit yang berkualiti tinggi dan berasal dari Korea. Semua bahan produk ini diluluskan secara sah dan selamat digunakan. Matlamat mereka adalah untuk berkongsi produk penjagaan kulit yang berkualiti tinggi dengan wanita Malaysia dengan cara mudah dan kaedah yang selamat.

Antara produk yang terbaik mereka ialah GOLD NANO CC CREAM  yang telah aku cuba ini telah mendapat tempat di hati pengguna selama tahun demi tahun.

S+ Recover Nano CC Cream

Baru-baru ini aku baru tahu kehadiran Hansaegee Nature ni sebenarnya. Seriouslahh Mimin kau baru jumpaa. Ya ya ya ! baru jumpa. Rasa nak nangis tepi bucu meja sekarang sebab produk yang mereka keluarkan ni sangat mesra pengguna.

Fungsi S+ Recover Gold CC Cream

“Gold Nano CC Cream’ merupakan krim muka yang mengawal dan meratakan warna pada tona kulit muka kita. Ia bermakna warna fizikal krim ini adalah putih, apabila kita apply pada wajah kita, ia akan mengubahkan warna senada dengan warna kulit sehingga kelihatan lebih flawless sambil mengekalkan kelembapan sepanjang hari. Antara fungsi Gold Nano CC Cream

*Meratakan dan mengawal tona warna kulit wajah

*Wajah akan kelihatan semulajadi

*Mencerahkan

*Perlindungan Matahari SPF 30, PA++

*Mencegah kulit penuaan

*Meningkatkan keanjalan kulit

*Glowing Skin/Smooth Skin

*Mengekalkan Kelembapan

*Menyelesaikan masalah kulit muka

Kandungan S+ Recover Gold CC Cream

“Gold Nano CC Cream” mengekalkan kelembapan sepanjang hari  secara semulajadi. Ia juga anti-penuaan. Bila korang pakai CC Cream ini rasa ringan je macam tak pakai apa-apa bahkan rasa melekit ataupun berminyak pun tak ada tau! Kandungan utama:

*Mineral Water – Mengekalkan keseimbangan PH pada kulit dan meningkatkan keanjalan kulit

*Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract – Melegakan maslah kulit wajah dan anti bakteria

*Colloidal Gold – Mengandungi antioksida yang tinggi dan mencegah penuaan kulit. dan korang boleh klik S+ Recover Gold Nano CC Cream untuk lihat lebih terperinci berkaitan produk ini.

Tekstur S+ Recover Gold Nano CC Cream

Kulit aku nak bezakan dengan orang lain memang tak cerah. Kalau kau pun sama macam aku tak yakin dengan tona warna kulit yang tak cerah tuu bila tengok krim putih melepak macam aku rasa pada awalnya… Jangan risau okay! CC Cream ini sesuai untuk semua jenis dan warna kulit dan memberi kesan cerah dan glowing pada kulit. Walaupun fizikalnya putih tapi bila diratakan di kulit wajah ia akan mengikut tona warna kulit kita.Terdapat coklat kecil dalam krim yang putih tu, kemudian bila korang blend pada kulit ia akan mengubah warna mengikut nada kuli secara semulajadi.

Boleh rujuk gambar kat atas yang sebelah atas, bila tengok tekstur dan warna CC Cream ni memang putih betul.. Agak agak kalau apply jadi apalah dengan warna muka aku. Itu perkara pertama aku fikirkan. Tapi, bila aku rata kan seperti gambar atas ni di bahagian bawah tuu, warna akan berubah mengikut tona warna kulit kita.

Dekat CC Cream ini ada molekul-molekul kecil berwarna coklat yang menjadi punca cream ini akan jadi natural apabila kita blend betul-betul. Haa sebabtu lah, muka kita takkan jadi tepung bila kita apply ke muka kita.

Korang boleh jadikan CC Cream ini sebagai makeup primer / makeup base. Hasilnya makeup akan lebih pigmented dan cantik bila menggunakan S+ Recover Gold Nano CC Cream sebelum bersolek. Kalau sapu eye shadow atas permukaan yang ada cc cream, korang akan perasan warna dia lebih pigmented. Boleh rujuk gambar kat atas ni.

Cara Penggunaan CC Cream

Cara untuk memakai cream ini pun mudah je. Selepas kita apply skincare routine, hanya sapukan S+ Recover Gold Nano CC Cream ini ke seluruh permukaan wajah hanya menggunakan jari jemari je untuk mendapatkan hasil yang sempurna. Lepas tu, kalau nak pakai makeup terpulanglah. Kalau aku tak perlu dah, hanya perlu lipstik jee (tak reti makeup T.T)

S+ Recover Gold Nano CC Cream Review by Mimin Adam

Jujur cakap, mimin puas hati dan dah jatuh cinta dengan produk dari Hansaegee Nature ni. CC Cream yang tidak berminyak tak melekit dan tak berbau busuk itu paling penting sekali. CC Cream ini memang sangat simple sebab senang diratakan dengan jari je dan memberi kemasan yang cantik dengan kesan brightening dan glowing dengan cepat. Paling best, kalau dah kelam kabut nak pergi kerja hanya perlu sapu rata je cream ni ke muka lepastu apply lipstik jee dah cun . hikss ! angkat bakul naik lif kan. hahaha. Aku dah pakai S+ Recover Gold Nano CC Cream ini sendiri dan kompom korang akan jatuh cinta jugak dengan CC Cream ini. Recommend untuk korang dapatkan produk ini.

Maklumat Produk
Nama:  Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream
(sekarang ni dah ada packaging baru)
Info Lanjut
hansaegee nature gold nano cc cream, waterproof cream, mineral water, nano gold, krim muka, beauty review,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s