
Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream Review
Actually selama ni Lisa tak pernah pakai CC cream , biasanya pakai alas bedak atau selalu dipanggil foundation . Rutin makeup step-step asas seperti Toner , Moisturizer , Sunscreen dan kemudian alas bedak , tapi problemnya kalau pakai foundation ni rasa berat je dekat muka . Kawan sugest untuk tukar ke cc cream sebab lebih ringan . Kali ini Lisa nak cuba pakai , S+RECOVER GOLD NANO CC CREAM from Hansaegee Nature Bagus Untuk Kulit Berminyak di Malaysia. Wahhh rasa teruja pula kali ini .

Hansaegee Nature S+Recover Gold Nano CC Cream
CC cream dari Hansaegee Nature ini atau dikenal sebagai Color Control Cream atau Complexion Correctoradalah formula yang lebih ringan dibandingkan krim BB atau alas bedak pada umumnya. Sebagian besar krim CC memiliki tekstur krim lebih lembut yang sangat ringan dan halus. Berfungsi untuk meratakan tona wajah yang tak sekata , baik kekuningan atau kemerahan . Tekstur yang lebih ringan dari pada memakai Foundation. Nah,. Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ni juga boleh digunakan sebagai makeup Primer tau . Best kan !
Kelebihan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream
*Perlindungan UV Sun SPF30 PA ++
*Mengimbangi nada kulit secara semulajadi
*Kurangkan penilaian liang
*Boleh bertindak sebagai Base Makeup atau Primer Makeup
*Mencerahkan
*Mencegah kulit penuaan; Meningkatkan keanjalan kulit
*Glowing Skin, Smooth Skin
*Pastikan kelembapan
*Melegakan masalah kulit
Back to topik awal tadi , Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ini salah satu produk dari Hansaegee Nature , salah satu jenama produk kecantikan yang bertapak di Malaysia sejak tahun 2011 ,dan mengimport produk penjagaan kulit yang berkualiti tinggi & asal dari Korea. Jangan risau , semua bahan produk tu telah diluluskan secara sah dan selamat digunakan.
Sungguh ringan di wajah . Tak berminyak dan tak melekit . Rasa gebu


First Pam keluar Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream , korang akan nampak krim tu berwarna putih , dan korang akan nampak krim tadi menunjukkan butiran coklat kecil dalam krim warna putih, .

Kemudian bermula dari sapu dan blend dengan jari , ia akan berubah warna sesuai warna kulit , menjadikan tona wajah sekata secara semula jadi.
Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream mengandungi 3 Bahan Kandungan Utama iaitu :
*Mineral Water – yang berfungsi untuk mengekalkan keseimbangan PH kulit dan meningkatkan keanjalan kulit
*Ipomea Hederacea Cullus Culture Extract – berfungsi sebagai anti bakteria dan melegakan masalah kulit
*Colloidal Gold – Mencegah penuaan kulit , memblok radiasi infrared dan mempunyai akntioksidan aktiviti yang tinggi


Warna yang tak putih sangat dan tak gelap sangat , sesuai untuk semua jenis warna kulit wajah . Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ini akan meresap dan kemudian bertukar warna sesuai kulit korang agar nampak jadi bersinar dan cerah semula jadi .
Cara menggunakan – Sapukan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream dengan tangan / jari , senang je bukan .. takaperlu gunakan berus atau span .

Awalnya krim warna putih, selepas korang menyapukan pada muka secara merata, lama kelamaan warna itu akan berubah dan menyamakan warna tona kulit korang secara semula jadi, jadi ia kelihatan cerah secara semulajadi. Tak perlu risau nampak putih sangat atau coklat sangat .

ahakss.. Lisa pernah dengar kawan pakai cc cream tapi wajah dia nampak lebih kusam atau gelap dari warna kulit wajah asal . Seraaammmm !

REVIEW Lisa tentang Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream
Totally i love it ! Review Lisa tentang Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream miliki tekstur yang ringan di wajah , siap ada perlindungan sunscreen SPF 30 ++ , tak melekit dan tak berminyak . Yang paling penting , produk ni adalah bebas dari sumber haiwan , paraben – free , sulfate – free , dan alcohol-free . Lisa pun jenis bukan suka sangat makeup tebal ni , rasa macam pakai topeng je .
Sangat berguna untuk penggunaan harian yang mudah dan cepat. Sesuai la untuk lisa , kadang lepas solat time kerja ni malas nak tepek terlalu banyak step makeup lagi . Tapi dah namapun kerja menghadap orang , kena makeup juga walaupun light je . Korang boleh juga try tau ! Silap-silap boleh jatuh hati .. auwwchh.
(By Lisa Nurulain on 19th Dec 2018)
Maklumat Produk
Nama: Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream
(sekarang ni dah ada packaging baru)
Info Lanjut
Related