Gold Nano CC Cream ni bewarna putih! Pelik?

GOLD NANO CC CREAM – HANAEGEE NATURE

(By Nurul Izwa on 27th Nov 2018)

Oh..lama hakak tak muncul dengan produk baru. Ngeh..ngeh..ngeh..hakak malas dik tapi yang ni tak boleh tak share! Benda best benda baik elok dikongsi maklumat bersama..ye dak? Kalau yang kenal aku tau lah aku ni memang takkan tinggal bb cream or cc cream aku. Takde bedak kompak pun takpe tapi jangan takde bb cream/cc cream. Muka aku akan jadi macam pucat dan kering je.

 

Aku pulak jenis make up paling basic je cc cream, bedak, celak, maskara, lipstik..dah! Tak pandai nak macam orang lain macam-macam tepek kat muka so dah jadi kewajipan 5 benda ni terutama cc cream tak boleh tinggal. Sekarang aku tengah gila pakai Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature. Produk dari Korea nun. Aku tak minat Korea tapi kebanyakkan produk muka aku semua dari sana.

Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature

Gold Nano CC Cream ni sesuai sangat dengan kulit orang asia dan satu lagi dia lain dari yang lain. Kenapa aku cakap lain dari yang lain? Haaaa…biase bb cream or cc cream akan bewarna coklat or warna kulit kita kan? Tapi Gold Nano CC Cream ni bewarna putih! Pelik? Tak! Bila pakai, kita blend kat kulit muka dia akan menyerap jadi sama warna dengan kulit muka kita so muka takkan jadi tetibe putih melepak.

 

Takkan ada masalah muka putih melepak tapi tangan leher coklat. Hahahaa..biase kita mesti perasan kan pasal benda ni kalau kita perhatikan orang. Alahhhhh jangan tipu lahhh…usha awek pastu cakap ehhh muka putih tapi tangan hitam..hahahaha..~

 

Dengan Gold Nano CC Cream takkan jadi macam tu okehhh..cantik sekata je kulit bila apply kat muka.

Close up – nampak tak biji-biji coklat tu?

Kalau korang tengok betul-betul ada biji-biji coklat kat dalam krim tu kan..bila di blend macam gambar bawah ia akan bertukar warna menjadi coklat atau pink-pink. Biji-biji coklat tu yang buatkan efek pink dan terblend dengan kulit muka yang menjadikan ia sekata dengan kulit kita, takdelah muka akan jadi putih melepak macam krim kilo..ehh..hihihiii…

 

Yang best nyer Gold Nano CC Cream dari Hanaegee ni sebab ia paraben-free, sulfate-free & alkohol-free..Almaklum isu halal haram kat Malaysia ni kan penting. Nak tepek benda kat muka pun nak kene check ade kimia ke tak, menggunakan ingredient yang dibenarkan ke tidak, tak boleh sebarangan pakai je.

Muka akan jadi glowing yang lite lite je, muka nampak licin kilat sikit-sikit. Gold Nano CC Cream ni akan buat muka kita moist je sepanjang masa kita pakai. Ni paling aku suka! Aku benci pakai bb cream/cc cream yang buat muka jadi dry so akan nampak bercapuk-capuk bila kita tepek dengan bedak kompak. Dengan Gold Nano CC Cream ni tak jadi macam tu tauuuu..best sangat~ Anti-Wrinkles, ada SPF30 PA++, tak berminyak (walaupun muka nampak berkilat), muka tak melekit pun.

 

Tekstur dia sangat ringan dan lembut. Boleh dijadikan sebagai based untuk make-up. Just add on foundation lepas apply CC Cream ni, dan akan buat make-up kita tahan lama. Lagi best pakai time tak solat, seharian muka nampak okey je. Biase kalau dah petangkan make-up akan nampak macam sememeh tapi dengan Gold Nano CC Cream ni muka kau akan maintain jek elok.

Nak pakai pun mudah je, apply kat jari titik-titik sikit kat muka pastu sapu bagi rata je. Tak perlu nak pakai segala mak nenek berus tu. Simple giler & sesuai sangat dengan kulit orang asia macam kita. Orang berkulit sensitif pun boleh pakai . Boleh dipakai setiap hari..ehh..setiap masa lah kecuali tido lah kot.

 

Dah seminggu lebih aku pakai, Eady pun beberapa kali tegur cakap muka aku licin & bersih dari biasa. Mula-mula aku tak perasan sebab apa, lama-lama baru aku sedar ohhh ni mungkin sebab kesan pakai Gold Nano CC Cream ni kot! Best tau produk ni, serius~

 

Based dia dari :

– Mineral Water (yang buat muka sentiasa nampak segar)

– Ipomoea Haderacea Callus Culture Extract (based yang ni lah yang bantu membaiki kulit yang rosak, masalalh kulit mua yang tak sekata, kulit sensitif pun boleh pakai)

– Nano Gold (hah yang ni buat muka nampak muka sebab dia anti aging, dalam masa yang sama buat muka jadi cerah sekata takdelah isu muka belah sini ade gelap cerah sikit.)

Muka sis cantik glowing gituh~

Maklumat Produk
Nama:  Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream
(sekarang ni dah ada packaging baru)
Info Lanjut
hansaegee nature gold nano cc cream, waterproof cream, mineral water, nano gold, krim muka, beauty review,

Author: Hansaegee Nature

HANSAEGEE NATURE BLOG : KOREAN SKIN CARE TIPS, TUTORIALS & BEAUTY REVIEWS

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments