Rahsia Kulit Glowing dengan Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature
Seorang
mak beranak tiga dan semuanya masih kecil-kecil semacam Xu ni memang selalu sahaja
keluar rumah dalam keadaan muka tanpa secalit makeup pun. Ala yang budak-budak
instafamous selalu guna sebagai hashtag #BareFace dan #NoMakeup di IG tu. Itulah
maksudnya.
Trend keluar rumah tanpa makeup ini semakin popular sejak-sejak rangkaian produk
K-Beauty memasuki pasaran Malaysia. Tapi aku tak makeup bukan sebab nak ikut trend. Aku
memang a very busy mom setiap hari.ahaks! Aku tak makeup bukan sebab muka aku
flawless dan tak memerlukan sebarang solekan, tapi sebab masa. Time constraints you
know?
Jadi hari ini aku nak bagi tips sikit buat mak-mak yang berkerja dan dalam masa yang sama
sibuk menguruskan anak-anak supaya dapat tampil segar bermaya lagi berseri hanya dalam
masa 5 minit! Memperkenalkan satu lagi produk K-Beauty yang tengah meletops dan trending
sekarang ni, iaitu Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature.
S+Recover CC Cream from Hansaegee Nature | Rangkaian produk berkualiti, original
Buatan dari Korea
Actually aku sendiri dah guna cream ni lebih seminggu dah pun. So far, alhamdulillah tak
menyebabkan liang pori tersumbat dan masalah jerawat. Pheww~
Dan seingat aku, tiada lagi rasanya walau satu hari aku alami kesukaran menanggalkan
makeup ni. Mudah sangat nak dicuci. Setiap kali nak berwuduk, aku cuma wipe dengan wet
tissue sahaja untuk menanggalkan cream ni dari muka.
Memang tekstur cream ni light sangat. Dia duduk di muka sehari suntuk pun tiada rasa
gatal-gatal. Selain tu, jom tengok apa lagi yang aku suka tentang Gold Nano CC Cream
Hansaegee Nature ini ->
Mudah untuk digunakan. Sapu guna jari sahaja.
Xu picit cream ini cuma sebesar biji kacang hijau je ke atas jari dan ratakan ke muka. Tak
perlu span atau foam. Sapu dengan dua jari je sampai sekata seluruh muka. Simple sangat.
Aku memang suka kosmetik yang tak menyusahkan macam ni. Sebab cream macam ni kita
selalu gunakan untuk kegunaan harian je, jadi tak sesuai lah aku rasa nak apply
menggunakan berbagai jenis tools macam makeup artist guna tu.
Cepat blend in dengan warna asal kulit ( camouflage makeup effect )
Pertama kali mencuba Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature ni, Xu terkejut dengan
warna krim nya yang putih?! Alamak! Kulit aku dah la sawo matang. Apa akan jadi kalau
aku apply krim ni ke muka?
Warna asal CC Cream | Putih
Rasa muka aku bakal nampak berselemoih dan bertapung-t apung. Ya Rabbi! Dah macam
kuih tepung gomak! Tiba-tiba terasa seram pulak bila aku cuba membayangkan wajah sendiri
yang sudah seakan-akan pemain pentas Chinese Opera ohh~
CC Cream di ‘blend’ supa micro capsule (biji-biji halus dalam cream ni) bercampur dan sebati
Krim yang asalnya berwarna putih tadi dah berubah kepada warna ala-ala pink gittew
Namun, lepas Xu sapu rata ke atas muka, Xu dapati ianya berubah warna kepada warna
seakan-akan pink gitu. Tak sangka ianya betul-betul camouflage! Muka Xu yang seakan-akan
“tepung gomak” tadi tu perlahan-lahan pudar dan beralih kepada tona asal kulit Xu.
Apa yang tinggal hanyalah wajah yang glowing (baca : berseri) dan tona kulit yang amat
sekata, tanpa penampakkan ‘mata panda’ yang ketara.
*Yeah! Itu yang paling penting. Urghh! Tak suka mata panda a.k.a mata zombie!! *
Sebelum sapu CC Cream memang jelas parut-parut jerawat dan dark circle bawah
mata. *Maluu~*
Tona kulit pun nampak pucat macam orang sakit dan kusam, tiada ‘nur’ hahaha.
Berkesan Melitupi Lingkaran Gelap bawah Mata
Aku sangat amazed dengan keupayaan Gold Nano CC Cream ni ‘memadam’ lebam bawah
mata aku yang sekian lama membelenggu hidup aku ni hanya dalam sekelip mata. Concealer
pun kalah oii!
Salah satu faktor aku malas bersolek pergi kerja adalah sebab mata panda ini lah. Step untuk
cover dia saja dah memakan masa hampir 10 minit. huh!
Melindungi kulit dari UV yang menyebabkan penuaan awal
CC Cream ni diformulasikan khas untuk kulit orang Asia, yang secara umumnya terkenal
dengan tahap sensitivitinya yang tinggi terhadap panas dan cahaya UV.
Cuaca kita di Malaysia pun sekarang tidak menentu. Ada kalanya terlalu panas Ya Rabbi!
Rasa macam ” tak nak pergi kerja hari ni boleh tak? ” gittew!
Boleh ke? Mengelak keluar dari rumah macam tu? Opkos la mustahil right?
Walaubagaimanapun urusan harian kita perlu tetap berjalan seperti biasa. Apa yang kita
boleh buat adalah lindungi diri kita dari bahaya UV.
Luckily Gold Nano CC Cream ini bukan sahaja untuk kecantikan, ia juga boleh berfungsi
sebagai UV protection, as it has SPF 30.
SPF 30? Seriously SPF boleh setinggi ini?
Tapi ada kalanya kita akan dengar cakap-cakap orang yang mempertikaikan adakah kadar
perlindungan UV / SPF 30 ini munasabah? SPF 15 itu biasa kita dengar. Betul tak?
Well, kaedah pengukuran SPF untuk CC Cream ini ditentukan melalui method pengukuran
yang dicadangkan oleh Kementerian Pemakanan dan Keselamatan Ubatan (Ministry of Food
and Drug Safety of Korea) sendiri.
So, aku rasa this point shouldn’t be disputed anymore.
Tekstur ringan dan tak melekit walaupun berada di tengah panas
Paling Xu suka dengan CC Cream ni adalah teksturnya yang ringan dan tak rasa berleming.
Well ‘berleming’ ni merupakan slang Terengganu yang membawa maksud, berminyak,
berlengas, melekit dan everything in between yang semaksud dengannya.
Bila pakai cream ni, aku perasan aku lah paling lawa dan anggun walaupun tengah
berpeluh-peluh di tengah panas.hahaha. Sebab masa berpeluh ni lah kau boleh tengok muka
dengan makeup masing-masing mencair dan jadi lagu mana rupa haha.
Harga?
Ohho. Harga nya agak kompetitif dan setanding dengan harga produk-produk K-Beauty yang
lain. Tapi memandangkan penggunaannya yang sangat jimat, cuma sekali pam sahaja dah
cukup untuk coverage seluruh muka, jadi bagi aku ianya berbaloi.
Yeah! Of course berbaloi sebab ia akan lambat habis
Adakah produk CC Cream ini recommended?
Aku dah pun memberikan kawan-kawan terdekat mencuba cream aku ni, dan mereka
memang sukakannya!
So yes! Aku recommend anda di luar sana juga untuk mencuba ‘magis’ kosmetik Korea ini,
dan dapatkannya segera di pasaran.
Hansaegee Nature CC Cream work like magic!
(By Annur Syuhadah on 20th Nov 2018)
(sekarang ni dah ada packaging baru)