Harini kita nak cerita fasal skincare yang kita dah cuba for the past few weeks. Excited betul nak share fasal skincare by Hansagee ni. Kalau nak tahu Hansaegee ni jenama skincare, produk dari Korea. Jenama ni memang dah lama, lebih daripada 6 tahun tau. Bukan sahaja established, malah juga diyakini.
Memandangkan Hansaegee ni jenama yang diyakini, makanya dah tentulah tak perlulah korang risau tentang side effects yang menakutkan bilamana korang cuba bahan-bahan kosmetik yang tidak diyakini dan tiada kelulusan KKM. Almaklumlah, sekarang ni kan memang banyak produk-produk timbang kilo yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Viral pulak tu macam-macam tentang kesan-kesan menakutkannya. Contohnya, ada yang kulit menggelupas teruk, penuh jerawat yang bernanah dan macam-macam lagi. Heish.. senang kata memang seramlah.
Baiklah, watak utama aka produk yang kita nak perkenalkan hari ini ada dua sebenarnya. Satu ALOE AC Clean Bubble Cleanser iaitu pencuci muka berbuih-buih dan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream iaitu krim pelembap. Jangan tak tahu, kedua-dua produk by Hansaegee ni adalah produk top-seller, laris dan terhangat di pasaran gitu. Tu yang kita jadi tak keruan untuk mencubanya dan kongsikan pengalaman menggunakan kedua-dua produk ni kepada semua pembaca. Sejak pakai kedua-dua produk ni, tiap-tiap hari kita akan jadi teruja dua kali. Sekali waktu cuci muka dengan ALOE AC Clean Bubble Cleanser dan sapu krim pelembap wajah ni, dan sekali lagi waktu bangun pagi ngadap cermin. Muahahahhaha! Biasalah tu pompuan, dah pakai mestilah nak tengok kesannya. Hari-hari cermin.
Tada! Memperkenalkan watak-watak utama hari ini!

Jenis: Buih
Harga: RM65
Saiz: 150ml, 5.92 fl.oz
Gunakan Siang dan Malam




2. Picit keluar sedikit buih daripada ALOE AC Clean Bubble Cleanser (sepam dua dah mencukupi, jangan membazir)
3. Urutkan pada wajah anda. Ha, masa ni korang akan dapati buih tu akan beranak-pinak. Makin disapu dan diurut, semakin banyak buih yang akan terhasil. Memang menyeronokkan.
4. Bilas wajah sehingga bersih.


Nilah antara sebab kita suka sangat dengan ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni. Sebab pencuci muka lain, nak kena buihkan dulu baru boleh sapu kat wajah. Tapi yang ni dah save masa sebab memang dah dalam bentuk buih-buih cinta. Lagi sapu lagi banyak pulak tu. Rasa lembut je kulit. Kakak suka!
Yang best sekali, muka takkan rasa kering dan terik lepas dicuci. Tak macam sesetengah pencuci muka yang akan buat kulit rasa kering dan terik. Terik tu apa? Terik tu tegang semacam. Kalau lepas pakai terik tu, maknanya the chemical is too harsh on your skin.
Okay, lepas dah cuci muka, mestilah kena sapu sesuatu pada kulit juga kan? Kalau tak macam tergantung pulak. Tak habis prosedur gitu. Sesetengah orang akan pakai toner lepas cuci muka. Tapi to me, dengan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream yang amazing ni, tak pakai toner pun takpe. Sebab memang rasa moist gila kulit.


Fungsi: Pelembap dan pencerah kulit, memperbaiki kerosakan dan kemerahan-merahan pada kulit akibat selaran matahari (sunburn
Jenis: Krim berasaskan air
Harga: RM148.30
Saiz: 50ml, 65x65x50mm
Gunakan Siang dan Malam
Kegunaan muka dan leher
To me, hebatnya Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni sebab selain melembap dan mencerahkan wajah, krim ni juga mampu memperbaiki kesan kemerah-merahan dan kerosakan kulit akibat selaran matahari (sunburn). Sebabnya? Tak semua krim pmutih wajah boleh disapu pada kulit yang rosak dan cedera akibat selaran matahari tau. Sesetengah krim pelembap, pemutih dan pencerah ni mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit yang melecet atau menggelupas akibat selaran matahari. Yerlah, bila dah sunburn mestilah kulit kita lebih sensitif daripada biasa. Jadi penggunaan produk-produk macam ni kenalah dielakkan sehinggalah kulit pulih seperti biasa.
Oh ya, jangan tak tahu pula ya, Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni pun mengandungi niacinamide yang juga dikenali sebagai Vitamin B3. Niacinamide ni bagus untuk kulit kita kerana mampu melambatkan proses penuaan, mengecilkan liang roma, menganjalkan kulit serta memperbaiki tona kulit yang tak sekata.Macam mana pula cara menggunakan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni? Jangan risau, mudah sahaja. Ikut sahaja langkah-langkah macam ni:
1. Selepas cuci muka, colek sedikit Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream dan urutkan pada wajah anda. Dalam masa beberapa saat sahaja, titisan air akan terhasil.
2. Dab atau tepuk lembut pada wajah anda sehinggalah lembapan diserap sepenuhnya pada wajah anda
3. Voila! Lihat kesannya sebaik sahaja anda bangun tidur keesokan paginya (ni kalau pakai malam la)







Secara keseluruhannya, kita sangat adore dan berpuas hati dengan kedua-dua produk ALOE AC Clean Bubble Cleanser dan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni. Memang terbaik! Memang recommended untuk digunakan!
Kelembapan: 5/5
Mencerahkan: 3.5/5
Seri: 4.5/5
Mencegah dan merawat jerawat: 4/5
Untuk maklumat lanjut, boleh semak social media handle Hansaegee Nature ni ya?
(by Maya)
Website:Â hansaegee.com
Ig:Â hansaegeenature
Fb page:Â HansaegeeNature
Youtube:Â HansaegeeNatureMalaysia