Basic skincare favorite Yaya | Hansaegee Nature

Basic skincare favorite Yaya | Hansaegee Nature

(By Yaya Natsumi on 24th Nov 2018)

Muka kering dan Yaya berpisah tiada. Lagi-lagi bila setengah hari duduk dalam air cond kat ofis. Yaya memang jarang bermake-up bila pergi kerja tapi Yaya takkan skip basic skincare routine Yaya macam cleanser, toner, serum, sunscreen, moisturizer (paling penting) dan juga krim muka bagi naik seri sikit hihi. And finally Yaya dah jumpa pelembab muka yang paling terbest di abad ini! Kenapalah baru jumpa sekarang?!! Serius best gila wakk! Rupanya banyak produk Hansaegee Nature tau tapi Yaya tertarik nak cuba Aqua Whitening Cream dan juga S+Recover Gold Nano Cc Cream mereka dahulu.
Untuk pengetahuan korang, produk Hansaegee Nature yang berasal dari Korea ini telah lama berada di Malaysia tau. Sekarang je mereka makin dikenali sebab kebanyakan produk mereka banyak mendapat feedback positif. Yaya pula memang excited nak try lepas baca banyak review tentang produk mereka. So sekarang Yaya pula nak share pengalaman Yaya menggunakan dua produk dari Hansaegee Nature 😉

Haa inilah yang Yaya cakap Yaya favorite sangat tadi tu! ^_^

Aqua Whitening Cream
Produk ini memang best seller! Nak tahu sebab apa? Sebab ianya mempunyai fungsi 2 dalam 1 yang mana melembapkan kulit muka dan mencerah dan menyerikan wajah dalam masa yang sama! Sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit kering seperti Yaya. Haritu pergi Jepun Yaya memang bawa Aqua Whitening Cream ni kemana-mana sebab muka Yaya kering teruk kerana cuaca yang berubah-ubah. Tapi syukur kulit muka Yaya terhidrat kembali sebab Yaya rajin sapu Aqua Whitening Cream ini yang juga berfungsi sebagai moisturizer dan of course penyelamat kulit mukaku hihihi
Selain daripada mengatasi kulit muka yang kering, ianya yang mempunyai khasiat herba ini juga berfungsi merawat wajah sunburn dan kemerahan akibat selaran matahari apabila melakukan aktiviti luar pada siang hari. Haritu Yaya join treasure hunt yang ofis buat memang teruk la kita sunburn. Balik tu lepas cuci muka terus sapu Aqua Whitening Cream ni terus muka rasa lega gilaa!~

Yaya suka sangat dengan teksturnya yang sangat soft dan mudah meresap ke dalam kulit. Ianya berbau natural sahaja dan yang paling penting, langsung tak melekit. Rasa ringan sangat bila sapu dimuka 🙂
Serius best kan? ^_^ By the way nak pesan, produk yang bagus ni result dia bukan 2-3 hari tau dan Yaya bukan nak over-claimed tapi memang Aqua Whitening Cream ni memang serasi dengan Yaya. Nak pakai pun jimat-jimat sebab sayang kalau habis cepat kikiki :p

Nak tengok magic? Haa lepas korang sapu Aqua Whitening Cream ni di kulit, water drop seperti diatas akan mula muncul dan korang boleh dap dap kan water drop ini supaya ianya terus meresap ke dalam permukaan kulit. Sebab tu muka memang rasa lembap dan lembut lepas apply Aqua Whitening Cream ni 🙂


 Fungsi dan Kebaikan Aqua Whitening Cream:

*Membaikpulih masalah kekeringan kulit dan juga sunburn

*Memastikan lembapan terserap jauh ke dalam lapisan kulit yang paling dalam

*Mempunyai kandungan “Camellia Japonica Seed Oil” yang memastikan kelembapan kulit di tahap maksimun

*Tidak menyekat liang pori pada wajah, tidak menyumbang kepada jerawat. Membaiki kulit yang rosak dengan baik pada waktu malam, dan memulihkan dari kemerahan kulit .

*Kandungan “Niacinamide” – memperbaiki tona kulit yang tidak rata sekaligus mencerahkan.

*Boleh digunakan pada waktu pagi sebelum memakai make up dan juga pada waktu malam sebelum tidur.

Rahsia Yaya untuk pastikan kulit wajah sentiasa lembap bila seharian dalam air cond di ofis. Shhh~

Cara guna :
1. Urut perlahan Aqua Whitening Cream dengan jumlah yang mencukupi ke muka dan juga leher(pada waktu malam), dan korang boleh lihat ada bentuk titisan air akan muncul pada kulit dalam beberapa saat.

2. Dap dap water drop yang muncul itu sehingga pelembap diserap sepenuhnya ke dalam kulit muka. Auww lembutnya!~

Much much loveeeeeee this Aqua Whitening Cream !~

S+Recover Gold Nano Cc Cream
Ini pula ialah S+Recover Gold Nano Cc Cream yang Yaya cuba dari Hansaegee Nature. Cc Cream ini berfungsi sebagai color control cream dan sesuai untuk mereka yang suka light make up dan juga untuk aktiviti ringan. Cc Cream ni kira paling asas sebelum kita mulakan solekan di wajah.
Macam Yaya cakap tadi, ianya untuk “Correct & Balance skin tone color” untuk kelihatan lebih natural macam gadis korea gitu. So bagi Yaya yang masih belum flawless, Yaya suka jadikan Cc cream ini sebagai krim asas selepas memakai Aqua Whitening Cream kat atas tadi. Lepas tu kena buat tambahan solekan yang lain supaya dapat menutup cela wajahku hihi. S+Recover Gold Nano Cc Cream ni juga wajib bagi Yaya sekarang sebab kandungannya yang sangat menarik hati untuk dijadikan sebagai All in One Day Cream terutama jika hanya duduk di ofis seharian 😉
S+Recover Gold Nano Cc Cream ini juga mengandungi perlindungan matahari tau!
S+Recover Gold Nano Cc Cream ini berfungsi sebagai :
* Perlindungan dari sinaran UV SPF30 PA ++
* Mengimbangi tona dan warna kulit secara semulajadi
* Mencerah dan menyerikan wajah
* Mencegah penuaan dan garis halus
* Meningkatkan keanjalan kulit
* Melembapkan kulit
* Melegakan masalah kulit
So creamy :*
Kerana ianya merupakan Color Control Cream (CC Cream), warnanya akan berubah mengikut warna kulit dan sekaligus mencerahkan kulit kita secara semulajadi . Yang bestnya, S+Recover Gold Nano Cc Cream ini sangat ringan pada kulit kita dan langsung tidak meninggalkan kesan lekit atau berminyak 😉
Bila kita blend kan S+Recover Gold Nano Cc Cream ini ke permukaan kulit, akan kelihatan tona warna brown pada krim warna putih dan warna ini akan teradun cantik mengikut nada dan tona kulit kita secara semulajadi.
Cara guna :
1. Gunakan sebagai krim harian pada wajah yang bersih dan sapukan di seluruh muka, di bawah bahagian mata dan kedua-dua belah hidung. Kulit akan kelihatan segar dan lebih semulajadi.
Kandungan utama S+Recover Gold Nano Cc Cream:
“Mineral Water” – Mengekalkan keseimbangan PH pada kulit dan meningkatkan keanjalan kulit.
“Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract” – Melegakan masalah kulit dan anti bakteria.
“Colloidal Gold” – Mengandungi antioksida yang tinggi dan mencegah penuaan kulit.
CC Cream ini juga boleh dijadikan sebagai makeup primer / makeup base! Make up kita akan lebih tahan lama dan lebih cantik serta pigmented bila kita gunakan S+Recover Gold Nano Cc Cream sebelum bersolek ^_^
Yaya memang dah jatuh hati dengan dua produk dari Hansaegee Nature ni. Selalu kita dengar produk Korea ni sesuai untuk orang Korea dan mereka yang tak ada masalah kulit yang serius je. Tapi bila Yaya dah cuba sendiri terutama Aqua Whitening Cream mereka, memang Yaya rasa dah jumpa cinta hati untuk merawat masalah kulit muka Yaya yang kering ni. Memang Yaya recommend kat korang untuk cuba.
Untuk Matlumat Lanjut :
🍁Company name: Hansaegee Nature
                                            🍁 Product : https://hansaegee.com/shop/skin-care.html

Author: Hansaegee Nature

Hansaegee Nature Beauty Blog is owned by Hansaegee Nature Online Shop. This blog is mainly to gather all the Hansaegee Nature related product review and blog information for our beloved customers. Also we will provide useful beauty and skin care tips for our reader who visit our blog.

Leave a Reply