Tekstur bubble cleanser nya lebih halus

Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser 

(By Iena Eliena on 24th Nov 2018)

Jika sebelum ini kita hanya mengenal pencuci wajah berbentuk  cleansing foam, cleansing cream, dan face bar soap untuk membersihkan wajah. Kini pembersih wajah hadir dalam berbagai bentuk. Masing-masing mempunyai fungsi utama yang sama iaitu membersihkan wajah disamping fungsi lain mengikut jenis.

Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser

Kini telah hadis satu revolusi pencuci wajah yang baru iaitu Bubble Cleanser . Bubble cleanser  merupakakn jenis Cleansing foam tetapi ianya agak sedikit berbeza kerana ianya terus keluar menghasilkan bubble tanpa perlu anda menggosokkannya terlebih dahulu.

Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser

Tekstur bubble cleanser ini adalah  busa nya lebih halus berbanding pencuci wajah yang lain.

 

Antara bubble cleanser yang bagus untuk anda cuba adalah Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser . Cik iena sendiri merupakan pengguna bubble cleanser ini dan cik iena sangat sukakakn bubble cleanser ini. Berikut Cik iena ceritakan serba sedikit mengenai Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini.

 

Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser

Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini sangat Efektif untuk menghilangkan kotoran, sel kulit mati, dan juga solekan dari wajah. Aloe AC Bubble  ini mampu memberi kelembapan pada wajah dan kulit wajah anda tidak akan berasa kering. Kulit anda akan tetap lembap sepanjang hari selepas proses mencuci. Ini adalah kerana buih yang terdapat dalam Aloe AC Bubble  ini kaya dengan kelembapan yang  tinggi yang mampu melindungi kulit anda daripada  kering.

Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser

Ianya membersihkan secara mendalam ke liang-liang pori . Selain membersih secara mendalam ianya juga  menguatkan liang pori anda serta menyihatkan liang pori anda. Masalah pori-pori terbuka akan dapat diantasi dan kulit anda akan lebih licin berseri.

Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser

Kandungan Minyak pokok teh dalam Aloe AC Bubble  ini mampu melindungi kulit serta menjadikannya licin dan  lembab disamping mengekalkan kesegaran kulit wajah.

Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini sesuai untuk anda yang mempunyai masalah kulit kering,  kulit berminyak, kulit sensitif atau berjerawat, kulit kusam dan juga anda yang mempunyai masalah blackhead dan whitehead. Pendek kata ianya sangat sesuai untuk semua jenis kulit terutama buat kulit yang bermasalah

Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser

Kandungan Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser

Aloe Barbadensis Leaf Juice ; Melaleuca Alternifolia (Tea Tree Leaf Oil) ; Salvia Officinalis (Sage) Leaf Extract ; Rosmarinus Officinalis (Rosemary) Extract ; Jasminum Officinale (Jasmine) Extract ; Lavandula Angustifolia (Lavender) Extract

Cara Penggunaan Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser

Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser

1. Basahkan wajah anda terlebih dahulu

2. Picit dalam 2-3 full pump

3. Ratakan pada keseluruh wajah dan buat urutan membulat

4. Kemudian bilas sehingga bersih

 

Ianya digunakan dua kali sehari iaitu pada waktu siang dan malam.

Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser Review

Secara keseluruhannya Cik iena suka akan Aloe AC Bubble  ini . Ianya memberi kelembapan pada kulit wajah Cik iena . Masalah utama kulit cik iena adalah kering. Dengan penggunaan Aloe AC Bubble ini ianya mampu memberi kelembapan yang berpanjangan dan memberikan kesan solekan yang cantik.

Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser

Seperti yang anda sedia maklum cik iena sememangnya gemar bersolek . Untuk kulit yang kering, solekan akan cepat merekah . Dengan penggunaan Aloe AC Bubble  ianya mampu mengekalkan solekan cik iena tanpa rekahan.

 

Ianya juga membersihkan solekan cik iena dengan sempurna untuk solekan asas. Namun untuk solekan tebal jika cik iena ke event. Cik iena memerlukan dua kali atau lebih cucian. Sekiranya solekan harian. hanya sekali cucian memadai untuk membuang solekan cik iena secara keseluruhan.

Berbeza dengan solekan seperti gambar dibawah atau solekan tebal . Ianya memerlukan lebih dari sekali cucian untuk membersihkan solekan dengan sempurna . Cik iena merupakan seorang yang teliti. Setelah mencuci muka dengan pencuci muka , semasa pemakaian toner cik iena akan pastikan kulit Cik iena bersih dari sisa solekan. Sekiranya masih ada Cik iena akan cuci sekali lagi atau cik iena akan gunakan make up remover yang tidak memerlukan cik iena mencuci wajah.

Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser

Bukan apa, penting tau untuk pastikan kulit kita bersih dari sebarang sisa solekan ketika tidur. Masa ini lah kulit kita perlukan rehat tanpa sebarang solekan yang menghalang kulit untuk bernafas dengan sempurna dan menghalang penyerapan segala krim atau serum yang anda gunakan.

Bagi anda yang tidak gemar bersolek tebal. Hanya satu kali cucian memadai . Review tulus ikhlas dari hati  😉

Harumannya juga sangat menenangkan dan cik iena juga sangat suka akan harumannya. Jepada anda diluar sana yang mempunyai masalah kulit khususnya. Anda boleh cuba  Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser  ini.

Harga Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser 

Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser

RM65 (150ml, Size 5.29 fl.oz.)

Rating Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser

8/10

🍁Company name: Hansaegee Nature
                              🍁 Product : https://hansaegee.com/shop/skin-care.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s