Image

Hansaegee Nature Review : Tampil Cantik Berseri dengan S+ Recover Gold Nano Color Control Cream

Hansaegee Nature Review : Tampil Cantik Berseri dengan S+ Recover Gold Nano Color Control Cream

(By Mellya Musa on 27th Nov 2018)

Assalammualaikum.

Pernah tak satu masa korang rasa malas sangat nak makeup? Yelah kadang nak keluar rumah tak sampai 10 minit takkan nak makeup jugak kan.. haha tapi bila dah tak makeup rasa macam “mak jemah” pulak. Mula rasa orang dok perhati ja muka togel kita nih. Kesudahannya capai lah jugak foundation sikit, bedak sikit, lipstick, calit sikit pipi merah sebab tak nak nampak pucat lesi. haha Balik rumah satu hal nak kena cuci makeup bagai. Sampai lah satu hari, Mellya jumpa S+ Recover Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature nih. Mula rasa “sinar harapan” baru datang…… hahahah nak tau kenapa Mellya cakap camtu? Korang kena baca post ni sampai habis baru tau reason sebenar heheh (tak baca serious rugi).

Hansaegee Nature

Sebelum Mellya membebel panjang, ada baiknya Mellya perkenalkan dulu Hansaegee Nature, sebuah skincare brand, product originally made in Korea yang telah bertapak di Malaysia sejak tahun 2011. Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream merupakan salah satu product mereka yang digemari ramai dan sudah berada di pasaran lebih dari 5 tahun.

   Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream

Selalu kita dengar BB Cream kan? CC cream ialah singkatan kepada color correction/complete cream dimana ia ialah all in one cream, cosmetics yang digabungkan dengan fungsi penjagaan kulit (basic skincare+makeup benefit). Lebih ringan daripada BB Cream, Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ni mampu memberi effect soothing, mencerah, melembap dan menyekatakan tona kulit tau.

Sesuai untuk semua jenis kulit (Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ni paling sesuai untuk mereka yang risau kulit cepat kedut, muka berminyak, kering, sensitive dan juga freckles), antara kandungan utama Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ialah Mineral Water (meningkatkan elasticity kulit, balance pH level kulit, mudah serap ke dalam kulit), Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract (meredakan irritasi, anti-bacteria dan melegakan kulit bermasalah), dan Colloidal Gold (mencegahkan penuaan, menghalang infrared radiation, antioxidant dan anti bacteria). Semua bahan ni bagus untuk kesihatan dan kecantikan kulit tau!

Cara penggunaan: Cara untuk pakai pun mudah je, lepas skincare routine just sapukan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ke seluruh wajah sebelum makeup. Kalau tak nak makeup pun boleh cuma oles lipstick jee. hihi Nampak natural sis! Kalau nak makeup pun tak salah, lagi gorgeous. Oh ya, kalau korang nak tahu, CC cream ni juga boleh dijadikan sebagai makeup base. Kalau sapu eyeshadow atas permukaan yang ada cc cream, korang akan perasan warna dia lebih pigmented tau! Cuba tengok hasil makeup test Mellya ni. hihi

Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ni berwarna putih dengan gold nano halus. Dengan fungsi color control apabila di blend, ia akan mengikut warna kulit kita.

Menarik bukan? Mellya juga sempat test di tangan Mellya sendiri, korang boleh tengok gif di bawah ye. Memang Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ni mampu meresap dan mengikut warna kulit kita, jadi tak perlulah nak risau kalau kulit korang berwarna gelap, tak kan bercapuk pun. hihi

Texture cream yang ringan ni memang mudah meresap dalam kulit, sebab tu ia dapat blend dengan warna kulit kita. Pakai pun tak rasa berminyak langsung!

My Honest Review

Mellya suka sangat CC Cream ni sejak pertama kali cuba lagi! Muka Mellya yang banyak kesan parut jerawat menyebabkan kulit nampak warna macam tak sekata. Pakai makeup pun kadang tak tentu lagi boleh cover. Bila dah pakai cc cream ni, muka Mellya nampak lebih cerah dan sihat. Dah tak kering lagi! Yang menarik nya Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ni ialah ia mampu blend dengan warna kulit tau. Jadi korang tak perlu risau takut bercapuk. Mellya memang puas hati dengan hasil nya bila dipakai pada wajah Mellya. Nampak lebih glowing and licin kulit hihi
Selain tu, muka pun tak berminyak (ada sesetengah cc cream yang Mellya cuba sebelum ni menyebabkan kulit berminyak mungkin sebab tak sesuai dengan kulit Mellya).Lebih penting lagi, Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ni mengandungi spf 30++ PA tau, jadi ia mampu untuk melindungi kulit dari sinaran UV yang berlebihan. Tak perlu risau kalau terlupa pakai sunblock. Cukup la sebab Mellya bekerja dalam aircond haha jarang berjemur. hihi
Well recommended? Yes! Mellya memang recommend sangat korang yang teringin nak cuba CC Cream ni sebab serious worth it! Kalau nak tanya soal repurchase, definitely is a yes. Korang boleh dapatkan di website Hansaegee Nature pada harga cuma RM99 setiap satu dengan free gift tau. Free postage untuk pembelian melebihi RM 70
Maklumat Produk
Nama:  Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream
(sekarang ni dah ada packaging baru)
Info Lanjut
hansaegee nature gold nano cc cream, waterproof cream, mineral water, nano gold, krim muka, beauty review,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s